Tuesday, January 11, 2011

Ujian

Kebelakangan ni aku memang tak punya banyak masa. Eceh statement macam menteri kan. Tapi tu lah sebab berangan macam menteri aku selalu miss blogging. Sampaikan ada 2 entry patut aku buat tapi tak terbuat pun. Sian adik aku siap tinggal pesan kat chatbox lah, msg kat facebook la tapi haram aku nak buat. Takpe nanti aku buat okeh seperti yang kau suruh tu.

Tapi ni bukan cerita pasal kenapa aku sibuk. Aku saja nak share satu pendapat aku lah pasal benda-benda yang terjadi masa aku senyap sunyi dari blogging ni.

Korang pernah alami tak kawan-kawan atau sedara mara berubah. Kalau berubah daripada kurang baik kepada lebih baik tu ok la tapi kalau perubahan tu daripada baik kepada terkurang baik macam mana?

Aku rasa kita semua ada waktu upside down kan? Yelah mana ada kehidupan kita ni selalunya senang. Mesti lah kena ada dugaan barulah rasa best nak terus hidup. Kalau hidup kau plain, alangkah ruginya sebab kau tak akan dapat sebarang lesson kan?

Berbalik pada persoalan aku tadi. Hati aku kuat mengatakan bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk berubah. Macam perubahan daripada baik kepada kurang baik itu memanglah tak berapa cantik tapi kita perlu bagi masa untuk dia berubah jadi baik.

Sakit hati memang tak payah cakap lah. Lagi-lagi kalau dah makan tahun punya masalah, lagi lah. Aku boleh bet kadang-kadang sampai boleh menangis kan? Yelah nak kata tak nasihat dah puas dah. Nak kata tak marah pun dah sampai tahap malas nak bersuara kan? Bak kata semua dah cuba lah.

Cuma tu lah, kita tak boleh nak putus asa. Kalau marah tak jalan, kita pujuk, nasihat. Selagi boleh berlembut kita berlembut la. Tapi perlu ada tegas dalam lembut tu. Kalau patut marah, marah la. Selagi boleh nasihat, kita kena cakap. Ingatkan dia selalu.

Doa pun jangan tinggal. Mintak kat Allah moga-moga hati dia lembut. Kalau dah semua cara tak boleh cuma ada 1 jalan je lagi. Ni bagi sesiapa yg percaya la. Usaha la mintak air kat orang yang cerdik pandai.

Tapi jangan pulak kau pergi kat bomoh. Kang dia pakai prewang sapa nak jawab?

Kalau dalam keadaan kita ni semuanya ok, memang confirm tak terlintas atau memang tak nak mintak air macam tu kan. But believe me kalau dalam keadaan risau macam tu haruslah ni benda yang korang buat.

Jangan salah faham ok, aku bukan nak suruh korang percaya pada kuasa mistik ke apa, tapi sebagai manusia kita kena terus usaha. Maksud usaha tu korang kena la make sure semua cara (marah,pujuk,nasihat) korang dah buat tapi tak berkesan. Ni kira last choice la tapi kena jumpa orang yang betul supaya akidah kita tak terpesong.

Dalam pada tu kita kena terus doa dan tawakal.

Kadang-kadang bukan jumpa sorang dah terus baik tapi kena jumpa macam-macam orang baru la boleh baik. Macam kau pergi jumpa doktor. Ada doktor yang serasi dan ada yang tak serasi.

Pokok pangkalnya nawaitu kita. Jangan bila dah baik atas pertolongan dari hamba Allah terus pulak kau sanjung dia. Silap silap. Kena tanam dalam hati Allah yang tolong dan perantaranya hamba Allah tu tadi.

Ni cuma pendapat aku saje la. Bukan ape saje nak share benda-benda macam ni. Kadang-kadang bila kita buntu kita selalu termakan hasutan setan kan. Jadinya kena set dalam mind semua yang datang tu dugaan atau kifarah atas dosa-dosa silam kita. Dan orang yang diuji tu lebih disayangi kan.

1 comment:

  1. =) when the dark clouds float away, the sun shall shine. Chances are, there could be a rainbow peeking through, as well!

    Perubahan tu konsisten. Penerimaan kita terhadap perubahan juga penting. Semua orang mengharapkan perubahan yang positif kan? Jika tidak, perlu ingat, perubahan itu sedang mengajar kita..

    ReplyDelete