Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Krabi - Day 1

Hello everyone!

Sorry la lama sangat tidak update blog. Bukan apa, sejak daripada lepas majlis kahwin, macam sibuk sikit. Tapi dia punya sikit tu memang kalah PM. Di tambah lagi dengan sindrom lepas kahwin-malas-nak-update-blog. Hehehe

Oklah, since aku update gambar-gambar second honeymoon aku dekat FB, ramai pulak yang tanya soalan pasal Krabi. Oh, korang memang kan, masa aku upload gambar first honeymoon aku kat Sabah, tak ada siapa pun tanya soalan macam-macam. Mentang-mentang la Sabah je. Yang Krabi ni banyak pula soalan korang kan. Kehkehkeh.

So disebabkan korang tanya macam-macam pasal Krabi, aku pun decide nak memblogkan pasal second honeymoon ni dulu, berbanding dari entry pasal majlis perkahwinan aku dan first honeymoon aku yang ditaja :)

So mana nak start ek?

Ok, aku decide nak pergi Krabi untuk honeymoon ni sejak dari sebelum kahwin lagi. Memang aku plan nak pergi 2 tempat, Sabah dan Krabi. Reason? Sebab aku tak pernah sampai Sabah lagi dan Krabi sebab aku dah lupa kenapa. Hahhaha. Tak la, acah je. Sebab aku nak makan pancake dan tomyam. Huahuahua.

Jadinya, bila masa air asia buat promo murah tahun lepas, aku pun sama sibuk. Masa tu lah dapat book tiket pergi dua-dua tempat tu. Yelah, kalau nak book lambat-lambat pun boleh, tapi nak save punya pasal aku book la awal. Lebih kurang awal setahun.

Selesai cerita book tiket. Lepas tu ingat lagi entry yang ini? So time tu la aku book pakej 3hari 2 malam kat Peace Laguna Resort. Pakej ni include:
  • Private airport transfer (return)
  • Deluxe Cottage free upgrade to private cottage & ABF
  • 1x dinner set
  • 30 minit foot massage dan
  • 4 island trip by speedboat for 2 person (including lunch)

Tapi kami tak duduk kat Peace Laguna dulu, kami duduk sana 3 hari terakhir dan alhamdulillah pilihan yang aku buat tepat.

Aku memang buat kerja gila, sebab aku duduk 3 hotel yang berlainan sepanjang 6 hari tu. Saje je nak ubah angin. Takut bosan duduk kat tempat yang sama.

Kami ke Krabi selama 6hari 5 malam, 5/2/12 - 10/2/12 (Ahad-Jumaat). Flight pukul 1.30pm dari LCCT. Perjalanan cuma 1 jam je. Sampai sana pun pukul 1.30pm (waktu Krabi). Sampai-sampai airport Krabi je, amik luggage terus jalan nak keluar. Masa tu dah ramai orang pegang sepanduk tulis nama kat luar. Aku macam biasa rabun, mana nak nampak. Nasib baik Jep nampak.

Keluar je dari pintu airport tu terkejut aku tengok van besar ni untuk kitaorang berdua.

(Source: mimtravel.net)

So, apalagi terus memunya la semua van tu. Perjalanan dari airport Krabi ke Ao Nang cuma dalam 30 minit-40minit je.

Ini van kami yang punya

Untuk 3 hari pertama, kami duduk kat View LaVilla Resort . Hotel ni aku tempah via booking.com lebih kurang dalam 6-8 bulan sebelum. Aku try juga tengok agoda tapi masa tu booking.com lagi murah.

Aku tempah superior room, tapi alhamdulillah diaorang upgrade ke Mini Suite (sangat luas) + free honeymoon decoration sebab masa aku booking dulu aku bagi tahu yang kami ni pergi Krabi sebab nak honeymoon.

Our first hotel - 3D2N

Hotel ni jauh sikit dari pantai tapi bagus sebab jauh dari hiruk pikuk pub waktu malam. Hehhee. Oh ye, lupa aku nak bagi tahu, area Ao Nang ni kata Jep ala-ala macam dekat Langkawi. Tah ye tah tak, sebab aku tak sampai Langkawi lagi. Huahuahuahua

Kebanyakan hotel budget kat sini menarik tapi kena manjat tangga la sampai tingkat 2 or 3. Tapi jangan risau lah kot la luggage korang berat sebab rata2 orang hotel akan tolong usungkan beg korang yang berat tu.


Flat TV but limited channel

Bilik luas tapi agak kosong

Disebabkan before pergi aku dah buat banyak research pasal Krabi ni maka aku dapat imagine macam mana dia orang deco katil dan tekaan aku tak salah :). Berbaloi la memanjat tangga bila tengok bilik hotel yang luas dan katil yang empuk dan cantik .

Bed Decoration

Pose ala-ala peminat bunga

Fish Spa - only Rm15 (boleh rendam kaki sampai kecut)

Lepas check-in dan berehat kejap, kami pon decide nak cari lunch kat luar since hotel tak provide halal food. Nasib baik receptionist dia muslim so dia pun bagi tahu kat mana kami boleh dapat halal food.

Jalan punya jalan, jumpa gerai ni. Kat sana jangan risau pasal halal food, kalau korang nampak gerai tu ada tanda bulan dan bintang, tu maknanya tempat tu serve halal food.

Gerai pertama kami!


Jep punya - ala-ala nasi goreng kampung ayam + telur mata

Fav aku - Green curry+plain rice

Habis makan, kami tak jalan-jalan area situ dan survey pakej-pakej island hoping yang ada. Lepas tu kami sepakat nak pergi night market dekat pekan Krabi. Aku ingat nak ajak Jep sewa motor je, tapi masalahnya kami tak ingat jalan nak pergi Krabi. So kami pun amiklah tuktuk macam kat bawah ni dengan bayaran RM80 (THB 800) pergi dan balik. Mahal seh, aku terasa macam kena ketuk tapi aku pergi juga sebab kalau pergi naik moto, sesat barat lagi susah.

FYI, night market cuma ada hari jumaat-ahad sahaja (kalau tak silap la), so memang termasuk dalam list tempat yang aku nak pergi.


Rupa tuktuk

Driver tu janji akan tunggu kat tempat bawah ni sampai lah kami habis shopping. Sempat aku masuk supermarket dia (ala-ala The Store kat BP) dan harga macam dekat Malaysia. Tak beli apa-apa pun kat situ.



Saja amik gambar takut lupa kat mana dia tunggu

Tak sia-sia weh pergi night market dia. Macam-macam benda aku dapat tengok. Daripada variasi makanan Thailand, kasut, baju, beg,kraftangan, lukisan sampailah budaya muzik diaorang. Semua ada. Pendek kata, aku boleh cakap orang Thailand ni memang creative. Boleh hasilkan barangan daripada benda terpakai. Cantik pula tu.

Lukisan yang cantik. Berkenan tapi tak boleh beli

Satu-satunya kebab halal yang aku jumpa




Antara mercu tanda pekan Krabi

Pasar malam tu ada la dekat 4 kali aku ngan Jep round. Malam tu aku cuba makan phad thai dan Jep pula makan kebab tu. Sedap tapi aku rasa tekak aku tak boleh terima Phad Thai, lagipun perut masih kenyang sebab lunch lambat siang tu.

Kat pasar malam tu aku sempat rembat beberapa barang nak buat souvenir, baju dan skirt panjang yang aku rasa cantik. Around 8 kami gerak balik dan terus pergi kat tempat agen yang kami pergi siang tadi. Book untuk pergi Phi Phi Island (hari Kedua) dan Jungle Tour (hari ketiga).

Settle booking, terus cari selipar dan terus balik bilik tidur. Recharge!



Friday, March 18, 2011

KL Matta Fair 2011

Jumaat lepas pergi Matta Fair kat PWTC dengan AJ. Matta Fair kan start dari Jumaat sampai Ahad, maka kami memang plan untuk pergi masa 1st dan 2nd day.

Sebelum pergi tu aku dah sibuk search pasal Matta Fair yang lepas-lepas kat blog. Dapat la info-info berguna yang aku rasa boleh diguna pakai time aku kat sana.

Jumaat, 11/3/2011
Punyalah search bagai kat internet pasal Matta Fair, sekali aku boleh pulak salah ingat waktu opening dia. Sepatutnya pukul 10pagi dah bukak, tapi aku ingat pukul 11 baru bukak. Maka kami terlewat sejam.

Bukan apa, kitaorang malas nak bersesak-sesak berdasarkan info yang aku dapat kat internet. Tapi alhamdulillah sampai sana tak la ramai orang. Kaunter pun bukak banyak dan orang yang beratur nak beli tiket pun tak ramai.


Selamat dah beli tiket masuk


Lepas beli tiket terus serbu masuk hall. Rupanya hall yang aku masuk adalah untuk local punya cuti. Teruskan jalan supaya dapat masuk ke hall yang pergi cuti tempat lain.

Jauh jalan tapi sangat berbaloi. Aku rasa happy sebab tak ramai orang dan sempat pergi ke semua booth pilihan. Harga pulak ok la walaupun aku rasa boleh dapat lagi okeh kalau book online.

Tak boleh buat decision lagi sebab aku dah rambang mata. Lepas tu buat decision pulak untuk pergi esoknya. Konon-konon malam tu nak pilih la kan.

5 star bus - dah macam naik flight


Sabtu, 12/3/2011
Pergi lagi, tapi kali ni kami pergi awal dari semalam. Train ke PWTC sangat sesak!. Tapi nasib baik aku naik tren dari last station, so dapat la duduk sampai PWTC. Orang dah mula ramai. Kami buat keputusan untuk pergi beli tiket then breakfast dekat McDonald, The Mall. Masya Allah, punya lah ramai orang kat McD.

Orang semakin ramai on 2nd day

Lepas kenyang, terus jalan ke hall semalam. Decide punya decide, akhirnya kami setuju nak ambil package yang ada. Tapi bengong lah tak boleh bayar deposit by cash. Last-last kena bayar deposit secara curi-curi. Tak paham aku.

Dekat hall ni ada stage yang mana korang boleh tengok show daripada negara lain. Yang aku sempat menganga tengok adalah daripada Korea. Lepas show selalunya diaorang akan bagi soalan dan sapa yang dapat jawab dapatlah hadiah. Hadiah best-best pulak tu. Ada yang dapat flight ticket bagai.

Show dari Thailand

Aku sempat rasa free massage dari orang Thailand. Memang best lah. Rasa ringan je tapi lepas tu tak berhenti-henti aku burp.

Lepas settle part kami, aku terus naik hall atas untuk belikan bestfriend aku punya wedding gift. Berkurun minah tu kahwin baru sekarang aku dapat belikan dia gift.

Lepas tu turun hall bawah, pergi jalan-jalan cuci mata. Ramai betul orang kat booth Indonesia. Bila aku tengok, rupanya memang murah nak berjalan ke sana. Patut la kena serbu.

Kat booth Indonesia gak ada bagi free air kopi. 1st day ramai gile orang queue untuk dapat air kopi. Tapi masa 2nd day tu aku tengok orang tak ramai yang beratur, so ape lagi aku pun amik kesempatan la..





Happy je muka aku dapat air kopi free



Settle semua, terus gerak ke booth local. Ingat nak survey pergi Tioman sekali tak ada yang berkenan. Pastu jalan-jalan je la. Tapi masa tu banyak jugak pameran yang ada. Ada pameran pendidikan, camera fair dengan beautiful ape tah punya fair.


Overall apa yang aku dapat masa dekat Matta Fair adalah
  • Vacation package for myself
  • Honeymoon Package for my bestfriend
  • 2D1N stay at Legend Hotel Kuantan - macam nak let go je benda ni
  • Kepenatan kaki

Saturday, February 19, 2011

Universal Studio Singapore (IV)

Macam yang aku janjikan kat entry Universal Studio Singapore (III), entry kali ni aku tulis pasal berapa banyak yang aku spent untuk ke sana dan sepanjang kat sana dan tips-tips yang aku rasa perlu di-share dengan korang semua. Aku start dengan tips dulu la ok. Ini tips untuk orang macam aku, hehehe (budget punya orang). Kalau sesiapa yang tak ada masalah duit, korang boleh jump to another tips yang korang rasa perlulah.

TIPS NO. 1:
Beli tiket masuk online. Especially kalau korang plan nak pergi time weekend.


TIPS NO. 2:
Sebelum masuk Singapore/USS, pastikan korang beli BAJU HUJAN siap2 kat Malaysia. Tak payah la nak yang cantik sangat, aku pun beli yang biasa punya RM2 kat kedai hardware. Lagi bagus kalau korang dapat yang boleh adjust kat bahagian kepala tu.


Reason:
a. In case kalau korang tak beli, kat sana pun ada jual tapi sehelai SGD $2.00 (Nampak macam murah tapi cubalah korang convert pegi RM) Lepas tu baju hujan diaorang tak boleh nak adjust kat bahagian kepala/leher. Kalau pakai korang kena pegang kat leher supaya hook tak jatuh.

b.Boleh dipakai ketika hari hujan masa kat sana. Rasanya dalam entry lepas aku ada mention yang kat sana ada masanya hujan, so dengan adanya BAJU HUJAN, korang tak lah buang masa dengan nak menunggu hujan reda atau susah payah bawak payung.

c.Ada game/activity yang memerlukan korang pakai baju hujan untuk mengelakkan baju basah. Macam game Jurassic Park Rapids Adventure, Waterworld (if you seat at soak/splash zone) dan Lights! Camera Action! Hosted by Steven Spielberg (kalau korang duduk kat depan sekali).

d. Untuk parents yang bawak stroller, please make sure stroller tu pun dibalut dengan baju hujan supaya kids tak kena hujan ok.

TIPS NO 3:
Make sure korang pakai baju/kasut yang sesuai. Tak payah la nak beropol sana beropol sini, mengalahkan orang nak buat show. Aku yang pakai sandal tu pun dah sakit kaki, menyesal tak pakai selipar jepun je.

Reason:
a. Supaya korang selesa nak mengukur jalan seluruh USS. Aku ada perasan satu minah ni dengan bf dia. Pakai heel mak aih macam nak buat catwalk. Aku yang pakai sandal pun dah sakit kaki.

TIPS NO 4:
Makan breakfast kat luar USS. I mean kalau korang datang dr Malaysia direct, isi la perut tu supaya bila masuk USS takde la baru nak breakfast.

Reason:
a. Dapat jimat duit. Makan bukan murah. Koman-koman terbang la SGD10 kau sekali makan.

TIPS NO 5:
Sebab dia tak check beg masa masuk, korang boleh lah bawak segala makanan+air dalam beg. Lagi bagus bawak bagpack. Isi la nasi goreng ke ayam ke air sirap ke - apa juga yang korang rasa nak makan.


Reason:
a. Again, dapat jimat duit.
b. Kalau selera korang memang selera Melayu, yang jenis nak makan nasi tak kira waktu, pergi kat theme Madagascar, kat sana ada F&B Outlet yang jual segala jenis makanan yang berasaskan nasi.

TIPS NO 6:
Tempat solat kat USS hanyalah sebuah bilik. Tu pun campur laki dan perempuan. Bab ni memang aku tak berapa gemar. Bilik tu ada kat sebelah tempat Guest Services dekat dengan entrance USS. Kitaorang pun terpusing-pusing cari tempat solat ni. Oh ye, ambil wudu' kat toilet depan okeh.

Sebelah ni ada bilik untuk solat


TIPS NO 7:
Pergi awal-awal. USS open pukul 10am- 7pm

Reason:
a. Supaya korang boleh berjalan/main game dengan tenangnya. Aku masuk hari Sabtu pukul 11am dapat main game dgn tenang sampai tengahari je. Start lepas zohor macam tu orang dah ramai.
b. Make sure korang dah habis try semua game before 7pm. Kalau tak jadi la macam aku, terlepas 2 games hehhehe.
c. Untung pergi hari Jumaat dan Sabtu sebab ada Lake Hollywood Spectacular (bunga api) pukul 930pm


Okeh dah abis rasanya pasa tips. so meh tengok berapa banyak aku habis masa kat USS

1. Ticket price: SGD $72.00
2. Transportation: SGD $8.00 (ni kira dari rumah yang aku tumpang tidur kat Singapore)
3. Makan: SGD $15.00 (after deduct SGD $5.00 voucher)
4. Souvenier: SGD $9.00 (after deduct SGD $5.00 voucher)
Total damaged: SGD $104.00 = RM 245.44 (104x2.36[rate waktu tu]

Kiranya kalau korang nak pergi secara bajet bolehlah aim dalam RM300 kot supaya tak terkurang duit nak bawak nanti ke sana nanti.

Hopefully tips dan entry aku sebelum ni - USS(I), USS(II) dan USS(III) dapat membantu sesiapa yang memang ada plan nak pergi sana. Hehehe

Thursday, February 17, 2011

Universal Studio Singapore (III)

sambungan cerita Universal Studio Singapore (II)..

Lepas theme Ancient Egypt yang menyakitkan tekak aku sebab menjerit masa naik Revenge of the Mummy, aku ngan kecik pon terus ke next stop iaitu Sci-Fi City. Masa kat sini tak best sangat sebab ada 2 games yang dia belum open lagi.

a. Accelerator - ni je game yang available
b. Battlestar Galactica - belum bukak lagi
c. Transformers - still under construction.
d. Galactica PX - Retail Outlet


Masa jalan-jalan kat theme ni aku sempat gak amik gamba ni

Happy betul kan muka aku. Eh korang perasan tak mamat ni handsome sebenarnya?


Yang belakang tu la roller coaster Battlestar Galactica

Aku rasa lah kan kalau aku pergi lagi sekali USS ni, benda alah yang aku takkan naik adalah roller coaster ni lah. Gile ah, macam takut je. Sebab masa kitaorang pergi sana, dia buat routine testing. Masa tu mak aih, aku yang tak naik ni pun dah rasa kecut perut.

Korang tengok je la lap dia tu ha, mau taknak tunggang terbalik kan.

Ok la since aku cakap theme Sci-Fi City ni tak berapa syok, moh la kita ke theme New York.

a. Lights! Camera Action! Hosted by Steven Spielberg - Show (WAJIB MASUK)
b. Stage 28 - Still under construction
c. Loui's NY Pizza Parlor dan KT's Grill - F&B Outlet

Masa kat sini, tempat Lights! Camera Action! Hosted by Steven Spielberg memang sangat mengagumkan aku la. Siap tertipu lagi okeh dengan background building dia.

Memula ada introduction daripada Steven Spielberg pasal sound stage dengan special effect. Lepas tu korang akan masuk dalam satu tempat ni. Masa kat sini, ada 3 bahagian untuk korang stay. Depan, tengah dan belakang. Yang bahagian depan adalah bahagian yang mana korang akan basah. Bahagian tengah dengan bahagian belakang takde kena air.

Aku amik port kat bahagian tengah sebab tak sempat nak pergi kat bahagian depan. So masa korang beratur nak masuk nanti, kalau korang nak lagi feel, beratur la kat bahagian bawah sekali ok.

Main sound stage (credit to wikipedia)

Daripada segi sound effect memang superb tapi pada aku dari segi movement agak kaku. Nampak sangat macam di control.


Kat depan ni akan ada macam dance street performance


Konon-konon nak naik taxi New York lah ni

Depan New York Public Library dengan rain coat


Feeling jalan kat New York.. eceh


Masa ni nampak ada minah tu sibuk tangkap gambar kereta ni, pastu aku pun nak sibuk ambil gambar gak, tah ape ape


Habis round kat New York, kitaorang pun jalan kat Hollywood theme. Phewitt. Jauh betul kitaorang berjalan, sampai Hollywood tu. Hahahhaa. OK la , masa kat sini ada:

a. Pantages Hollywood Theater - Live Performance
b. Lake Hollywood Spectacular - Show (Setiap Jumaat dan Sabtu sahaja, 930pm)
c. Universal Studios Store, The Dark Room, Superstar Candies, Silver Screen Collectibles, Star Characters dan The Brown Derby - Retail Outlet
d. Mel's Drive-In dan Celebrity Café and Bakery - (Halal F&B)
e. Hollywood China Bistro - F&B Outlet

Masa kat Pantages Hollywood Theater, dah lega sangat sebab dapat masuk. Yelah dah seharian suntuk berjalan kan, round USS tu. Last-last dapat gak duduk macam tengok teater. Recommended untuk duduk bahagian depan sebab tengok live kan. Kaki aku dah berketik-ketik ikut beat. OK la.. syok gak.

Pantages Hollywood Theater

Kat sini gak ada Hollywood Walk of Fame. So kalau korang suka, boleh lah ambil gambar. Aku buat jalan-jalan atas tu je. Chewah.

Kalau kat theme Hollywood, akan ada special character appearances yang boleh korang ambil gambar sama-sama. Tapi macam biasa kena q lah. Antara character yang ada macam PO daripada Kungfu Panda, Frankenstein's Monster, Woody Woodpecker, Winnie Woodpecker, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Beetlejuice dan Betty Boop.

Dia ni siap salam siap cium tangan aku lagi.. mesti orang Melayu




eee takutnya...

She called me gorgeous! Thank you Sweetie!


Dinner aku dengan Kecik kat sini, merangkap sekali lunch, tea, dinner and supper! Mel's Drive In tu!

Lepas makan, duduk la situ sampai malam, sebabnya nak tunggu Lake Hollywood Spectacular pukul 9.30pm. Ingatkan dah tak jadi sebab malam tu hujan sangat lebat. Tapi bila pukul 9pm macam tu, hujan dah reda sikit so kitaorang double confirm dengan staff kat sana and diaorang pun dah bagitahu still ada bunga api malam tu.

Lepas habis bunga api lebih kurang 945pm, aku dengan semua kawan aku terus la jalan cepat-cepat nak tunggu bas. Masa ni punyalah lepak sampai terduduk-duduk tunggu bas. Letih tak ingat. Yelah dah berjalan dari pukul 9pagi sampai dekat pukul 10malam, mana tak letih kan.

Lebih kurang pukul 10pm, bas pun sampai. Otw balik ke interchange, sempat la tidur dalam bas. Best gila. Dengan hujan lebatnya dengan sejuk nya dan dengan letih badannya, mana tak lelap kan. Aku rasa dekat 1130pm barulah sampai rumah. Memang tak ada cerita banyak, sampai rumah je mandi, solat terus zzzz sampai ke pagi.

----------------

Dah habis cerita USS ok. Next entry will write about tips and total SGD yang keluar sepanjang pergi USS.

Saturday, February 12, 2011

Universal Studio Singapore (II)

Pagi tu gerak dari rumah ke interchange around 940am. Tambang cuma SGD1 je. Tunggu bas ke Sentosa aku rasa tak sampai 20 mins. Tambang SGD3.

First time sampai interchange ni aku rasa macam best. Sebabnya bersih, teratur dan tak bau asap bas/rokok. Cuba kalau kat Malaysia, mesti dah macam-macam bau melekat kat baju. Aku bukan tak sayang Malaysia cuma nya aku rasa Malaysia patut ikut cara Singapore punya interchange ni.


pic source : www.flickr.com/photos/25779571@N03/2470257175/

Apa salahnya kan kalau kita amik contoh yang baik. Macam ni punya elok cara beratur tak la ada masalah potong q ke ape ke.

Pergi ke Sentosa aku rasa dalam sejam lebih. Sampai-sampai je terus ikut culture diaorang, jalan laju-laju. Tak kenapa tah. Hari yang aku pergi tu hari Sabtu, maka nya ramai lah orang kat sana. Tapi nasib baik kitaorang sampai awal jadi masa masuk USS tu taklah ramai sangat kalau nak compare bila dah tengahari.
sapa nak pergi casino boleh amik kanan. aku naik eskeleter je

Sesi berangan dah start!

Dengan Kecik

Bila sampai sana ada counter yang jual tiket. Tapi kitaorang tak beli sana sebab dah beli online awal-awal lagi. Tiket masuk adalah SGD 72. Untuk purchase online korang click sini je.

Bila dah enter USS korang kena terus gi sebelah kiri dan masuk tempat ni utk tukar SGD 5 for meal dan SGD 5 for souvenir. Maksudnya bila korang nak makan atau beli barang korang boleh guna voucher ni. Kalau meal/souvenir tu harganya SGD 10 korang tunjuk voucher tu korang cuma pay SGD 5 je lah. Tapi rata-rata benda dalam tu semuanya lebih SGD 5.

Tempat tukar voucher

map USS

Lepas tu sila lah amik map ye. Tujuannya supaya korang boleh refer nak pergi mana and apa yang ada kat sana. Map tu pulak memang boleh dapat masa korang lalu kat laluan Hollywood. FOC.

Lupa pulak nak brief pasal USS ni. USS ni kiranya theme park yang ada dalam cerita-cerita orang putih tu. USS ni ada 7 theme yang dibuat berdasarkan movie blockbuster ataupun tv show yang popular lah. Setiap theme yang ada direka dan dibuat ikut movie tadi dan akan ada tempat dining, shopping dan tak lupa ada games kat sana. Antara theme yang ada adalah:

1. Hollywood
2. Madagascar
3. Far Far Away
4. The Lost World
5. Ancient Egypt
6. Sci-Fi City
7. New York

Masa aku gi tu aku ikut laluan dari kiri ke kanan. Kalau korang refer map, USS ni macam bulatan yang mana korang boleh start dan habis dengan ikut laluan, dan korang takkan tertinggal 1 theme pun.

So masa dekat Madagascar theme ni actually ada 2 games yang boleh korang cuba tapi sayangnya yang available cuma 1 je.

a. Madagascar : A Crate Adventure (water boat ride) - belum dibuka lagi
b. King Julien's Beach Party-Go-Round : Carousel
c. Penguin Mercantile : Retail outlet
d. Marty's Casa Del Wild dan Gloria's Snack Shack : F&B

Comelnya perut.teringat kat AJ.hehehe


Kecik..comel je naik
King Julien's Beach Party-Go-Round


Jalan lagi sampai kat theme Far-Far Away. Theme ni memang agak besar la sampaikan aku berenti rest + mengunyah kat sini. Kat sini ada:

a. Magic Potion Spin - utk budak-budak je tau. Mak, bapak, kakak atau abang budak jangan nak try.
b.Enchanted Airways - yang ni mak, bapak, kakak atau abang budak boleh naik. Roller coaster
c. Donkey Live - Live Show (best!)
d. Shrek 4-D - kene masuk!
e. Fairy Godmother's Potion Shop - Retail outlet
f. Fairy Godmother's Juice Bar dan Friar's (F&B)
g. Golidlocks (Halal F&B)

our first roller coaster



our first snack at Golidlocks



2 cute girls with puss in boots , heheheh

Masa mengunyah ni dah start renyai lepas tu habis makan terus q nak masuk Donkey Live. Yang q depan aku rasanya tourist dari Korea ke Jepun ke tapi muka dia dah macam Rain. Handsome siot. Sabar je la aku. Kalau macam ni punya handsome tunggu 2 jam pun aku sanggup! Hahaha

Abis show keluar dah hujan lebat. Apa lagi, kitaorang pun sarung rain coat pastu selamba je jalan nak pegi ke The Lost World. Dekat Lost World ni ada:

a. Canopy Flyer (tak dapat naik sebab ramai gila or ang beratur! sedih!)
b. Jurassic Park Rapids Adventure (pon tak dapat cuba atas alasan yang sama. sangat-sangat rugi!!)
c. Dino-Soarin' - mainan budak-budak tapi kitaorang naik gak.
d. Amber Rock Climb - tak cuba sebab kena bayar a sing
e. Waterworld - recommended!
f. Jurassic Outfitters dan The Dino-Store - Retail outlet
g. Fossil Fuels dan Discovery Food Court - F&B

Masa kat sini aku memang menyesal gila babas sebab tak q. For information, setiap game/ride yang ada dalam USS ni dia ada bagitahu standard line untuk q. Disebabkan waiting time dia sampai sejam dan sejam lebih, kitaorg tak q pun tapi bila balik ada kawan aku cakap waiting time dia expect lama tapi selalunya kejap je kena tunggu .

So, lepas ni confirm aku pegi lagi disebabkan nak try 2 games ni + game2 lain yang belum buka masa aku datang hari tu.

Aku recommend untuk korang masuk Waterworld sebab : dia macam ko tengok live show. Siap ada scene tembak-tembak, bunuh-bunuh dan semua action yang ganas-ganas. Best woo. Tak nak menganga pulak mulut kan. Hahahhaa.. Ka t Waterworld ni ada 3 zone tempat duduk iaitu soak zone, splash zone dan dry zone. Kalau nak tengok je + ada bawa kids better duduk kat dry zone. Kalau nak rasa air kena kat kita macam manja-manja gitu, duduk la kat splash zone. Tapi kalau nak best + lagi adventure dipersilakan duduk kat soak zone! Confirm basah macam kitaorang!. Hahhaa.. So if you choose to sit at soak zone, please wear your raincoat asap! ;)


aku dah tak larat dah masa ni

Hi Canopy Flyer, nanti aku datang jumpa kau ok (pic source: themeparkinsider)


Kau pun sama Jurassic Park Rapids Adventure! Tak sabar aku nak basahkan badan!

Bila dah habis theme The Lost World, kitaorang pun terus berjalan ke Ancient Egypt theme. Jalan dah slow dah sebab dah lepak gile. Masa kat sini dia punya rekabentuk memang ikut betul-betul macam kat Egypt. Best la pulak. Kat Ancient Egypt ada :

a. Revenge of the Mummy - roller coaster paling best sebab gelap. KENA NAIK!
b. Treasure Hunters - Car ride yang geli-geli. Hahahhaa. Sesuai kalau bawak kids dan orang veteran.
c. Carter’s Curiosities - Retail outlet
d. Oasis Spice Café - F&B

Masa tengah q nak main Treasure Hunters tu dah macam nak hujan. Tapi alhamdulillah la tak hujan sampai habis ride. OKla naik ni sebab dah penat sangat kan so dapatlah rest dan tengok view.


gambar dengan patung-patung angkat mangkok. kehkehkeh


to be continued..