Showing posts with label adv. Show all posts
Showing posts with label adv. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Thanks Starbucks Earth Day!

Thanks Starbucks! sebab memberikan black coffee secara percuma kepada kami, sempena Earth Day.

Rupanya hari ni Starbucks ada bagi free coffee kepada orang ramai. Syaratnya, cuma bawa tumbler anda sahaja. Tak perlu nak bawak Starbucks tumbler. Ala kami pergi pun pakai tumbler biasa-biasa je. Tapi cuma pada hari ini saja (kot) dari pukul 1000 pagi sampai 12tgh.

Kami pun tahu dah lewat, sorry tak sempat nak habaq kat korang semua. Nasib baik sempat sampai sana sebelum habis waktu kan. Maka dapatlah kami kopi free.. Puas kau minum sebanyak-banyak tidak. Ni lepas ni kalau ngantuk gak, tak tahu la apa nak jadi.

Maka dengan ini aku nak tayang air kopi free dari Starbucks yang kami dapat.

Ni Azie punya. Dah modified jadi kopi ais. Heee

Ni aku nye. Cuma dapat 1L je. Takpelah, kalau tak pengsan nak ganti ngan plain water byk-byk

Ni cik Yuyu nya. Over siap beli makanan lagi.

Kami telah menyebabkan sugar kat sana habis dalam sekelip mata! Abaikan doc kat belakang tu

Again, thanks Starbucks! Lain kali buat lah lagi. Hee

Saturday, December 18, 2010

Handphone Murah?

Tadi kan aku cakap nak pakai Nokia 3310. Tu memang lah sebab nak buat temporary handphone sementara nak tunggu duit berdikit nak beli handphone lain.

Tengok-tengok celcom ada buat sale. Mantap betul. Aku memang pengguna Celcom dan Maxis. Bila dah kerja pakai celcom dan masa study dulu pakai maxis.

Celcom sale ni lama dari sekarang sampai la ke 31 March 2011. Maknanya korang sempat lagi la kalau nak join sale ni. Caranya senang je. Kumpul je token banyak-banyak pastu boleh redeem. Cara nak dapatkan token pulak senang je. Bergayut la lama-lama. Eh tapi bukan bergayut kat pokok ke dahan ke. Bukan bukan. Maksud aku bergayut tu bersembang lama-lama kat tepon yang guna line celcom. Kalau kau sembang lama-lama tapi pakai line maxis ke digi ke tak termasuk ok. Kalau kau sembang lama lama tapi sebenarnya kawan kau yang call pun tak di kira pakai.

Ada cara lain lagi - guna broadband celcom. Ha yang tu pun ok.

Tapi kalau kau bukan pengguna line celcom takpe, jangan mengongoi tak tentu pasal. Kan aku dah cakap tadi sale ni sampai March 2011. Maka sempatlah kalau kau orang nak tukar line dari operator XYZ ke operator celcom. Pastu bergantung la sampai pengsan sebab nak mengumpul token.

Kiranya lagi banyak token lagi besar la adiah kau boleh dapat. Apa hadiahnya? Tentulah hadiah idaman kalbu aku. Hahahhaa. Nasib baik aku dah jadi pengguna tegar celcom. Mana la tau boleh dapat murah sikit ke nak beli handphone kan
.


Senang cerita kau orang klik SINI dan SINI je untuk maklumat lanjut ok. Meh kita ramai-ramai kumpul token!.

Wednesday, December 1, 2010

hai henpon baru

Aku ada idaman. Aku rasa setiap orang pun ada idaman. Aku dah tak tahan dah nak pakai benda yang cokia-cokia ni. Nak gak merasa macam business woman berjaya walaupun yang adoo..

Tengah dok terfikir-fikir ni tetiba datang pulak good news untuk orang-orang macam aku. Hehehe.. Bestnya kalau dapat sebiijik ek. Tak payah nak nunggu on laptop pastu tunggu laptop loading bagai..

Mudah betul, semua di hujung jari.. dengan..
Celcom BlackBerry Bold 9780


atau dengan ini..


BlackBerry Torch 9800

Kalau dapat best betul kan?


Further info, korang bleh dapat kat sini atau kat sini