Thursday, April 14, 2011

Tazkirah Khamis

Hari ni aku nak menyedarkan diri sendiri.

Situasi 1:
Kalau kita rasa kita paling gemuk (padahal orang lain cakap/nampak kita kurus), dan sangat teruja untuk meng-kuruskan diri, sedarlah bahawa kita sedang mengejek orang yang lebih gemuk dari kita tanpa kita sedari.

Situasi 2:
Kalau kita rasa sedih sebab kehilangan sesuatu, sedarlah bahawa itu lumrah alam dan Allah lebih menyayanginya dan mahu kita menghargai kehidupan yang tak berapa lama ni

Situasi 3:
Kalau kita rasa kita tak berduit/susah sangat, sedarlah bahawa ada orang yang lebih susah dari kita - mungkin hanya mampu minum air kosong untuk mengisi perut.

Situasi 4:
Kalau kita rasa tension sebab kerja, sedarlah bahawa bos-bos kita lebih susah kerjanya dari kita (ye ek?)

Situasi 5:
Kalau kita rasa sedih sebab tak dapat sesuatu, sedarlah bahawa Allah mahu kita terus berusaha dan mengingatinya dalam mendapatkan sesuatu.

Situasi 6:
Kalau kita rasa kita ni alim/baik sangat, sedarlah bahawa kita ni sebenarnya riak, dan kenalah malu dengan Allah sebab orang yang baik tak akan mengatakan dirinya baik, waima di dalam hati. Kerana hanya Allah yang tahu siapa diri kita.

Situasi 7:
Kalau kita rasa dengan perkahwinan kita dah dapat memonopoli pasangan, sedarlah bahawa kita masih jahil dan perlu belajar lagi.

Situasi 8:
Kalau kita membuka aib orang, sedarlah bahawa tak lama lagi Allah akan membongkar kemungkaran/aib kita. Nauzubillah

Situasi 9:
Kalau kita rasa diri kita sangat berkuasa kerana memegang jawatan/punya nama, sedarlah itu hanya pinjaman semata-mata. Ingatlah Allah lagi berkuasa dari segalanya

Situasi 10:
Kalau kita rasa tak nak kahwin, janganlah pasangan rasa tertipu. Tanyalah dengan lembut kenapa sebabnya, kerana mungkin kita punya alasan yang boleh diterima.

Sekian.

*Saya yang hina*

p/s: hep, jangan nak sentap2 ok. aca-iye!

5 comments:

  1. i loike this tazkirah!!!sentap ok...terpacak trus kt hati aku..ouchhhh!!!:)

    ReplyDelete
  2. ampun kawan2 jika sentapppppp..

    mai: hi mai, senyap je

    ReplyDelete
  3. mai ade laa cume sibuk ngan kije.
    pluss++++ persiapan nak tunang & kawen..hik2~!

    singgah2 blog mai yer~~mai baru nak mule balek berblog.

    ReplyDelete