Aku dah rancang lama dah nak pergi Singapore nih. Dan aku pun pernah mention dalam entry aku yang NI kan. Cumanya banyak sangat alasan + konon-kononnya busy lah dengan kerja. Tapi masalah utama aku yang menyebabkan aku tak pergi-pergi adalah sebab aku tak ada Passport! Ye Passport.
Punyala jakun umur dah nak masuk 30sen tak ada Passport lagi. Haish. Ala dulu kan boleh buat group passport kalau nak masuk Singapore, jadinya memanglah tak terbuat passport tu.
So, baik punya plan aku nak ikut kawan aku pergi Singapore akhir May dan konon-kononnya nak buat passport akhir bulan Februari ni. Tapi tu la kan, plan yang tu tak menjadi pun.
Ada lagi 1 group kawan aku ni nak pergi Universal Studio (USS) akhir bulan lepas. Last minute, ada kawan diaorg yang cancell, makanya ada 1 lagi tiket yang available.
Aku ingat lagi hari Rabu 26/1/11 kawan aku si Kecik call suh aku ikut. Mula-mula memang malas la sebab plan asal nak pergi lain bulan+passport tak ada.
Lepas tu dia bagitahu aku yang dia nak pergi hari Jumaat lepas balik kerja. Sabtu pergi USS dan ahad pergi Sentosa. Kiranya complete la schedule selama 2 hari 2 malam tu.
Bila fikir punya fikir aku pun rasa macam best la pulak plan mengejut ni. Sebabnya, aku ada masa sehari nak berjalan dan window shopping kat sana. Lepas tu aku pun setuju la nak ikut dia kan pastu inform dia aku akan buat passport hari Jumaat.
Mau tak nyaring kan suara si Kecik tu. Badan je kecik tapi vocal cord mak aih. Kena bebel la kejap. Si Kecik suruh aku buat passport the next day nya which is Thursday. Maka dengan perasaan berkobar-kobarnya aku pun plan la nak sampai kat tempat buat passport pukul 7 pagi.
Al-kaedahnya, malam tu aku kena migrain.. Nasib-nasib kan. Aku gagahkan juga pergi Pekan Rabu kat Jalan Skudai tu dalam keadaan nak muntah dan sakit kepala. Sampai sana pukul 8 lebih.
pagi-pagi lagi aku dah exercise turun naik tangga kan. Sekali nak amik nombor kena beratur daa.. Kaunter ambil nombor tu kat depan pintu masuk bangunan tu. Pukul 830 pagi aku dapat nombor. Terus naik tingkat 3 kot. Tunggu la sampai nombor kena panggil. Hamik kau, sekali dapat nombor giliran punya la banyak, ke 120!
Aku rasa pukul 1130 pagi baru settle kot semuanya. Service ok la sebab banyak kaunter bukak tapi disebabkan ramai orang tu yang sikit punya lama baru nak okeh tu. Nak tunggu passport siap cuma sejam je tapi dalam masa nak bagi borang+bayar fee tulah yang seksa.
Makanya passport aku siap khamis jadi hari jumaat masa maghrib terus pergi Larkin. Tukar duit kat sana then solat, makan (sebab dua-dua dah macam orang perlarian, kebulur yang amat) pastu terus shoot naik bas ke Singapore.
Masa ni kitaorg terpaksa tukar bas masa dekat Kastam sebab bas yang kitaorang naik dari Larkin tak sampai kat tempat yang kitaorg nak pergi kat Singapore nun. Bila tukar bas aku tengok culture orang kat situ adalah jalan laju-laju.
Reason adalah untuk mengelakkan kena tinggal bas. Tah aku pun tak paham. Aku rasa diaorang ni semua boleh masuk acara jalan laju dan confirm menang.
Aku sampai kat tempat kami tidur (rumah aunty Kecik) pukul 10 lebih kot. Tah ape ke nama apartment tu pun aku tak ingat. Tapi kena naik bas nombor 901 kot. Tambang dari interchange ke apartment tu cuma SGD1 je.
Sampai rumah, borak-borak jap lepas tu terus tidur tak ingat dunia. Konon-kononnya nak gerak dari rumah ke USS tu pukul 9 pagi tapi pukul 9 pagi baru nak celik mata. Macam biasa aku tidur memang tak sedar.
Next entry i'll write about USS.
note: kadar tukaran duit adalah :
SGD100 = RM235.50 (Kat stesten bas larkin berdepan dengan 711)
SGD100 = RM239.00 (Kat Larkin Perdana)
SGD100 = RM238.50 (Kat Angsana)
SGD100 = RM238.00 (Kat midvalley)
haha..kt sana mmmg stail jln cpt2..even pegi shopping pn..kejar masa beb...aku kt sne jek mmg trus tukr jd jln cpt2..hee~
ReplyDeletebest ke pergi Universal Studio?
ReplyDeleteKalau aku bawa anak aku, ada tips tak?
Ned: tu la pasal. tak memasal dengan aku sekali kena jalan cepat
ReplyDeleteNizam : Best la.. nanti aku tulis pasal tips pegi sana ok. tgh draft lagi
ada tak hotel mana2 yg murah..kalau pergi sehari mesti tak sempat punya..
ReplyDeleteaizuddin: tak pernah pulak tidur hotel sebab saya ni orang JB je. so tak boleh la nak recommend any hotel yang murah. tapi kalau just nak pergi USS, rasanya ada bas yang buat pakej ke sana. so senang sikit, no need to worry about transportation.
ReplyDeletemcm mana proses nak buat group pasport ye? berapa org boleh dalam satu group? berapa cost group pasport per group?
ReplyDelete