Thursday, August 2, 2012

Cerita Puasa

Semalam time balik kerja aku hampir-hampir terlanggar dengan motor yang dinaiki oleh seorang pakcik (layak di panggil pakcik sebab rambut dah beruban dan muka dah nampak tua). 

Tindakan refleksi pakcik tu selepas tekan brek adalah tunjuk middle finger kat aku. Aku terkejut la jugak sebab bulan puasa kan, which is kita semua dituntut untuk bersabar mental dan fizikal. Yelah aku bukan sengaja nak langgar orang, gila lah kalau sengaja.

OKla kalau sekali, mungkin sebab dia dah terbiasa sangat buat macam tu kan. Aku tak kisah lah.

Tapi lepas tu dia buat lagi, lagi dan lagi. Pantang ada peluang. Asik tunjuk middle finger je. Tunjuk la ibu jari ke, lima-lima jari ke kan bagus. 

Mula-mula aku nak marah. End up aku geleng kepala. Malas nak layan orang tua tapi perangai macam budak umur 17 tahun. 

Kesian lah bila berpuasa tapi diri macam tak puasa. Aku syak pakcik tu tak puasa sebab uzur. Sebab tu dia boleh buat perangai tak senonoh tu banyakkkkkk kali.

Pada pakcik tu aku doakan pakcik dirahmati Allah selalu insyaallah



No comments:

Post a Comment