- Elephant Trekking
- Emerald Pool
- Hot Spring Waterfall
- Tiger Cave Temple
Wednesday, November 21, 2012
Krabi Day 3 - Part 1
Sunday, March 4, 2012
Krabi Day 2
Aku nak sambung cerita pasal Krabi, yang mana cerita pasal hari kedua. Untuk cerita Krabi hari pertama, boleh baca dekat sini.
Okla, macam yang dah aku bagitahu kitaorang dah book pakej ke Phi Phi Island by speedboat untuk 2 orang. Pakej ni makan masa sehari suntuk, sampai pukul 5 petang. Pakej ni include:
- Hotel transfers
- Lunch + Drinking Water + Fruit
- Maya Bay
- Monkey Bay
- Lohsamah Bay
- Pileh Bay
- Viking Cave
- Phi Phi Don
- Hin Klarng
- Bamboo Island
Disebabkan pakej ni termasuk hotel transfer, so kami tunggu je kat depan hotel. Around 830am ada van fetch kami bawak pergi pier and tunggu semua orang sampai.
Habis snorkeling kat Bamboo Island, kami dibawa ke Maya Bay. Maya Bay adalah tempat shooting filem The Beach lakonan bekas boyfriend aku, Leonardo DiCaprio. Dulu masa dia shooting aku tak dapat ikut and after putus dengan dia aku kahwin ngan Jep terus pergi Maya Bay. Hahhaa
Lepas tu kami dibawa melawat ke Viking Cave dan Pileh Bay. Tak benti pun cuma dia slow kan boat untuk tourists ambil gambar. Viking Cave adalah tempat yang kaya dengan bird's nests. Tapi cave dia memang cantik.
Aku perhatikan dekat sini, local people ada satu kepercayaan yang mana kalau diaorang lilit-lilit pokok dengan kain warna warni tu maksudnya diaorang percaya yang pokok tu ada spirit.
Habis keliling Phi Phi Island, kami balik hotel terus terbongkang bagai nak rak kat katil. Plan nak pergi massage tapi aku tak larat sangat. Terus tidur sampai pagi.
Tuesday, February 21, 2012
Krabi - Day 1
Sorry la lama sangat tidak update blog. Bukan apa, sejak daripada lepas majlis kahwin, macam sibuk sikit. Tapi dia punya sikit tu memang kalah PM. Di tambah lagi dengan sindrom lepas kahwin-malas-nak-update-blog. Hehehe
Oklah, since aku update gambar-gambar second honeymoon aku dekat FB, ramai pulak yang tanya soalan pasal Krabi. Oh, korang memang kan, masa aku upload gambar first honeymoon aku kat Sabah, tak ada siapa pun tanya soalan macam-macam. Mentang-mentang la Sabah je. Yang Krabi ni banyak pula soalan korang kan. Kehkehkeh.
So disebabkan korang tanya macam-macam pasal Krabi, aku pun decide nak memblogkan pasal second honeymoon ni dulu, berbanding dari entry pasal majlis perkahwinan aku dan first honeymoon aku yang ditaja :)
So mana nak start ek?
Ok, aku decide nak pergi Krabi untuk honeymoon ni sejak dari sebelum kahwin lagi. Memang aku plan nak pergi 2 tempat, Sabah dan Krabi. Reason? Sebab aku tak pernah sampai Sabah lagi dan Krabi sebab aku dah lupa kenapa. Hahhaha. Tak la, acah je. Sebab aku nak makan pancake dan tomyam. Huahuahua.
Jadinya, bila masa air asia buat promo murah tahun lepas, aku pun sama sibuk. Masa tu lah dapat book tiket pergi dua-dua tempat tu. Yelah, kalau nak book lambat-lambat pun boleh, tapi nak save punya pasal aku book la awal. Lebih kurang awal setahun.
Selesai cerita book tiket. Lepas tu ingat lagi entry yang ini? So time tu la aku book pakej 3hari 2 malam kat Peace Laguna Resort. Pakej ni include:
- Private airport transfer (return)
- Deluxe Cottage free upgrade to private cottage & ABF
- 1x dinner set
- 30 minit foot massage dan
- 4 island trip by speedboat for 2 person (including lunch)
Tapi kami tak duduk kat Peace Laguna dulu, kami duduk sana 3 hari terakhir dan alhamdulillah pilihan yang aku buat tepat.
Aku memang buat kerja gila, sebab aku duduk 3 hotel yang berlainan sepanjang 6 hari tu. Saje je nak ubah angin. Takut bosan duduk kat tempat yang sama.
Kami ke Krabi selama 6hari 5 malam, 5/2/12 - 10/2/12 (Ahad-Jumaat). Flight pukul 1.30pm dari LCCT. Perjalanan cuma 1 jam je. Sampai sana pun pukul 1.30pm (waktu Krabi). Sampai-sampai airport Krabi je, amik luggage terus jalan nak keluar. Masa tu dah ramai orang pegang sepanduk tulis nama kat luar. Aku macam biasa rabun, mana nak nampak. Nasib baik Jep nampak.
Keluar je dari pintu airport tu terkejut aku tengok van besar ni untuk kitaorang berdua.
Kebanyakan hotel budget kat sini menarik tapi kena manjat tangga la sampai tingkat 2 or 3. Tapi jangan risau lah kot la luggage korang berat sebab rata2 orang hotel akan tolong usungkan beg korang yang berat tu.
Jalan punya jalan, jumpa gerai ni. Kat sana jangan risau pasal halal food, kalau korang nampak gerai tu ada tanda bulan dan bintang, tu maknanya tempat tu serve halal food.
FYI, night market cuma ada hari jumaat-ahad sahaja (kalau tak silap la), so memang termasuk dalam list tempat yang aku nak pergi.






Kat pasar malam tu aku sempat rembat beberapa barang nak buat souvenir, baju dan skirt panjang yang aku rasa cantik. Around 8 kami gerak balik dan terus pergi kat tempat agen yang kami pergi siang tadi. Book untuk pergi Phi Phi Island (hari Kedua) dan Jungle Tour (hari ketiga).
Settle booking, terus cari selipar dan terus balik bilik tidur. Recharge!