Showing posts with label Anything About Food. Show all posts
Showing posts with label Anything About Food. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Menu Sihat

Aku dan Jep memang suka makan. Tengok badan pun dah tau. Aku sekarang kalau boleh nak kurangkan sikit penggunaan minyak. Tapi kalau tak ada minyak rasa macam tak lengkap hidup aku. Selalu berangan nak kurangkan kalori intake dalam food. Sedang mencuba dan perubahan takla buat terlalu drastik.

Lepas kahwin selalunya bini rajin nak masak. Sama lah macam aku. Rajin sebab aku dah muak makan kat kedai. Dah tatau menu apa patut aku cuba. Lagipun aku suka makan lauk kampung. Tumis air, ikan kering ke ngan sambal ketuk. Adui sedapnya. Taip pun boleh kecur okeh.

Berbanding dengan Jep, dia suka makan berunsurkan sambal/lada. Sambal ikan, ayam masak merah la. Memang lain la dari aku. Susah sikit nak tune lauk dia ni. Masak-masak air sume taknak. 

So malam tadi aku dapat discover yang aku boleh ubah cara pemakanan Jep. Hahaha. Malam tadi aku try buat ala-ala ikan masak stim limau sebenarnye ikan rebus limau dengan sotong goreng tepung. Sebabkan aku tak ada periuk stim aku rebus je, habbis citer. Bagus betul dia kata sedap lauk tu. Lepas ni aku ngan Jep boleh la makan lauk orang pantang beranak hari-hari, dengan harapan kan. 

Nah aku tepek lauk malam tadi


Wednesday, June 6, 2012

Dinner Pertama Kami






Disebabkan aku terliur tengok pengacara Chinese makan asam pedas kat kedai makcik Melayu (food channel), malam tadi buat pertama kali kat dapur sendiri aku masak asam pedas ikan dengan sayur campur goreng dan ikan goreng. 

Sambil masak feeling macam masuk The Kitchen Rules. Chewah

Sunday, July 31, 2011

Wow!!

Cerita banyak tak nak ..


Dah buka kat tempat aku bai! Gila excited sebab dulu cuma ada Pizza Hut yang tak berapa nak best tu.

Dan dan aku dengan Jep terus order 2. Sekian!

Friday, May 6, 2011

Dinner Murah JB!

Semalam pergi dinner dengan Jep (dah boleh reveal nama sebab dah tunang, hahahha) dekat Pasir Gudang. Dah lama dah nak pergi sangat makan kat sini sebab Jep cakap tempat ni murah. Maka dengan tidak menghampakan perempuan-gila-makan ni, Jep pun sanggup ambil aku dan patah balik ke Pasir Gudang dan kemudian hantar balik perempuan-gila-makan ni ke Kempas.

Jalan masuk ke tempat makan ni memang gelap. Aku pun pelik kenapa kawasan situ macam lokek dengan lampu. Kedai ni namanya "Dek-Non" kalau tak silap. Bila sampai, Jep gula-gulakan aku cakap kedai makan ni romantik. Sebabnya hanya kerana kurang cahaya lampu, ala-ala malap la. Tapi ada aku kisah romantik ke tidak, janji aku dapat makan. Lagipun aku memang jenis avoid tempat makan yang malap-malap ni sebabnya nanti aku rasa tak kenyang. Lagi haru sebab kalau ada serangga ke rambut ke dalam makanan, pengsan tak nampak kan.

Sampai entrance kedai, dia ada board tulis special menu diaorang. Ada gak tulis harga set. Memang murah. Set makan dia selalunya datang dengan dessert dan air buah gelas besar. Dan semalam aku memang bertuah sebab jus mangga yang keluar. Memang best la, rasa pure je jus dia tu.

Kedai ni kalau set dinner dia adalah nasi (percuma-sila tambah sampai muntah), tomyam, siakap 3-rasa, kailan goreng belacan, ayam goreng kunyit, telur dadar, air sejag dan dessert. Harga? Sila refer gambar terakhir. Hehehhe



Entrance

Entrance juga

Perempuan-gila-makan-dagu-berlapis + jus mangga (sedapnyaaaa)

Our dinner!

The price - sorry malas nak rotate gambar

So, korang tengok la, makan macam nak rak cuma RM30 aje. Jus mangga share 2 orang tak habis, siap boleh tapau bawak balik lagi. Overall dari segi food quality aku boleh cakap C+ tapi dari segi harga A+. Mana nak jumpa makan macam ni punya murah. Kiranya macam tak rugi lah pergi makan kan.

Kesimpulannya, aku memang tak boleh diet macam ni. Sekian, bai!

Thursday, March 24, 2011

Saat Ku Idamkan

Petang-petang ni layan gambar lah..


Lemon tea
with Cheesy Mee


3-Layer Tea

Vege Mee

Kerabu Mangga


Pulut Mangga..nyum nyum


Thai Pattaya

Fried Glass Noodle

Mungkin bila tengok gambar-gambar ni korang ada la idea nak makan ape malam ni kan.

Tuesday, January 25, 2011

Nyumm..nyumm..

Pada aku Batu Pahat adalah syurga makanan. Bila aku balik je, confirm akan pekena lontong goreng dekat warong gelabah. Tu dengan kawan-kawan aku lah.

Kalau dengan mak bapak pulak aku punya tempat makan ada lain sikit. Biasa la kalau makan dengan orang tua kena la bawak tempat yang siuman, maksudnya tak bising dan tempat tu terang supaya tak tertelan rambut ketika makan. Yeiuwwwwwww

Okla kali ni malas nak cerita banyak. Korang layan je la 3 gamba makanan ni. Sapa-sapa anak jati Batu pahat yang berada di perantauan, tak terliur ke beb? Hehehhee

sesuai dibuat sarapan pagi - lontong sate


nasi goreng kampung berapi


Tauhu + Tempe goreng - serupa candu yang tak boleh dilupakan.

Amacam sedap tak? Lain post aku nak letak makanan kegilaan aku, dan kalau ada makanan kegilaan Tukang buat Coklat. hehehhehe