Semalam punya cerita..

Semalam..kita pegi tengok wayang lagi.. kali ni cerita Senario 2 pulak.. kita bawak Lin, tapi dia sensorang gi tgk Pisau Cukur..kali ni kita dah awal2 suruh Anom tlg belikan tiket wayang tu.. So, lin nye cite start 830pm dan cerita kita start 910pm..mengenangkan lin nye cite start awal dan jln ke Tebrau tu mmg jem, maka kami (kita dan lin) gerak awal dr opis..anta lin blk umah kejap sbb nak amik baju pastu my sis pulak call suruh fetch syira ngengada kat nursery..so, lepas amik syirah terus vroom blk umah.. smp umah dah 6.15pm, AJ siap dah lepak kat umah sambil main PSP.. awal gile sampai punye semangat nak jupe kita.. ehehe bukan2.. semangat sbb nak tgk cerita tu laa.. kita bg lin mandi dulu .. sementara tggu lin mandi kita pakai lens (jakun gile pakai lens smp setengah jam sbb pakai bila nk tgk muvi+drive mlm je).. so after that turn kita pulak la..

dah siap2 sempat lagi main ngan atikah.. sian dia.. beriya ketawa suka ingat kita nak dukung dia.. really miss atikah sbb hari ni dah nk blk bp..pastu terus gerak g Tebrau.. benti kat Tesco sbb nk bg syirah mamam dulu.. bawak dia pusing kat Tesco nye food court tgk ape yg dia nk mkn.. last2 dia nak mkn nasi ayam Chicken Rice Shop .. dah agak dah.. budak kecik tu kalo tak nasi ayam mesti nasi lemak.. sian syirah.. selalunya kalau kita amik dia kat nursery blk mesti tanya dia mcm ni (amik cth hari semalam)

Cik yah: "syira dah mkn?"
Syira: "Dah, makan roti jala.."
Cik Yah: "ooo.. dah tu kenyang la ni ek?"
Syira: "hee..lapar lagi..syira nak mkn lagi"

kesian kan? bila budak umur 5 thn dah makan ptg kol 4 tp bila amik dlm 5.30pm masih lapar lagi.. pelik sbb nursery tu bayar sket punya mahal tp budak mcm tak cukup mkn. teringat pulak conversation kita dgn mama syira (kak lin)..

Kita: "Kak, syirah kata dah mkn kat nursery tp blk aku masak dia mkn mcm tak penah mkn"
Mama Syira: "Aah dia mmg macam tu, kuat makan, asal balik je makan.."

kesian kan? budak kecik 5 thn besar mana aje perut diaorg kan.. sepatutnya teacher2 dia kat sekolah masak la bebetul.. bagi makan bebetul.. at least leh bertahan sampai pukul 8 mlm ke.. ni tak, asal amik syirah kol 530pm sure dia dah lapar..

bila cerita tentang nursery ni, kita teringat kita penah keje kat nusery selama 2 weeks.. tp memang mendatangkan kesan yg mendalam pd diri kita.. kita bukan kerja la..tp tolong aje.. kita tlg kakak eddie sbb takde org keja masa tu..jdnya kita+eddie pun jd bidan terjun jd cikgu taska.. mmg lawak..bayangkan lah dua ekor ni dah la ssh bgn pagi, tetiba kami kene bangun pukul 5.00pg. kami bertiga (lagi sorang lupa nama dia)menguruskan rasanya dekat 20org budak dan 5 babies (yg babies ni special case sbb diletakkan kat tgkt atas dan budak yg lagi sorang tu yg handle)..manakala kami ber2 kene uruskan 20 org budak..

eh dah lari topik.. cite pasal nursery ni nanti kita update lain.. ni nak cite pasal semalam tgk wayang..

masa syira tgh mkn, mama dia smp.. bagus2 cpt kak lin smp.. so lepas abis syira mkn, kami pun terus ke JJ sebelah Tesco tu dan syirah terus ikut mak dia blk..so, smp JJ kol 8.00pm terus g jupe anom.. ha.. anom lain bila pakai uniform keje.. dah macam tak kenal.. anom cantik..hehehee..so lepas tu anta lin masuk wayang.. maka kita dgn AJ menghabiskan masa kt tpt game..kol 9pm trus masuk wayang..

sepanjang cerita tu si AJ ni keje asik gelak.. kuat pulak tu.. yg kita pulak gelak kejap pastu layan mata sbb ngantuk smp abis cerita.. sampaikan lens sebelah kita jatuh.. sib baik jupe tau, melekat kat tudung.. tension betul sbb jln dah tak nampak sgt..

tp blk tu sempat lagi g makan.. pekena char keow tiow penang (eh betul ke ejaan ni?).. weh sumpah tpt ni sedap gile ..sbb ape.. kita mana la suka mknan tu tp kat situ je tekak leh terima.. so, sesapa yg trn JB nak rasa sendiri silalah roger kita ye.. takde masalah nak bawak.. dekat je kat Larkin.. sesapa yg dah rasa bosan pastu taktau nak buat ape+gila bole la naik bas trn kat larkin, contact kita..nanti kita bawak g makan.. pas makan korang bleh blk naik bas terus.. hahhaa... mmg keje gila..

kesimpulannya, cerita Senario 2 tu tak la best mana.. dari 5bintang kita bg 2.5 bintang je.. unsur lawak ada tp tak berterusan.. br nak feel lawak tetiba dah abis lawak.. pastu tggu lg scene ada lawak br nak gelak.. ah bosan2..

tp kita tak leh blah tgk lan pet pet dlm cite tu.. mmg kelas.. lawak menjadi.. pastu cam tekejut sbb si Maria Farida bleh lak belakun dlm cite lawak.. (dia tak la buat lawak tp bole la masuk).. tp kalau org dah cantik kan, dalam hutan pun cantik lagi..

tu je la nak update utk tgh ni.. jap lagi update pasal nursery tu kalo sempat (eh betul ke ejaan nusery tu ek? bantai aje la)

p/s: kawan-gila-tonton-cerita, senario tetap tak best.. sib baik nmpk pokok ala2 momiji..sama ke?

Hari Santai

Pagi ni kita berazam nak mulakan kerja dengan sunguh2 sbb dah 4 hari cuti kan.. rasa sungguh bersemangat sekali nak mulakan hari ini.. harapnya mood baik ni berterusan lah sampai ke petang dan sampai hari esok sbb hari rabu kita nak amik cuti suka suki hingga ke hari minggu.. yehaa.. cuti lagi..

Semalam dan kelmarin takde apa yg menarik yg nak dikongsikan.. Cuma kita spent time dengan family+kawan2 aje la.. Jadual utk hari Sabtu dan Ahad lepas adalah spt berikut:

hari sabtu pagi, kita keluar breakfast dengan mimie dan hajar (pau mimie) dekat pasar, makan sate ngan nasi ayam+soto.. lepak mkn, minum & gossip smp rasanya 2 jam.. lepas tu terus gi Lion Mas sbb nak survey wedding present utk Yana & Cik Zet.. lepas tu roger nadir sbb dia nak ajak kua ptg tu + mkn sushi.. maka, kami berjanji utk bertemu jam 1.30 ptg di BP Mall..erm.. dlm pukul 12.45tgh, Iela smp rumah dr Kluang.. dok lepak kat umah smp almost 2pm.. biasalah sesi gossip lagi yg berkisar ttg kes2 budak Marche.. mahap ye iela sbb dok leka borak smp lupa nk bg air..huhuhu..perkara yg amat jarang skali berlaku pd kita.. sbb pada awalnya kita nak ajak iela join kami ke sushi tp dia tetiba malu pulak.. heee…

pastu iela anta smp BP Mall dan kita trus carik nadir (bukan nama sebenar)+rod(nama samaran) yg tgh tak keruan tgk barang2 sale.. mereka telah merembat barang2 privasi dan tidak privasi manakala kita adalah cuma beraksi sbg penonton shj.. berangan2 mencuba kasut2 yg murah2.. + berangan2 dengan handbag yg juga murah2.. satu benda yg kita discover, taste kita&rod adalah sama utk handbag dan kasut.. bestnya jika kita dah bekerja masa ini sbb cnfirm tak akan membazir masa dgn jadi pelakon tambahan..ishkk sedih tapi tak kisah la sbb last week kita dah pau AJ sedikit brg keperluan+kasut comel yg sgt murah..(thanks to Lin sbb tlg bg opinion psl kasut tu).. sumpah kasut murah tu comel..tak caya tgk la nanti…asik ckp kasut murah je ye tak.. mmg murah sbb Cuma RM20 aje.. tatau la smp bila bole bertahan.. uuu tak bestnya kena catu nak beli barang..lepas mereka menyedekahkan duit kat cashier, kami pun bergegas ke Sushi King dan makan time!... sian rod sbb dia tak lalu nak makan sushi..kali ni rod yg jd pelakun pacak+pelakun tambahan je.. tgk 2 pelakun utama sungguh berselera me-ngap sushi.. lepas ala2 nak abis mkn (request dr nadir), kami pun memulakan sesi gossip lg a.k.a. sesi luahan perasaan oleh pelakun utama..kali ni, tiga2 ekor dah jadi pelakun utama sbb memasing punya la semangat bercakap dan berdebat.. kita kali ni slow down sket sbb suka mendengar dan menganalisis masalah2 yg timbul.. cheh! Gila kental ayat.. hehehhe… sian pelakun2 utama sbb punya masalah yg berlainan dan kami bersama2 menjadi pendengar dan pemberi semangat+solution kepada penyedia masalah..lepas sesi gossip dan sesi aliran air mata tak jadi berakhir, kita dan rod diberikan tentative baru oleh cik nadir iaitu sesi melalak dengan microphone.. tgk2 jam rasa mcm sempat, kami pun terus rushing ke Square One .. tp malang nasib kami sbb tpt penuh la pulak.. kami terus ke sebelah dan cuba tpt baru.. ni adalah antara conversation kami..

Kita : “Nadir, jgn beli byk2..beli 5 lg dl, kita test tpt ni dulu”
Nadir: “ok” – smbil menghulur RM5..
Apek Kaunter: “bilik 3”

Ye, kami ke karaoke jamban.. kami bertiga… adoi.. selalunya kita mmg la tak suka ke karaoke jamban sbb dah mcm jamban bunyi nya(rentetan peristiwa pahit karaoke jamban dgn lin kt Danga Bay sementara tggu waktu buka puasa , sbb nak buka kat LC Catering yg macam hampeh tak sedap..mahal je lebih, tahun dpn takmo pegi lagi-ye kami dah macam jahiliyah sbb g karok masa nk tggu buka puasa). Malang tak berbau, kita ingatkan Cuma 5 lagu tp sebenarnya dah sampai 15 lg + 3 lagu = 18 lagu kami test power suara.. sian nadir, mungkin di BP Cuma kami dan entertainment so & so yg boleh digunapakai semasa kejadian tak sedar diri berlaku.. sedihnya.. harap2 lepas ni adalah pihak dr Green Box/Red Box yg baca luahan hati ni.. tlg la bukak 1 cawangan kat BP.. kita tak leh handle nak gi asik penuh aje..

selepas aktiviti menyihatkan anak tekak berlalu, kami bergegas pulang sementelah jam menunjukkan 6.20 ptg.. sempat berangan ingat nak pekena air racun mlm tu tp harap maklum, tak menjadi sbb kita kene teman adik pulak g dgr MLM.. mata dah macam kene gam.. siap tanya2 kita lagi.. adoi layan kan aje la.. tp 1 benda yg kita perasan kebagusan mereka yg ber-MLM ini adalah: punya semangat jitu dan punya suara yg kuat… hehheee..ye itu perlu..eh tapi geng2 BP cam Ajar, Mimie, Yana, tak perlu jd ahli MLM tp mereka dah punya suara dan semangat yg kuat-lebih2 lagi kalo melibatkan sesi gossip dan gelak ketawa..(mampus aku kene pelangkung lps ni hee)..habis ceramah MLM smp umah dah pukul 11 lebih.. dan 11.30pm terus zzZZzz.. tapi pukul 1lebih terjaga sbb dpt call dr kawan (awak tau la sapa diri awak tu..hehehe.. )borak smp sejam kot.. kelakar pengakhiran borak kami sbb dia berjaya membuatkan kita tergelak dan sgt segar sbb cerita beliau.. kemudian abis sesi dengan kawan 1, terus mulakan dgn sesi kawan 2.. sharing is caring ye tak.. asik gelak aje padahal jam dah pukul 2 dan 3 pagi.. kawan 2 terkesima kot(word yg tak leh blah) sbb kita asik gelak smp abis borak.. tido blk dgn susah payah sbb energy dah di tahap max tp berjaya tido - almost 4am jugak..tp okla sbb 6.30 dh bangun..huu~

Ok kemudian utk hari ahad.. hari bermalas2san di rumah tp sempat gi wedding Ecah kat pt raja. Sebenarnya kita dipahamkan oleh Hajar (yg bertanggungjawab sbg card distributor) kami akan berjumpa di sana jam 2.30ptg dan ahli2 yg hadir di kalangan kami Cuma Hajar, Kita, Sri, Ita dan Peah.. maka sesi amik mengambik dilakukan oleh Sri dan Ita yg fetch kita kat umah jam 2 kot.. kami smp lebih kurang masa yg dijanjikan.. dah la kad tak dpt , gi umah pengantin ikut map suara aja dlm phone je.. masa kami smp hajar tak smp lagi.. ces.. kami dgn tak kenal sesapa+takut slh rumah terus mengambil keputusan utk mkn (berani gile)..ddk pun dkt ngan meja makan beradap.. tak leh handle bila Sri kua ayat camni.. “Eh yah, jom ddk mkn kt meja tu” dia tunjuk kat meja beradap.. What the ?? huhuhu.. kami tertanya2 betul ke itu rumah pengantin yg kami tuju tp mulut terus dgn aktiviti menyuap.. tak leh tahan sbb dah lapar.. lagi skali Sri buat statement lawak.. “ kita mkn slow2 tggu ajar” mmg slow kami makan.. rupanya Sri mkn slow sbb nak tgk pengantin –utk mengesahkan pengantin adalah kawan kami dan harap kami tak salah rumah… kita kan rabun.. Sri pun sama.. gile lama 5 minit dia nak camkan muka pengantin.. nasib baik kami tak salah org.. tgh mkn2, Peah, Syikin dan Wani smp… last skali baru card distributor smp.. hampeh betul..lambat betul smp.. aktiviti terakhir di rumah pengantin adalah sesi pemberian kad kawin oleh Peah kepada kami dan macam biasa tugas tersebut kita jugak la yg kena (takpe2, aku suka je). Minggu dpn jupe Yana pun sama la.. tugas pemberian kad kepadaku.. mandate tu.. bak kata Peah “ko kan center , so sesapa nak kawin mmg ko la yg tukang bg kad” boleh begitu ye? Takpe2, sok lusa aku kawin, mmg korang la kene distribute kad kawin aku lak.. smp umah terus lepak dan mlm2 kemas2 nak balik. 8.10pm smp umah ajar then singgah roibo beli air dan terus je blk JB.. smp Jb dah pukul 10.30pm..kemas ape yg patut dan tido lah…

Begitulah perjalanan cerita hidup kita utk 2 hari yg lepas.. best sbb dpt holiday tp tak best sbb duit limited.. dah la YES (year end sale) tp Cuma leh tgk aje.. hampagas betul.. takpela.. AJ dah janji nak bawak jln2 tgk wayang ptg ni.. harap2 jadi laa.. nak gi tgk Senario Beach Boys bukan Baywatch tau.. tatau la mcm mana AJ gelak nanti.. sure kita tak leh handle.. nak carik seat asing2 la.. mamat tu kalo gelak kat panggung dh macam gelak kat umah.. asalbol aje.. nanti kita bg rate la cite tu.. rate cite perlu di update lebih2 lg pd kawan-gila-tonton-cerita yg ada kat shah alam tu.. eh kawan kita kata cerita Christmas Carol tak best.. betul ke? Tak recommended utk ditonton.. ye ke?

Eh penat taip.. dah la..da~

Abah..

Maaflah sebab dah lama tak update cerita baru. Bukan apa, rasa macam tak de benda nak share.. dan sebenarnya tak ada idea nak menaip sebab kerja melambak kat opis yg malas nak disiapkan, pastu emosi mcm tak stabil aje..

Hari ni kita cuti.. sbbnya smlm ptg around 3pm adik call cakap suh blk this week. Last week kita tak balik (pertama kali dlm 5 bulan-sejak internship ni).. kata adik, abah sakit teruk. Kita dah mula rasa lain dan mmg niat nak balik. Rasa bersalah sbb kelmarin mak call bising2 sbb kes tak balik last week dan buat kita rasa bengang.. tp bila adik call kita dah rasa risau.. terus bgtau bos kecik if abah tak sihat, esok kita amik cuti.. sesuka hati aje cuti.. sebenarnya kita rasa mmg kita perlu break.. cuti.. sbb dah rasa tepu dan tak best.. lepas kes adik call, kita teruskan kerja macam biasa.. selang 2 jam, mak pulak call, cakap suh amik cuti dan balik mlm tu jgk.. abah demam dah seminggu..kata mak semalam abah meracau tak kenal org dah.. kita risau tp bole buat biasa lagi sbb abah jarang sangat sakit dan sekali sakit biasa la mmg lama.. lagipun baru kelmarin mak call bgtau keadaan abah.. meracau mungkin sbb panas sangat.. kita mula la fikir macam2 terus inform bos kecik khamis dan jumaat kita cuti..

Semalam puasa tp cukup letih.. sebab on wed & smlm pun tak sahur. On wed kita buka Cuma dengan 2 keping roti so itu yg buat letih teramat sangat.. + migraine pulak smlm.. pucat ah muka smlm.. then on 6.00pm mom called again, Tanya dah smp mana.. kita cakap smp umah pun belum.. sbb this week jammed aje jalan.. cakap kat mak kita balik after buka around 730pm.. then mom said ok.. balik2, terus mandi lama2 kasik lega kepala then br sempat asar dan masak ayam black pepper utk kita & kak ipar mkn.. oh ye, thanks to sofea coz bg nasi lemak utk berbuka.. so, nasi lemak dgn lauk black pepper.. buka je, mkn tak lalu sbb carta makan dah tuka..makan sikit buat alas perut then telan pil kesayangan tu. After maghrib seperti yg dirancangkan kita blk 730pm dgn kepala sakit tp tawakal aje la..

Smp aje umah around 9pm, tgk abah tgh tido.. rasa kepala abah mmg panas, sian abah.. abah dah kurus, sedih tgk abah.. abah dah tua rupanya.. macam tak sedar masa berlalu.. blk2 aje ada org datang (rumah ni dh macam rumah welfare..hahhaa.. but alhamdulillah sbb rezeki tak putus2). Then mak baru nak masak.. tp putus2 sbb dia nak tgk cerita apatah kat tv3.. apalagi, kita terus tlg aje la.. alah tak susah pun Cuma masak 2 jenis lauk aje.. mcm magic, org migraine leh masak.. hahhaa.. kuasa Tuhan kan.. sbb kita mmg tawakal abis .. selalunya lepas makan ubat kene rest dan ada simptom2 yg mmg tak best, tp smlm alhamdulillah .. Allah permudahkan perjalanan hidup kita smlm.. lepas masak, bg abah makan then teman mak abah tgk tv.. kejap aje sbb tv yg tgk diaorg.. hahhaa.. macam biasa..

Alhamdulillah, hari ni abah dah ok.. kita pun tak risau lagi.. mak suruh pegi keja esk tp macam berat hati pulak.. lagipun kita nak rest kat umah aje arini dan esok smbil pantau2 abah.. mana tau demam nye datang lagi kan? Erm.. bila tgk abah sakit dan kita tak berpeluang jaga abah selama seminggu lepas rasa macam terkilan.. takut pun ada sbb takut kehilangan sbb tak sempat.. sebab tak mau amik tau .. mak pun bukan nak cerita sbb dia taknak menyusahkan anak2 dia.. kita pun belum bersedia utk rasa kehilangan..tapi kita sanggup tinggalkan segalanya utk mak dan abah.. walaupun abah tak perfect tp dia ttp abah kita.. abah yg menyebabkan kita ada kat dunia ni.. masih teringat kata2 teman dunia akhirat .. “ Jagalah mak bapak ko selagi diaorg masih hidup, sbb bila dah diaorg dah takde, ko akan rasa menyesal seumur hidup dan ko takkan rasa apa yg aku rasa selagi ko tak alaminya sendiri”..teman kita itu sudah kehilangan ibu bapa sejak sekolah lagi.. betapa kita memahami perasaan itu sbb mak dia mcm mak kita sendiri.. dan selepas itu, dia menganggap mak bapak kita seperti mak bapaknye sendiri… masa raya yg lepas dia baru aje kerja dan mak bapak kita dapat duit raya pertama daripadanya..

Kita pernah rasa kehilangan.. rasa yg sangat meruntun jiwa.. kawan baik kita pergi ketika kami berjanji utk berjumpa.. Ya Allah sangat sakit dan sangat sedih.. kita menunggu jenazahnya di hospital dan kemudian balik ke kg. sumpah takkan lupa momen itu, yg mana kita selepas menerima berita tersebut menangis tanpa henti..menangis dlm bas ( kerana kita sudah hampir smp di tpt yg kami berjanji) , kemudian dalam lrt dan dlm kereta nak ke GH.. tak sedar menangis sehingga ada org menghulurkan tisu.. (thanks kerana memahami)..menangis dan terus menangis kerana terlalu terkejut.. bila smp di rumahnya di BP, kita lihat mak dan bapak dia pun meratapi pemergian anak sulungnya itu.. terkesan dengan kejadian tersebut, lama kita murung dan bersedih, mungkin berbulan.. rasanya sampai mak dan keluarga mungkin mencarikan air utk kita melupakan kejadian tersebut.. mana mungkin melupakan org yg menghabiskan masa bersama kita bertahun2? Dia menemani kita di kala kita keseorangan .. kami berniaga bersama2 .. rasa susah dan senang bersama.. dia tetap bersama kita walau apa yg berlaku.. betapa sekarang kita amat menyayangi dan merindui dia.. hanya doa yg mampu kita kirimkan utk dia.. bayangkan lah, yg pergi itu adalah teman rapat.. jika yg meninggalkan kita itu adalah mak bapak kita sendiri.. ya allah.. tak dapat kita bayangkan…

Kita selalu berdoa agar diberikan masa utk berbakti kepada mereka.. yelah berapa lama lagi lah kan waktu yg ada.. kita pun tak tahu siapa yg pergi dulu.. rasanya biarlah kita yg pergi dulu supaya kita tak rasa kecewa kehilangan mereka.. tapi kita merancang, Allah jua yg menentukan..

Tulisan kali ni, bertujuan utk mengingati sesama sendiri.. utk mengingatkan diri sendiri sebenarnya.. biar ape pun yg mereka buat kepada kita, jgn amik hati lama2.. sebagai anak, jgn merajuk lama2.. takut nanti kita menyesal tak sudah.. bg anak di perantauan, pulang lah.. dan jika tak dapat pulang.. hubungilah ibu bapa anda sekerap mana yang perlu… jgn lah ditinggalkan tanpa berita.. sayangilah ibu bapa anda semahunya.. .. eeh, dh macam iklan tb lak..hee

hmmmp

You hurt me..really.. it hurts.. so much

Sendiri

terkemudian bicara tuturan hati sendirian
tatkala kecamuk diri juga sendirian
tiada niat menyambung harapan
menitip belas tidak sekali
cuma sandaran bilamana kejadian tidak selari
dengan insan yang terus punya harga diri

terkesima melihat anugerah
yang sangat elok pekerti
menutur dan memberi mengikut landasan
terhakikat yang menyepi

bukan niatnya sendiri,
tapi tak mungkin menambah beban dan sesalan
pada anugerah yang sangat cantik
takut tersasar
lantas dilupakan..

maka hadir keinsafan
agar cuba menidakkan perasaan
sendirian...

pada hemah fikiran dan perasaan
tetap terus menyanjung molek pekerti
agar hidup lebih beerti
berdoa yang baik-baik dan elok-elok
utk anugerah terus bersinar
dan bersemayam abadi
di takhta teratas sekali

tiada siapa perlu tahu dan fahami
apa maksud sendiri

p/s: entry ini berlaku kerana kita terus diasak dengan sepi dan hakikat tidak mahu menyusahkan lagi..insyaallah.. terima kasih..

Yang Kutahu Cinta Itu Indah

">



Tak Pernah Aku Membayangkannya
Bila Insan Sedang Patah Hati
Kali Ini Ku Rasakan Sesungguhnya

Reff:*
Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangipun Berwarnakan Kelam
Inikah Yang Dinamakan Patah Hati


Tak Ingin Kujalani Cinta Yang Begini
Yang Kutahu Cinta Itu Indah
Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Kumau Kau Tetap Disisiku


Dan Tak Ingin Kurasakan Jiwa Yang Tak Tenang
Kumau Kau Tetap Disisiku

Siang Hariku Bagaikan Malam
Pelangipun Berwarnakan Kelam

p/s: afgan ni hensem dan sexy, kita nak husband kita punya bibir dan hidung begitu.. hahhaa

Mukaku tidak mesrakah?

Kita nak tanya yg membaca ni.. muka kita ni nampak sangat sombong ke? atau sangat tidak friendly?

kita rasa mmg belum cukup mesra dengan staf kat sini tapi tak perlulah nak bermesra lebih2 sangatkan .. sekadar say hi atau at least senyum dah cukup ok kan. dah cukup menunjukkan hormat rasanya.. ada juga kita berbual2 dengan segelintir mereka.. itupun jika kita rasa ada lebih masa dan terasa seperti nak join mereka.. tak lah nampak macam kera sumbang..

tapi pelik bila kita dapat tau ada org ckp kita ni kurang senyum.. senyum sikit aje kat org lain selain daripada person-in-charge dekat sini..erm.. apa yg kita fikirkan perlu kah kita menjadi seperti ini:

1. setiap pagi sebelum start kerja pergi meronda kat semua department dan tayang gigi
2. pergi berborak2 macam dah tak ada kerja nak buat.. (come on lah, dengan kerja yg melambak ko campak kat aku, ingat aku ada masa? eh sori terkasar pulak bahasa)
3. pergi buat kita punya hobi@gossip..
4. pergi join lama2 time minum petang padahal takde pun dlm ofis punya rule ada time macam tu (kita ni kan cuma praktikal aje kan?)
5. pergi buat lawak bodo dekat bos?

aduhai pening kepala bila fikir kan tanggapan org... nak dibuat bodo, yg bercakap itu adalah seorang yg penting dlm company ni.. pada kita benda tu semua tak berapa penting, yang penting adalah kerja2 yg diberi, disiapkan dan dihantar.. lain daripada itu, take it easy lah.. atau man-man lah.. asal kita tahu menghormati org lain dan professional dah cukup..

bila kita ni bermesra lebih sgt ssh, yg sdang2 pun ssh nak diterima.. macam mana ye nak digayakannya?

Nama Kita Mazura-Kita orang yang sangat simple-Kita tak suka dipaksa-Kita suka kesederhanaan dlm setiap benda-Kita cuma harap ada org jaga kita sampai kita mati-Kita org yang sanggup berkorban untuk org yang kita sayang-Kita tapinya ssh nak sayang org-Kita nak jumpa Pencipta kita dalam keadaan yang baik-Tolong doakan Kita