Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Wedding Tips - Photographer

Benda ni dah lama tapi aku tak ingat kenapa aku tak blog kan lagi. Sebenarnya malu lah nak kongsi sebab dah almost 1 year kan (macam tak percaya). But this is strictly for bride-to-be yang masih mencari-cari, meraba-raba, pening nak pilih photographer untuk hari bahagia korang. Hua hua hua. 

Okla macam aku pernah mentioned dulu, aku amik 2 OP yang berlainan untuk cover majlis aku sebab aku nikah malam dan sanding esoknya. So aku memang dari awal dah book Udey untuk majlis sanding dan untuk nikah lama juga aku survey siapa yang berkenan. Finally masa pameran pengantin 2011 dekat Angsana JB, akhirnya aku berjaya book WafinStudio untuk majlis nikah aku.

Wafin datang seorang. Aku pun tak kisah sebab selalunya majlis nikah waktu malam kan tak lama. Sepanjang majlis aku selesa dengan dia. Tak banyak cakap tapi senyum je memanjang. Aku pun tak sempat nak beramah mesra nak kenal dengan abang Wafin tu. But personally he is so nice and friendly. Dan yang penting adalah gambar dia siap cepat.

 
Malam tu juga Udey datang sebab yelah orang dari KL sure lah sampai malam sebelum event started. Kalau OP kau sampai time kau dah siap pakai lawa-lawa tengah atas pelamin aku rasa something wrong la kan. Setahu aku, OP mesti ada gambar kau tengah make up. Supaya nampak flow perjalanan majlis. So bila buka album orang faham la "oh ni time make up" lepas tu time kau dah ready nak duduk kat pelamin.

Cerita bekerja dengan professional OP memang tak payah nak elaborate panjang-panjang. Senang, mudah, selesa semua ada. Dia tahu apa yang patut dia buat. And yang best sebenarnya aku tak perasan sangat pun kat mana Udey berada sepanjang majlis tu. By the way, aku harap Udey datang dengan kawan lama aku Shah Fariz tapi memandangkan semua nya busy dengan job lain, maka yang datang dengan Udey adalah Ubai Ismail, his brother. Aku tak ada masalah sebab pada aku both of them bagus, diaorang tahu apa yang diaorang buat dan aku cuma enjoy that moment.

Tips aku kepada bride-to-be kat luar sana, kalau korang ada budget lebih, u can hire them. Dalam Mukhriz  Latif & Udey Ismail Photography ada ramai photographer. You can choose any of them (Udey, Moqh, Ming, Shah, Syimir, Faiz or Azmie). Janji korang cepat book and boleh la pilih yang mana pilihan hati. Chewah. Tak rugi invest dengan diaorang ni. Hasil memang superb.

Lupa pula nak bagitau, masa bersanding yang cover event adalah Udey & Ubai. Tetiba masa aku atas pelamin aku terperasan sorang lagi mamat kurus kering dok amik-amik gambar. Seingat aku tak ada pula aku hire orang lain. Tapi time tu lantak pi la kan, rasa macam retis pula bila ramai photographer. Hahaha. Dia ni ikut Udey sampai ke habis majlis (outdoor) dan sampai ke malam sebab malam tu rumah aku ada buat birthday celebration anak buah aku so ada makan-makan, kugiran dan joget lambak (orang Johor la katakan).

Kenal punya kenal rupanya dia adalah photographer daripada Kluang and nama group diaorang adalah Photoluso. Aku pun pelik awat lah aku tak jumpa nama PL ni masa aku dok survey. Mungkin tak ada rezeki nak kerjasama dengan mereka kot. Tapi at last dapat juga aku hire dia masa kami buat gathering kat Desaru. Alip ni senang nak kerja dengan dia. Mulut memang manis. Memang tak bimbang lah kalau kau hire dia pun, sure lepas tu boleh kamcing. Peramah dan baik hati. Yang penting masih single. Kalau ada sesapa berkenan nak jadikan dia menantu ke adik ipar ke boleh la contact dia. Hahahhah..

Setakat ni tu je la kot aku nak share. Yang penting dalam pilih OP ni adalah
1. bajet sendiri
2. survey, survey, survey
3. mintak quotations dan bandingkan. kalau boleh pergi jumpa personally. Tengok korang boleh selesa dengan dia tak
4. kalau ada yg berkenan letak deposit seawal mungkin
5. percaya dengan OP masa big day. kalau tak percaya susah OP nk bagi yang terbaik utk korang

Btw ni adalah pics aku daripada Udey and Alip. Good luck kepada bride-to-be :)

                                                          

Wednesday, November 30, 2011

Tips for Bride-to-Be 1

Ehe, tajuk dasyat gila. Tips tuh, padahal majlis aku pun belum settle lagi.

Start hari ini, aku dah cuti dah. Semalam lepas balik kerja terus pergi spa utk buat mandi lulur etc. Dan pagi ni ada last appointment untuk facial. Memang berani kan aku, dah dekat-dekat pergi buat facial. Insyaallah percaya pada beautician, sure muka ok punya. Lagipun tak kan lah nak naik pelamin dengan muka berkerak? Ni bagi bride-to-be pemalas macam aku la yang malas sangat nak jaga muka.

OKla, meh la share apa yang patut. Kepada para b2b, boleh apply mana yang kamu rasa suka ye :)

1. Please please please plan awal untuk wedding. Ini sangat-sangat berguna untuk b2b yang ber budget limited seperti ku. Hehehe. Lagi elok kalau dapat 1-1 1/2 tahun sebelum your big day

2. List down priority kamu untuk wedding. Maksudnya, part manakah kamu ingin lebihkan budget kewangan kamu. Makanan? Baju? Solek? Photographer? Videographer? Pelamin? Doorgift? Ini untuk pastikan kamu puas hati selepas majlis

3. Survey awal untuk kesemua item yang perlu. Buat comparison dari segi cost, material dan sebagainya. Ini untuk memastikan kamu tak tersalah pilih dan tentu saja untuk save your budget. Jangan jadi macam aku, yang mana aku menyesal pilih kad kahwin (setakat ini lah)

4. Please yeh pergi spa. (Jika ada budget) Ini bukan apa, cuma membantu kamu rileks dan konon-konon bersedia untuk menghadapi hari bersejarah kamu. Sebab itu perlu untuk plan wedding kamu awal-awal supaya budget untuk pamper diri sendiri dapat di allocatekan

5. Tenang, tenang dan tenang. Makin dekat hari, makin stress. Dengan keadaan rumah yang bersepah, dengan kerja office yang makin kelam kabut. Memang patut manjakan diri di spa. Eceh nak jugak relatekan dengan point no 4

6. Bersedia menghadapi the worst. Setiap majlis memang tak akan perfect. So mesti ada masalah yang datang even kamu dah prepare. So pls be ready yeh

7. Spend your money wisely. Jangan nak berhabis dengan benda yang bukan-bukan macam aku. Hehehe. Duit dah macam air mengalir

8. Doa banyak-banyak.

Okla tu je kot setakat ni. Nanti lepas ni sure banyak lagi tips yang boleh aku share dengan korang.

*Senyum-nak-kahwin* muahahahha

Saturday, February 19, 2011

Universal Studio Singapore (IV)

Macam yang aku janjikan kat entry Universal Studio Singapore (III), entry kali ni aku tulis pasal berapa banyak yang aku spent untuk ke sana dan sepanjang kat sana dan tips-tips yang aku rasa perlu di-share dengan korang semua. Aku start dengan tips dulu la ok. Ini tips untuk orang macam aku, hehehe (budget punya orang). Kalau sesiapa yang tak ada masalah duit, korang boleh jump to another tips yang korang rasa perlulah.

TIPS NO. 1:
Beli tiket masuk online. Especially kalau korang plan nak pergi time weekend.


TIPS NO. 2:
Sebelum masuk Singapore/USS, pastikan korang beli BAJU HUJAN siap2 kat Malaysia. Tak payah la nak yang cantik sangat, aku pun beli yang biasa punya RM2 kat kedai hardware. Lagi bagus kalau korang dapat yang boleh adjust kat bahagian kepala tu.


Reason:
a. In case kalau korang tak beli, kat sana pun ada jual tapi sehelai SGD $2.00 (Nampak macam murah tapi cubalah korang convert pegi RM) Lepas tu baju hujan diaorang tak boleh nak adjust kat bahagian kepala/leher. Kalau pakai korang kena pegang kat leher supaya hook tak jatuh.

b.Boleh dipakai ketika hari hujan masa kat sana. Rasanya dalam entry lepas aku ada mention yang kat sana ada masanya hujan, so dengan adanya BAJU HUJAN, korang tak lah buang masa dengan nak menunggu hujan reda atau susah payah bawak payung.

c.Ada game/activity yang memerlukan korang pakai baju hujan untuk mengelakkan baju basah. Macam game Jurassic Park Rapids Adventure, Waterworld (if you seat at soak/splash zone) dan Lights! Camera Action! Hosted by Steven Spielberg (kalau korang duduk kat depan sekali).

d. Untuk parents yang bawak stroller, please make sure stroller tu pun dibalut dengan baju hujan supaya kids tak kena hujan ok.

TIPS NO 3:
Make sure korang pakai baju/kasut yang sesuai. Tak payah la nak beropol sana beropol sini, mengalahkan orang nak buat show. Aku yang pakai sandal tu pun dah sakit kaki, menyesal tak pakai selipar jepun je.

Reason:
a. Supaya korang selesa nak mengukur jalan seluruh USS. Aku ada perasan satu minah ni dengan bf dia. Pakai heel mak aih macam nak buat catwalk. Aku yang pakai sandal pun dah sakit kaki.

TIPS NO 4:
Makan breakfast kat luar USS. I mean kalau korang datang dr Malaysia direct, isi la perut tu supaya bila masuk USS takde la baru nak breakfast.

Reason:
a. Dapat jimat duit. Makan bukan murah. Koman-koman terbang la SGD10 kau sekali makan.

TIPS NO 5:
Sebab dia tak check beg masa masuk, korang boleh lah bawak segala makanan+air dalam beg. Lagi bagus bawak bagpack. Isi la nasi goreng ke ayam ke air sirap ke - apa juga yang korang rasa nak makan.


Reason:
a. Again, dapat jimat duit.
b. Kalau selera korang memang selera Melayu, yang jenis nak makan nasi tak kira waktu, pergi kat theme Madagascar, kat sana ada F&B Outlet yang jual segala jenis makanan yang berasaskan nasi.

TIPS NO 6:
Tempat solat kat USS hanyalah sebuah bilik. Tu pun campur laki dan perempuan. Bab ni memang aku tak berapa gemar. Bilik tu ada kat sebelah tempat Guest Services dekat dengan entrance USS. Kitaorang pun terpusing-pusing cari tempat solat ni. Oh ye, ambil wudu' kat toilet depan okeh.

Sebelah ni ada bilik untuk solat


TIPS NO 7:
Pergi awal-awal. USS open pukul 10am- 7pm

Reason:
a. Supaya korang boleh berjalan/main game dengan tenangnya. Aku masuk hari Sabtu pukul 11am dapat main game dgn tenang sampai tengahari je. Start lepas zohor macam tu orang dah ramai.
b. Make sure korang dah habis try semua game before 7pm. Kalau tak jadi la macam aku, terlepas 2 games hehhehe.
c. Untung pergi hari Jumaat dan Sabtu sebab ada Lake Hollywood Spectacular (bunga api) pukul 930pm


Okeh dah abis rasanya pasa tips. so meh tengok berapa banyak aku habis masa kat USS

1. Ticket price: SGD $72.00
2. Transportation: SGD $8.00 (ni kira dari rumah yang aku tumpang tidur kat Singapore)
3. Makan: SGD $15.00 (after deduct SGD $5.00 voucher)
4. Souvenier: SGD $9.00 (after deduct SGD $5.00 voucher)
Total damaged: SGD $104.00 = RM 245.44 (104x2.36[rate waktu tu]

Kiranya kalau korang nak pergi secara bajet bolehlah aim dalam RM300 kot supaya tak terkurang duit nak bawak nanti ke sana nanti.

Hopefully tips dan entry aku sebelum ni - USS(I), USS(II) dan USS(III) dapat membantu sesiapa yang memang ada plan nak pergi sana. Hehehe