Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Entry Terbaru 2013

Assalamualaikum

Last update blog ni awal tahun. Sekarang dah nak menghampiri hujung tahun. Gila kentang aku. Tak banyak yang berubah dalam diri cuma ada beberapa update yang boleh dikongsi dekat sini

1. Kerja yang sangat melambak since my partner in crime tengah maternity leave. So cover kerja dia sekali dan bos tidak mahu mengambil pekerja lain. Multi-tasking kata dia.

2. Sedang mengamalkan pola pemakanan yang agak baik berbanding dulu, bermula mid Jun 2013. Beberapa purnama kesihatan agak meningkat tetapi lately merundum mungkin disebabkan keadaan emosi yang tidak berapa hendak stabil.

3. Mengalami beberapa masalah yang tidak elok dikongsi sebab Allah suruh jangan diperbesarkan masalah diri di khalayak ramai.

4. Baru hari ini 'like' page Prof Dr. Muhaya di facebook. Sebab aku rasa aku perlu baca benda-benda positif setiap hari.

5. Semakin memahami perangai orang yang pelbagai dan mampu bersabar dengan karenah mereka walaupun menekan jiwa. Alhamdulillah

Itu saja kot yang boleh share setakat hari ini. Kalau sempat esok aku update lagi.

Monday, November 19, 2012

Nikmat



Bila kita gembira kita selalu lupa nak ingat Dia. Sebab itu Dia bagi kita amaran supaya kita jangan nak bersuka ria sangat. Macam haritu, masa anugerah AIM karpet merah berlangsung, siap dengan bunga api, hati aku terdetik yang kita kat Malaysia ni asyik je berseronok sedangkan penduduk Gaza berhempas pulas menyelamatkan diri dan berjuang untuk mati syahid. 

Aku harap Malaysia terus aman dan makmur tak kira lah apa jua ideologi politik dan fahaman agama kita. Kalau boleh jangan biarkan negara lain menindas rakyat kita. Aku rasa kalau kita semua berpegang teguh dengan fahaman agama masing-masing, tentu tak akan ada pertumpahan darah. Mana ada agama yang membenarkan war? 

Kadang-kadang aku nak aja cakap, dah dah la tu berhibur. Tak cukup lagi ke Dia kasi kau chance lupa dan lalai? Menimba keseronokan dunia yang tak pernah habis. 

Belajarlah menghargai keamanan yang ada dan belajarlah mensyukuri nikmat yang Dia bagi. Dia kalau nak tarik nikmat kita ni bila-bila masa pun boleh, kan?

Tuesday, November 6, 2012

Dugaan

Dugaan itu datang dalam perlbagai bentuk dan cara. 

Kadang-kadang manusia diuji dari segi wang ringgit. Selalu saja rasa tak cukup. Cukup bulan dapat gaji, bayar hutang keliling pinggang terus rasa sayu tengok balance duit yang ada. Kadang-kadang rasa nak memberontak pon ada. Kerja macam nak gila duit gaji tetap macam tu aje. Usaha dah doa pon dah cuma mungkin rezeki kat tempat lain tu belum ada.

Kadang-kadang manusia cukup wang ringgit tapi kebahagiaan pula yang tak ada. Dugaan juga tu. Bila suami kita kaya, kita complete serba serbi tapi hati gundah gulana takut suami pasang lain. Adat manusia mana suka berkongsi walaupun janji Allah pasal payung emas itu pasti. Kita bukan maksum, jarang boleh jaga mulut dan hati dari berkata yang tak elok.

Kadang-kadang manusia diuji dengan lambatnya dapat pasangan. Bukan tak mencari tapi mungkin yang sesuai belum dijumpai. Tapi sebenarnya mungkin Allah belum restu kita bernikah. Merana hati bila tengok orang lain dah siap beranak pinak atau berjalan dengan perut memboyot. Kadang-kadang kita juga diuji lambatnya dapat zuriat tercinta. Hati mesti berdetik "Yang haram tu cepat aje melekat, yang halal ni pula berhempas pulas mencuba" Habis terbang wang ringgit dek usaha yang menggunung tapi apakan daya belum sampai rezeki itu.

Itu hanya segelintir jenis dugaan yang selalunya ada dalam sinetron yang aku tengok. Sebenarnya memang banyak dalam realiti hidup. Tapi kita kena ingat, mengeluh macam mana pun kita kena juga hadapi dugaan itu. Kena redha. Kena tawakal. Kena percaya dengan rukun iman. 

Sebab apa? Sebab dengan adanya dugaan, kita lebih muhasabah diri. Terjaga dari leka yang panjang. Lebih dekat dengan Pencipta insyaallah. Dan sebenarnya Allah lebih sayangkan kita sebab tu dia uji kita banyak-banyak. Mungkin Dia nak kita menangis bila kita meminta kepada Dia. Dan mungkin Dia nak beri kita sesuatu yang lebih lebih lebih dan lebih baik dari apa yang kita ada sekarang, walaupun apa yang kita sayangi    tiada bersama kita.

Macam kata pujangga, Dugaan dan pengalaman hidup akan mematangkan kita.

Thursday, August 2, 2012

Cerita Puasa

Semalam time balik kerja aku hampir-hampir terlanggar dengan motor yang dinaiki oleh seorang pakcik (layak di panggil pakcik sebab rambut dah beruban dan muka dah nampak tua). 

Tindakan refleksi pakcik tu selepas tekan brek adalah tunjuk middle finger kat aku. Aku terkejut la jugak sebab bulan puasa kan, which is kita semua dituntut untuk bersabar mental dan fizikal. Yelah aku bukan sengaja nak langgar orang, gila lah kalau sengaja.

OKla kalau sekali, mungkin sebab dia dah terbiasa sangat buat macam tu kan. Aku tak kisah lah.

Tapi lepas tu dia buat lagi, lagi dan lagi. Pantang ada peluang. Asik tunjuk middle finger je. Tunjuk la ibu jari ke, lima-lima jari ke kan bagus. 

Mula-mula aku nak marah. End up aku geleng kepala. Malas nak layan orang tua tapi perangai macam budak umur 17 tahun. 

Kesian lah bila berpuasa tapi diri macam tak puasa. Aku syak pakcik tu tak puasa sebab uzur. Sebab tu dia boleh buat perangai tak senonoh tu banyakkkkkk kali.

Pada pakcik tu aku doakan pakcik dirahmati Allah selalu insyaallah



Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Kali Ini

Salam Ramadhan semua

Dulu masa bujang kalau bulan puasa simple je hidup aku. Awal-awal bangun sahur, hujung-hujung memang tak lah kan.
Kalau buka puasa pula aku malas nak makan nasi kononnya diet. Maka melantak la kebab ke kuih ke dengan kuantiti yang sikit. 
Terawih berkobar-kobar nak pergi masjid tapi end up buat sendiri dekat rumah. Jadi lah daripada tak buat langsung kan.

Itu dulu la, cerita lama. Sekarang ni cerita baru

Sekarang masa dah duduk berdua ni makin tersusun hidup aku. Chewah.
Sahur dah kena bangun masak. Paling lewat pukul 4.45 pagi. Kalau dulu nak merasa bangun masak pukul 4.45pagi jangan harap kecuali malam tu aku tak tidur main internet/games sampai ke sahur.
Buka dah tak boleh dah tak nak makan nasi sebab nasi adalah makanan ruji orang rumah aku. Maka kaedah nak diet di bulan puasa boleh campak jauh-jauh.
Terawih masih berkobar-kobar tapi end up macam dulu juga lah, buat kat rumah. Aku pelik sekarang ni makin cepat penat, mungkin kena tambah vitamin mineral dalam badan.

Tu je la cerita puasa aku. Sekian terima kasih

Thursday, May 31, 2012

Just a Quick Update

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berminggu-minggu senyap dalam blog sebab busy. Busy dengan kerja, busy dengan life dan busy sebab baru masuk rumah. Rumah biasa sahaja, bukan banglo tapi cukuplah untuk start new life together. Alhamdulillah

Entry dalam draft sebenarnya banyak yang hendak disiapkan tetapi macam ketandusan idea dan mood. Oh dan juga perasaan kurang enak kalau entry yang di publish nanti menimbulkan perasaan-kurang-senang sesetengah orang yang membaca.

Kehidupan lepas kahwin dan duduk sendiri pada aku personally agak membosankan. Yelah, kau tengok aku-aku tengok kau dan end up kita tengok TV. Lain kalau duduk dengan abang aku dulu. Ada anak buah 2 orang yang umur 2-4 tahun. Nakal ya ampun. Balik dari kerja dah penat ingat nak terus tidur tapi bila sampai rumah tengok keletah budak-budak tu hilang penat. Itu baru anak orang belum lagi anak sendiri. Kalau ada anak sendiri mesti tak seboring ni. Tapi yelah kita manusia. Merancang lebih tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita.

Aku juga lately selalu mengalami masalah sendiri bila menghadap facebook. Cepat pula rasa annoyed dengan sesetengah status kawan-kawan aku. Tapi nasib baik masalah itu dah settle. Kalau tak confirm aku delete diaorang. Hehehe

Okla, maybe nanti aku akan publish entry yang berkepuk dalam draft. Cerita pasal Krabi tak habis lagi dan cerita pasal wedding tak start lagi. Walaupun dah basi tapi aku harap ada orang akan dapat info dari entry-entry tu.






Friday, December 2, 2011

Pasrah

Bila masanya tiba, aku tau itu akan berlaku dan aku pasrah. Moga Allah permudahkan urusanku. Amin

Tuesday, November 1, 2011

30 Days to Go


Bila tinggal sebulan ni aku dah start rasa macam tak percaya. Betul ke? Boleh ke? Lagi-lagi bila datang bab preparation yang masih tersadai dengan jayanya. Alhamdulillah tuntutan kerja tak sehebat bulan-bulan lepas.

Baru tadi aku confirmkan artwork kad dengan supplier. Lepas tu suka suki mak tiri aku nak collect kad tu this Saturday. Kesian diaorang, yelah aku hold sikit punya lama lepas tu sedap je order nak amik ikut date aku. Tak kasi chance langsung.

Kan best kalau ada duit setinggi gunung, tarah bagai nak rak pun masih banyak lagi balance. Duit dah macam air, mencurah-curah. Sampaikan ada satu masa aku dah malas nak mikir apa lagi tak buat. Dah macam tak excited. Tapi nasib baik family ada. Banyak benda yang diaorang tolong.

Dan aku rasa syukur sebab kawan-kawan aku semuanya best! Sangat havoc sampaikan berlawan-lawan nak buat pesen baju. Memang terbaik dan tetiba aku pun jadi excited.

Semalam baru settle bab interview bagai. Tak memasal dok baca pasal Fardu Ain. Yelah kan orang Johor ada interview kahwin before dia bagi kau borang dengan kebenaran bernikah. Siapa orang Johor tapi maustatin tempat lain, selamat la. Aku dengan Jep memang kena interview sekali sebab satu mukim. Tapi semalam memang sempoi. Nanti aku kasik tips sikit.

Aku harap sempat la operasi besar-besaran 12/11/11 ni. amin amin amin

Wednesday, July 27, 2011

Masalah nak kurus

Baru sekarang aku rasa yakin nak kuruskan badan. Nak mintak pendapatlah, siapa yang tahu cara-cara terbaik nak kuruskan badan. Yelah kan nak kahwin, takkan nak biar badan ni gemok gedempol , hahahha.

Tapi bila masa aku nak kurus je, mesti ada masalah. Mesti ada benda yang buat aku tension. Bila aku tension je, mula lah habit makan secara bersenang lenang start. Tahulah habit tu buruk, tapi masalahnya, tu je yang aku buat.

Ingat masa puasa ni nak kuatkan semangat lah. Mana tahu diet waktu puasa ni berjalan lancar kan. Doakan lah berjaya, tapi aku nak tahu juga kalau korang ada dengar/cuba cara-cara yang terbaik. Kot kot lah aku boleh apply kan.

Sekian

Friday, April 22, 2011

Thanks Starbucks Earth Day!

Thanks Starbucks! sebab memberikan black coffee secara percuma kepada kami, sempena Earth Day.

Rupanya hari ni Starbucks ada bagi free coffee kepada orang ramai. Syaratnya, cuma bawa tumbler anda sahaja. Tak perlu nak bawak Starbucks tumbler. Ala kami pergi pun pakai tumbler biasa-biasa je. Tapi cuma pada hari ini saja (kot) dari pukul 1000 pagi sampai 12tgh.

Kami pun tahu dah lewat, sorry tak sempat nak habaq kat korang semua. Nasib baik sempat sampai sana sebelum habis waktu kan. Maka dapatlah kami kopi free.. Puas kau minum sebanyak-banyak tidak. Ni lepas ni kalau ngantuk gak, tak tahu la apa nak jadi.

Maka dengan ini aku nak tayang air kopi free dari Starbucks yang kami dapat.

Ni Azie punya. Dah modified jadi kopi ais. Heee

Ni aku nye. Cuma dapat 1L je. Takpelah, kalau tak pengsan nak ganti ngan plain water byk-byk

Ni cik Yuyu nya. Over siap beli makanan lagi.

Kami telah menyebabkan sugar kat sana habis dalam sekelip mata! Abaikan doc kat belakang tu

Again, thanks Starbucks! Lain kali buat lah lagi. Hee

Saturday, April 16, 2011

Another Step

Today is Friday, tomorrow is Saturday. Memang lah, tu semua orang tahu. Tapi yang orang tak tahu adalah sesuatu benda akan berlaku.

Bukan senang nak sampai ke tahap macam ni. Macam-macam dugaan yang kena lalui.

Bila dah settle aku akan reveal.

challow beteh*

Thursday, April 14, 2011

Tazkirah Khamis

Hari ni aku nak menyedarkan diri sendiri.

Situasi 1:
Kalau kita rasa kita paling gemuk (padahal orang lain cakap/nampak kita kurus), dan sangat teruja untuk meng-kuruskan diri, sedarlah bahawa kita sedang mengejek orang yang lebih gemuk dari kita tanpa kita sedari.

Situasi 2:
Kalau kita rasa sedih sebab kehilangan sesuatu, sedarlah bahawa itu lumrah alam dan Allah lebih menyayanginya dan mahu kita menghargai kehidupan yang tak berapa lama ni

Situasi 3:
Kalau kita rasa kita tak berduit/susah sangat, sedarlah bahawa ada orang yang lebih susah dari kita - mungkin hanya mampu minum air kosong untuk mengisi perut.

Situasi 4:
Kalau kita rasa tension sebab kerja, sedarlah bahawa bos-bos kita lebih susah kerjanya dari kita (ye ek?)

Situasi 5:
Kalau kita rasa sedih sebab tak dapat sesuatu, sedarlah bahawa Allah mahu kita terus berusaha dan mengingatinya dalam mendapatkan sesuatu.

Situasi 6:
Kalau kita rasa kita ni alim/baik sangat, sedarlah bahawa kita ni sebenarnya riak, dan kenalah malu dengan Allah sebab orang yang baik tak akan mengatakan dirinya baik, waima di dalam hati. Kerana hanya Allah yang tahu siapa diri kita.

Situasi 7:
Kalau kita rasa dengan perkahwinan kita dah dapat memonopoli pasangan, sedarlah bahawa kita masih jahil dan perlu belajar lagi.

Situasi 8:
Kalau kita membuka aib orang, sedarlah bahawa tak lama lagi Allah akan membongkar kemungkaran/aib kita. Nauzubillah

Situasi 9:
Kalau kita rasa diri kita sangat berkuasa kerana memegang jawatan/punya nama, sedarlah itu hanya pinjaman semata-mata. Ingatlah Allah lagi berkuasa dari segalanya

Situasi 10:
Kalau kita rasa tak nak kahwin, janganlah pasangan rasa tertipu. Tanyalah dengan lembut kenapa sebabnya, kerana mungkin kita punya alasan yang boleh diterima.

Sekian.

*Saya yang hina*

p/s: hep, jangan nak sentap2 ok. aca-iye!

Thursday, March 24, 2011

Saat Ku Idamkan

Petang-petang ni layan gambar lah..


Lemon tea
with Cheesy Mee


3-Layer Tea

Vege Mee

Kerabu Mangga


Pulut Mangga..nyum nyum


Thai Pattaya

Fried Glass Noodle

Mungkin bila tengok gambar-gambar ni korang ada la idea nak makan ape malam ni kan.

Saturday, February 12, 2011

----

Aku ni cuma manusia biasa. Bila ada orang carik pasal mula lah nak melenting. Pernah belajar sabar dan cuba menjadi sabar tapi susah betul. Lebih-lebih lagi bila melibatkan soal percaya dan hati.

Apa ingat senang ke nak buat keputusan untuk mulakan satu hidup yang baru? Serba serbi baru?Rutin berubah 100%.

Mungkin bagi sesetengah orang perkara itu normal dan biasa. Putaran hidup. Memang. aku pun tak nafikan.

Bagi sesetengah orang, hidup baru tu seronok. Yelah, nak hidup dengan orang yang paling kita percaya. Paling sayang. Paling cinta. Semuanya paling.

Bagi aku tidak. Jangan cuba tanya kenapa sebab kita ni tak sama. Macam orang Melayu cakap, "Rambut sama hitam, hati lain-lain"

Syukurlah kau orang yang dibesarkan dengan fantasi dan realiti yang indah. Yang kata hidup baru itu bagaikan syurga.

Maka rugilah aku yang merasakan hidup bersama punya 1001 kerenah dan masalah.

--------------------------

Tapi Tuhan dah janji kalau ada jodoh maka aku akan kahwin. Sama macam orang lain.

Bilamana aku dah tolak tepi persepsi negatif dan segala prasangka buruk, macam biasa aku kena uji. Redha.

Cuma aku memang tak faham kenapa ada orang tergamak buat orang lain rasa sakit bila mana dia dah rasa perasaan tu.

Bila sesuatu jadi yang melanggar prinsip aku, aku dah goyah. Cuba cari jawapan.

Aku tunggu kau sua muka kau kat aku. Sebab aku nak tengok sangat muka orang yang suka buat orang lain rasa apa yang kau pernah rasa.

Doalah supaya kita tak terjumpa dekat mana-mana time aku tengah hangin pasal kerja. Sebab memang sia-sia.

Sekian

Friday, February 4, 2011

Stok Barang, dan Congratsssss

Baru lepas balik dari ngeteh kat belakang dewan. ingat nak pekena tempe+tahu goreng, sekali aku datang 'awal' sangat sampaikan dah habis stok. Dapatlah jamah sikit balance minah2 tu makan. Jadi la dari takde.

Hari ni aku merempit naik kereta pegi anta stok barang. Ha dah macam jual dadah padahal aku tolong supplykan gula tarik je. Bila makan gula tarik je terus la teringat nostalgia lama. Zaman kecik-kecik je aku jumpa rare item ni.


ni lah barang yang aku supply sekarang. Hot & Trendy okeh. Chewah

Masa pegi rumah Madihah hantar stok, aku tak sangka la pulak minah ni dah bersalin. Tak sampai seminggu lagi. Naik segan aku sebab datang ngan tangan kosong. Bising gak la aku sebab minah ni dok senyap je. Anak dia perempuan, comel. Dah besar nanti sure putih melepak macam mak dia.

Lepas tu menyinggah pulak rumah Cik Pah. Baik punya langkah kanan. Sebab aku nampak ada roti naik atas meja dia. Ingat nak beli sekali dapat free pulak. Alahai..syok betul. Teringat aku zaman sekolah dekat TIGS dulu. Form 2 ke Form 3, masa rehat berebut beli roti naik Cik Pah ni.
Kalau tak dapat siap boleh bergaduh lagi.. Heeheehehe

roti naik sedap

Ingatkan kejap je kat rumah Cik Pah, rupanya bila dah masuk dalam boleh borak bukan main best lagi. Lepas tu sambung borak dengan mak Cik Pah pulak. Sedar-sedar dah lewat nak ngeteh dengan Kuntun, Joli, Chem, Jenab dan adik Kuntum.

Plan asal nak pegi rumah Fadh dulu (Sorry Sab aku memang lupa nak anta stok kat kau, siap boleh jual stok tu kat orang lain. Hehehhe) tapi tak jadi memandangkan dah lewat sangat. Yelah artis undangan ada yang dah berlaki jadi mak kena la faham keadaan bini orang haruslah balik awal.

Sampai je warung, order air terus sambung bercakap. Penat aku!. Si Kuntum baik punya bawak aiskrim 1 box (ala yang tempat jual aiskrim ada tu). Aku tengok yang luaknya setengah je. Pastu dah mencair kan. Last-last aku jugak yang rembat bawak balik rumah. TQ Kuntum!


Pang pang ko pang ko pang..

Esok ada dua kawan aku nikah. So tahniah la ye buat Cikgu Ain dan Cikgu Syarul. Dan tahniah juga kepada Sal dan suami. Aku doakan bahagia sampai hujung nyawa dan dapat anak yang soleh dan solehah.. Amin.


Thursday, February 3, 2011

Cuti!

Yey, Happy Chinese New Year kepada yang menyambut nya terutama untuk Abg Liew (kawan opis aku). dan selamat bercuti panjanggggggg kepada sesiapa yang sibuk jugak nak sambut raya.

Bagi aku cuti panjang ke pendek ke tu semua adalah hari untuk balik kampung. Kumpul dengan family dan tentunya makan yang sedap-sedap macam :

mee racun mantap!

asam pedih ikan merah mak


lontong goreng gelabah

lontong sate pasar

tahu tempe goreng mengancam

DAN

Soto idaman kalbu

Bye!hehehe

Thursday, January 13, 2011

Part 1 : Hukum Karma

Kau orang percaya tak kat hukum karma. sapa tak tahu apa tu karma pergi google!

Aku percaya.

Contoh paling senang: Kau curi barang orang, satu hari nanti barang kau mesti kena curi. Tapi tak aci sebab aku tak pernah curi barang orang tapi handphone aku hilang hari tu. Tak ape lah mungkin aku tak sedar aku terambil hak orang. Kifarah. Aku redha. Terima kasih Allah sebab bayar cash kat dunia.

Tapi kalau kau ambil hak orang terang-terangan, atau kau ada niat nak ambil dan dah lalui proses tu sikit pun, beware lah. Karma akan berlaku soon.

Pelik bila ada orang dah merasa sakit suka nak tengok orang lain pun sakit juga. Mana pergi perasaan kau? Dah mati? Jangan sebab tu namanya dah kufur nikmat Allah. Allah belum tarik tapi kau dah rela nak bagi. Dosa.

Tunggu lah aku sambung part II

Tuesday, January 11, 2011

Ujian

Kebelakangan ni aku memang tak punya banyak masa. Eceh statement macam menteri kan. Tapi tu lah sebab berangan macam menteri aku selalu miss blogging. Sampaikan ada 2 entry patut aku buat tapi tak terbuat pun. Sian adik aku siap tinggal pesan kat chatbox lah, msg kat facebook la tapi haram aku nak buat. Takpe nanti aku buat okeh seperti yang kau suruh tu.

Tapi ni bukan cerita pasal kenapa aku sibuk. Aku saja nak share satu pendapat aku lah pasal benda-benda yang terjadi masa aku senyap sunyi dari blogging ni.

Korang pernah alami tak kawan-kawan atau sedara mara berubah. Kalau berubah daripada kurang baik kepada lebih baik tu ok la tapi kalau perubahan tu daripada baik kepada terkurang baik macam mana?

Aku rasa kita semua ada waktu upside down kan? Yelah mana ada kehidupan kita ni selalunya senang. Mesti lah kena ada dugaan barulah rasa best nak terus hidup. Kalau hidup kau plain, alangkah ruginya sebab kau tak akan dapat sebarang lesson kan?

Berbalik pada persoalan aku tadi. Hati aku kuat mengatakan bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk berubah. Macam perubahan daripada baik kepada kurang baik itu memanglah tak berapa cantik tapi kita perlu bagi masa untuk dia berubah jadi baik.

Sakit hati memang tak payah cakap lah. Lagi-lagi kalau dah makan tahun punya masalah, lagi lah. Aku boleh bet kadang-kadang sampai boleh menangis kan? Yelah nak kata tak nasihat dah puas dah. Nak kata tak marah pun dah sampai tahap malas nak bersuara kan? Bak kata semua dah cuba lah.

Cuma tu lah, kita tak boleh nak putus asa. Kalau marah tak jalan, kita pujuk, nasihat. Selagi boleh berlembut kita berlembut la. Tapi perlu ada tegas dalam lembut tu. Kalau patut marah, marah la. Selagi boleh nasihat, kita kena cakap. Ingatkan dia selalu.

Doa pun jangan tinggal. Mintak kat Allah moga-moga hati dia lembut. Kalau dah semua cara tak boleh cuma ada 1 jalan je lagi. Ni bagi sesiapa yg percaya la. Usaha la mintak air kat orang yang cerdik pandai.

Tapi jangan pulak kau pergi kat bomoh. Kang dia pakai prewang sapa nak jawab?

Kalau dalam keadaan kita ni semuanya ok, memang confirm tak terlintas atau memang tak nak mintak air macam tu kan. But believe me kalau dalam keadaan risau macam tu haruslah ni benda yang korang buat.

Jangan salah faham ok, aku bukan nak suruh korang percaya pada kuasa mistik ke apa, tapi sebagai manusia kita kena terus usaha. Maksud usaha tu korang kena la make sure semua cara (marah,pujuk,nasihat) korang dah buat tapi tak berkesan. Ni kira last choice la tapi kena jumpa orang yang betul supaya akidah kita tak terpesong.

Dalam pada tu kita kena terus doa dan tawakal.

Kadang-kadang bukan jumpa sorang dah terus baik tapi kena jumpa macam-macam orang baru la boleh baik. Macam kau pergi jumpa doktor. Ada doktor yang serasi dan ada yang tak serasi.

Pokok pangkalnya nawaitu kita. Jangan bila dah baik atas pertolongan dari hamba Allah terus pulak kau sanjung dia. Silap silap. Kena tanam dalam hati Allah yang tolong dan perantaranya hamba Allah tu tadi.

Ni cuma pendapat aku saje la. Bukan ape saje nak share benda-benda macam ni. Kadang-kadang bila kita buntu kita selalu termakan hasutan setan kan. Jadinya kena set dalam mind semua yang datang tu dugaan atau kifarah atas dosa-dosa silam kita. Dan orang yang diuji tu lebih disayangi kan.

Monday, January 3, 2011

2011 in the House

Hai semua.

Aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Moh la kita buang yang keruh dan amiklah yang putih jernih lagi bersih.

Aku macam biasa. Cuma tahun ni aku cuba untuk jadi lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ni. Contohnya macam lagi alim dari tahun-tahun lepas. Untuk mengurangkan makan dan untuk cuba menyimpan duit.

Amacam dengan korang pulak? Aku doakan kita semua selamat dari segala malapetaka dan terus sihat untuk mengerjakan tuntutan kita kat dunia ni selagi hayat masih ada. Eceh.

Bye

Saturday, December 18, 2010

Handphone oh Handphone

Aku rasa miserable bila tak ada handphone . Bukan sebab tak boleh bergayutan dengan AJ tapi sebab lain yang aku rasa lagi penting daripada bergayut yang boleh menyebabkan bill telepon aku melambung.

Hidup aku sangat simple sebab aku cuma perlukan satu handphone yang mampu kejutkan aku bangun dari tidur dan untuk tengok jam dan tarikh.

Sebab,

Aku memang tak reti pakai jam tangan atau ada jam dinding atau ada jam katil. Dan aku memang tak suka tengok kalendar sebab selalunya kat kalendar aku conteng banyak pasal kerja - dateline kerja, time bos cuti bila, appointment pasal kerja dan termasuklah tarikh kerja kawin. Hehehe. Maknanya, kalendar aku penuh dengan tanggungjawab yang kene bereskan. Sebab tu aku tak suka sangat refer kalender sebab nanti asyik tengok pasal kerja je.

Dan bila malapetaka datang - hp hilang - aku rasa tidur aku dah tak lena. Asyik terjaga awal dan kemudian bangun lambat nak pegi kerja.

Lagi suwey bila aku tak ingat contact no kawan-kawan aku.

Takpelah lepas ni aku nak pi carik handphone cokia yang tahan banting macam 3310. Ada jual lagi tak?