Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Friday, October 12, 2012

One Day Office Vacation - Singapore

Hari ni aku nak share pasal trip opis aku ke Singapore akhir September lepas. Trip sehari je, pergi pagi balik petang. Almaklumlah, seberang tambak je kan. 

Trip ni sebenarnya macam token kepada kami-kami yang involve dalam menjayakan satu training ni. So kami dibawa melawat ke 2 tempat menarik (pada aku) sebab kami banyak gain knowledge masa kat sana.

Perjalanan pergi, masih bertenaga

Tempat yang kami pergi adalah NEWater Visitor Centre dan Marina Barrage Visitor Centre. Tempat selingan adalah macam biasa pergi bershopping selama 30 minit (selamat duit aku) ke Mustapha Centre, berjalan di bawah terik mentari di Merlion Park, pusing-pusing makan angin ekon ke bandaraya Singapura dan akhir sekali menjamu selera dekat Arab Street dan solat di Masjid Sultan.

Tempat pertama kami patut pergi adalah Marina Barrage. Tetapi memandangkan kami sampai ke Singapore pun dah lambat dan memang tak boleh sampai ke sana tepat pada waktunya, maka kami terus ke NEWater dulu. Nasib baik ada tourist guide yang tolong re-arrange balik schedule kami. 

NEWater adalah merupakan teknologi baru yang digunapakai oleh Singapura untuk mengitar semula air yang telah digunakan. Punca air Singapura adalah daripada 4 sumber iaitu Local Catchment Water,  Imported Water (daripada Malaysia), NEWater dan Desalinated Water. Memandangkan perjanjian air antara Singapura dan Malaysia akan tamat pada 2061 maka salah satu cara Singapura hendak maintain production air untuk mereka adalah dengan cara kitar semula air (NEWater). 

Kalau aku tak silap, cuma 20% NEWater sahaja yang digunakan untuk individu contohnya untuk diminum. Selebihnya NEWater digunakan untuk tujuan industri. Ini disebabkan oleh cara pemikiran rakyat kat sana yang mana belum boleh menerima sepenuhnya keadaan NEWater tersebut. So, daripada sekarang kerajaan Singapura sedang mendidik generasi muda untuk belajar menerima NEWater apabila tiba masanya nanti.


NEWater Milestones

Cantik kan. Base dia adalah air NEWater

Melakukan sesi pledge untuk NEWater


Gambar kenangan

Unpaid Model NEWater

Selepas ke NEWater, next appointment kami adalah ke Marina Barrage pada pukul 1.30 petang. Untuk menunggu masa, kami dibawa pusing-pusing melawat bandar Singapura dan berhenti di Merlion Park. Masa kat Merlion Park tu aku rasa pukul 11.00 pagi kot tapi dah panas membahang. Aku macam tak excited sebab puteri lilin kan. Lagipun aku dah pernah ke sana so tak lah jakun sangat nak amik gambar time tengahari buta tu. Kehkehkeh. 

Tapi layankan aje lah rombongan tu. Sempat lah amik gambar sikit-sikit pastu aku dah cari tempat berteduh. Panas siot. Gigih beno aku tengok kawan-kawan aku dok bergambar. Panas pun larong.



Pukul 12 tgh macam tu kami dah gerak ke Marina Barrage. Kalau korang dah reserve nak pergi tempat-tempat macam ni, make sure korang sampai awal. Sebab kalau korang lambat, slot korang akan di cancel dan terpaksalah tunggu next slot yang tak penuh. 

Marina Barrage ni pula adalah resevoir yang mana menjadi salah satu tempat catchment water untuk Singapura. Kepentingan lain adalah sebagai flood control dan sebagai lifestyle attraction kepada kota Singa ni. Further info boleh klik kat SINI.





Habis sesi lawatan formal, kami dibawa ke Arab Street untuk pekena nasi beryani dan murtabak Singapore kat Restoran Zam Zam. Aku sempat la tapau murtabak untuk Jep sebagai tanda ingatan, sebab dia tak dapat ikut. Lepas makan, kami pergi solat Zuhur dan Asar kat Masjid Sultan. On the way back ke bas, sempat la kan diaorang shopping sikit kat depan masjid Sultan tu. Aku baru tau diaorang siap boleh beli pakai duit Ringgit lagi kat kedai tuh. Aku, tak beli apa-apa sebab tak ada mood (kekenyangan).


Bergambar di Restoran Mamanda

Lepas tu kami diberi masa 30minit untuk shopping di Mustapha Centre. Tempat yang famous dengan kemurahan minyak wangi dan coklat. Kat sini aku cuma habis 4 dolar je. Aku sakit hati sebenarnya sebab ada ke pakcik bas tu kasi 30minit je? Mana sempat kan nak shopping. Alang-alang tu biar terus tak shopping. Puas hati aku.

Pukul 5.30petang kami gerak balik ke Johor Bahru dan around 7 petang, kami selamat sampai ke opis.

Muka low battery

Oh ye, sepanjang kami visit dua tempat tu, ada group budak-budak (aku rasa budak tadika kot) yang ikut serta. Diaorang dari awal aku tengok di didik supaya berani dan tak malu. Ada je soalan-soalan yang budak-budak tu tanyakan ok dan aku memang impressed!

Aku rasa taraf pendidikan diaorang sangat bagus dan tak mustahil Singapura boleh jadi semakin maju. Apa kata kita amik pendekatan diaorang, supaya anak-anak generasi muda nanti lebih berani dan bertanggungjawab.

Sekian, aku melaporkan dari sisi meja ku.

Wednesday, July 6, 2011

Farewell untuk Ayu

Kami geng outsider buat 2x farewell untuk Ayu. Ayu ni kiranya staff paling cantikkkk dan gedikss dlm office kami. Hehehe. Tapi yang bestnya bila aku nak buat entry ni boleh pulak tak jumpa cari gamba ayu untuk jadi bukti yang dia paling hot dalam office ni. Sorry ayu, aku rasa banyak gambar dalam tab ko kot.

Untuk ayu, jangan lupa kitaorang kat sini dan control-control habit shopping ko tu ek. Wish u all the best!!




Dinner dengan semua outsider - aku kan chairman haruslah datang awal nak buat spot check


Lunch Date












Sekian, byebye ayu...

Monday, June 27, 2011

Cerita Baru

Start esok selama 3 hari aku tak ada. Dapat cuti khas untuk menunggu panggilan dari mahkamah. Cuak kan dengarnya? Apa nak buat ini sudah tanggungjawab.

Bos sekarang kata ini adalah pengalaman dan wajar dikutip, walaupun pengalaman menakutkan.

Dan mulai bulan 7 ini, aku akan bekerja sendirian. Kawan seangkatan akan berpindah department lain. Mungkin fenomena 'terkangkang terkiap' akan jadi rutin aku lepas ni.

Dan mungkin (lebih besar kemungkinan ini), aku akan lebih menyinga dari biasa. Hahhaha. Takpe lah alah bisa tegal biasa.

Kemungkinan juga entry-entry yang terperap dalam draft akan kekal disitu. Tak tahulah bila boleh siap. Tengok lah keadaan.

Bab kahwin, aku surrender. Makin dekat hari, makin bertimbun kerja. Ni pun Job Description aku dah meluas. Alhamdulillah syukur sebab dalam masa orang susah nak dapat kerja, aku dapat kerja lagi banyak dari biasa.

Adalah barang satu dua dah beli. Khemah, makan pun alhamdulillah dah tempah. Cuma nangis aje lah nak banyar ongkosnya.

Dahla bye

Monday, June 13, 2011

Memang Betul Ini Tempat Kerja Aku!

Lewat! Memang lewat! Orang lain semua sudah buat kot, aku baru nak terkedek-kedek.

Kenapa?

Sebab memang ambil masa hendak kemas tempat sendiri. Hendak kemas pun perlukan mood, sebab banyak kertas hendak dibuang. Tak sanggup nak tunjuk tempat kerja yang bersepah tu, sebab nanti tak nampak pun laptop. Punya lah bertimbun kertas.

Moh la kita ke agenda meja.


Mata Melihat Ke Sisi Kanan

Kelihatan handbag yang jarang ditukar berada dekat atas meja. Memang selalu macam tu, kalau dah semak baru alih tempat lain. Macam biasa segala dokumen penting kononnya ada dekat sebelah kanan. Dokumen yang depan sekali tu selalunya tak berapa nak penting. Dekat bawah meja ada chop besar, mouse dan pil vitamin (yang jarang dimakan) pemberian LELAKI SEJATI.

Terdapat juga sebijik kerusi di hadapan untuk tujuan formal dan tidak formal.



Mata Melihat Ke Sisi Kiri

Ada telepon, tisu tandas wakaf (untuk kegunaan ramai), tempat letak alat tulis, madu (jarang dimakan), losyen (tah siapa punya), hadiah rembat, kertas-kertas di dinding dan 2-tier rack


Kepala Menoleh ke Sebelah Kanan


Kelibat kertas ditampal kat dinding lagi. Ada sebiji lagi kerusi, tentunya untuk tujuan tidak formal. Kerja pun ada atas kerusi, merata lah!. Ada hadiah kat belakang tu, untuk officemate.


Kepala Menoleh ke Sebelah Kiri

Ada kalender, kertas kerja kat dinding, printer, rak kertas 3 tingkat, botol air yang wajib diminum 2x refill sehari dan gelas McD yang dikumpul.


Badan/Kerusi Dipusing Ke Belakang

Banyak lagi kertas-kertas tampalan, Job Description dan kalender besau


Di Hadapan Cubicle
Kelihatan troli berisi kerja baru sudah datang dan dereten A4 Paper untuk tujuan memunya.

Sekian, selesai tugas. :)

Tuesday, April 19, 2011

Another Celebration for Arepah!

Arepah dapat duit terpijak tapi dia hold celebration selama seminggu. Dengan tujuan nak bagi semua penduduk 'kepulauan outsider merasa duit terpijak.

Maka pada waktu tengahari, hari ini dapatlah penduduk kepulauan outsider merasa dominos pizza sampai tak habis makan!

Takde mood lah nak taip panjang-panjang, korang tengoklah gambar yang ada ni.


Arepah dengan dominos. Sawan agaknya dok tutup-tutup muka

Dedan happy!

Happy Birthday Elwin!! Abaikan gangguan mistik di belakang sebelah kiri tu


Another penduduk tidak tetap Kepulauan Outsider dan Arepah yang melentik kekenyangan

Tuesday, April 5, 2011

Happy 26th Birthday Arepah!

Happy Birthday Arep!! Birthday mamat ni sama dengan birthday adik aku, si Pink's Territory. Sama umur juga dengan adik aku tu. Happy Birthday Pinky!!

So tadi ada short celebration dekat kepulauan outsider. Macam biasa la harus ada nyanyian "Allah Selamatkan Kamu" dan kek ini ditaja oleh girl-friend Arep, pengusaha kek/cupcakes. Thanks dik, sebab menjimatkan duit saya , tak payah bos nak sponsor birthday cake. Hehehe

Oh ye, promosi sikit, sapa-sapa nak order kek/cupcakes, boleh order dengan awek Arep ye. Sekarang dia dah based kat KL dan kadang-kadang orang BP pun boleh order dengan dia.. Klik sini ok..

Jiwang karat rupanya Arep ni, tapi sempat dia rosakkan word "Yayang" tu. Hehehe



Birthday Boy Tua



Birthday Boy Tua Malu nak tengok camera


Antara penduduk tetap "Kepulauan Outsider"

Saturday, January 16, 2010

ngantuk

saya kerja hari ini. tak suka dan kena kerja. tp takde sapa paksa. kenapa perlu kerja masa org lain tgh enak tido sampai pukul 12tgh? mcm kawan saya yg kat melaka kini tidurnya di putrajaya, sedapnye membute smp pukul 12 tidk mau angkat telepon. tetiba mcm geram sbb dia dapat tido sedangkan saya mengadap komp nak buat supplementary aggreement. yg patutnya bos2 yg buat. Macam En. Amir (bos lama saya). walaupun sumpah dia garang macam singa jantan, suara lantang macam petir membelah bumi, bahasa kasar sekasar kertas pasir, tp dia tetap buat kerja dia.. kenapa kami yg gaji tak lebih 3K kene buat kerja2 bos. bukan sekali dua ok. tapi berkali2. walaupun bukan saya yg kena, tp kesian kat kawan saya sbb dia selalu kena. dan saya baru berjinak2 nak kene buat kerja bos. terima kasih bos..

tetiba macam wish dapat kerja dgn en. amir. walaupun tau dia itu , ini, tp dia baik ok. dan sementelah lagi dia bakal pakcik saya (ewah sudah berangan).. dusshhh (tembak diri utk matikan berangan sendiri)

mengantuk. kenapa? sbb pagi td bangun awal(istilah awal utk hari sabtu dan ahad). tgh tido bole mimpi pulak sakit kepala. bangun, bebetul sakit kepala. jadah.

semalam pegi tgk wayang secara jahiliah (sbb waktu maghrib). tgk cite Jackie Chan. The Spy Next Door. best, direkemen utk tgk. Biasalah kalo muvi dia selalu mmg tak menghampakan. boleh lah diberi 4/5 star.

cite dia seimbang antara serius dan lawak. suka la walaupun tgk mcm ala2 org buta sbb tak berapa nampak akibat daripada rabun dan masalah diri tak mo pakai spek. lepas wayang pegi makan. pekene char keow tiow sedap kat larkin. lepas makan, lambat balik sebb mengumpat pasal kerja. tak abis2. kiranya semalam mcm Union tpt kerja la.. cite situ abis situ. padahal baru je masuk keja. dgr aje la sampuk sikit2

balik rumah sambung tgk tv3. layan cite Snake on the plane. best la tgk byk kali pun still ok..

okla nak sambung buat kerja da~

Thursday, November 12, 2009

Mukaku tidak mesrakah?

Kita nak tanya yg membaca ni.. muka kita ni nampak sangat sombong ke? atau sangat tidak friendly?

kita rasa mmg belum cukup mesra dengan staf kat sini tapi tak perlulah nak bermesra lebih2 sangatkan .. sekadar say hi atau at least senyum dah cukup ok kan. dah cukup menunjukkan hormat rasanya.. ada juga kita berbual2 dengan segelintir mereka.. itupun jika kita rasa ada lebih masa dan terasa seperti nak join mereka.. tak lah nampak macam kera sumbang..

tapi pelik bila kita dapat tau ada org ckp kita ni kurang senyum.. senyum sikit aje kat org lain selain daripada person-in-charge dekat sini..erm.. apa yg kita fikirkan perlu kah kita menjadi seperti ini:

1. setiap pagi sebelum start kerja pergi meronda kat semua department dan tayang gigi
2. pergi berborak2 macam dah tak ada kerja nak buat.. (come on lah, dengan kerja yg melambak ko campak kat aku, ingat aku ada masa? eh sori terkasar pulak bahasa)
3. pergi buat kita punya hobi@gossip..
4. pergi buat lawak bodo dekat bos?

aduhai pening kepala bila fikir kan tanggapan org... nak dibuat bodo, yg bercakap itu adalah seorang yg penting dlm company ni.. pada kita benda tu semua tak berapa penting, yang penting adalah kerja2 yg diberi, disiapkan dan dihantar.. lain daripada itu, take it easy lah.. atau man-man lah.. asal kita tahu menghormati org lain dan professional dah cukup..

bila kita ni bermesra lebih sgt ssh, yg sdang2 pun ssh nak diterima.. macam mana ye nak digayakannya?

Wednesday, October 14, 2009

Kerja dan Berselerak

Sejak 2-3 hari ni kita asyik tak ada keja je. bukan takde langsung ok, tapi sangat sikit dan sangat tidak mencabar. apa contoh kerja yang tidak mencabar yang kita maksudkan? kerja tu adalah seperti kerja memfiling dan juga mencari kertas.. erm.. tapi bila dilihat dr gamba kat bawah ni mesti mcm tak pecaya kan? berselerak aje lebih..




oh ya kita ada satu habit. suka bongkar semua barang utk menyiapkan kerja yang telah diberikan dan kemudian malas nak kemas. habit yang ada pro dan kontra ..bagus bila meja berselerak nampak seperti banyak kerja ye, tp sakit mata memandang. bila meja kemas dan tersusun nampak seperti tidak bekerja tapi tak sakit mata memandang.



Alamak dah kantoi pulak sbb nampak kita bukak YM. ala kan dah cerita dari awal kita takde kerja sangat jd layan la ape yg patut.. kotak 2 buah tu adalah hasil di mana kita malas nak kemas balik. nak masukkan blk dlm kotak pun kita amik masa 2 hari. erm sungguh tak bole buat menantu kita ni tapi kita yakin ada org yang sudi terima kita. hehe.. taktau lah org tu rajin tak baca blog ni tp rasanya dia tau kot kalau dia baca (eh perasan aje). kita sayang org itu sebagaimana kita sayang diri kita. tapi kita tak boleh mengharapkan lebih dari kawan sbb kita tau sampai mana batas kita ..

kita dah mula tersasar dari cerita yang sepatutnya.. maaf la ye, kadang2 kita mmg macam ni.. tapi bila sedar boleh pusing balik, jadi tak de masalah kan?

kita harap bos kecik kita tak bg kita kerja byk2 walaupun kita dah mula bosan. kita asik makan aje kat opis ni.. sbb dah tak tau nak buat ape dan lepas tu mata kita kuyu je sbb dh ngantuk.

dekat opis ni department kita kecik aje. ada sorang bos kecik, 1 senior tech, 2 org clerk dan sorang trainee (kita la tu). setakat ni kita happy je kat sini sbb tak rasa tension langsung.. tak macam tpt kerja lama..hmmm penatnya bila ingat tpt kerja lama.. yang paling best kat sini bila bos kecik umur lagi muda dari kita dan org tak pecaya kita lagi tua dari bos kecik kita. seronok sangat sbb org fikir kita muda lagi.. clerk QS tu dua2 lelaki dan kerja dgn mereka amat senang dan menyeronokkan.. situasi yang ok dekat sini tp tak tau berapa lama kita boleh bertahan..


Kita harap kita jumpa apa yang kita cari selama ni.. kita cuma nak kerja yang kalau boleh jauh dari rasuah, kerja yang diredhai dan mampu memberikan kita kesenangan..

tapi kita tau jauh lagi perjalanan kita sbb umur kita baru berapa dan kalau dipanjangkan usia kita nak rasa freedom dlm bekerja..

kita rasa nanti kita tulis lain la sbb kita nak tgk youtube.. sungguh mencuri tulang. ampunkan kita bos kecik!