Thursday, February 17, 2011

Universal Studio Singapore (III)

sambungan cerita Universal Studio Singapore (II)..

Lepas theme Ancient Egypt yang menyakitkan tekak aku sebab menjerit masa naik Revenge of the Mummy, aku ngan kecik pon terus ke next stop iaitu Sci-Fi City. Masa kat sini tak best sangat sebab ada 2 games yang dia belum open lagi.

a. Accelerator - ni je game yang available
b. Battlestar Galactica - belum bukak lagi
c. Transformers - still under construction.
d. Galactica PX - Retail Outlet


Masa jalan-jalan kat theme ni aku sempat gak amik gamba ni

Happy betul kan muka aku. Eh korang perasan tak mamat ni handsome sebenarnya?


Yang belakang tu la roller coaster Battlestar Galactica

Aku rasa lah kan kalau aku pergi lagi sekali USS ni, benda alah yang aku takkan naik adalah roller coaster ni lah. Gile ah, macam takut je. Sebab masa kitaorang pergi sana, dia buat routine testing. Masa tu mak aih, aku yang tak naik ni pun dah rasa kecut perut.

Korang tengok je la lap dia tu ha, mau taknak tunggang terbalik kan.

Ok la since aku cakap theme Sci-Fi City ni tak berapa syok, moh la kita ke theme New York.

a. Lights! Camera Action! Hosted by Steven Spielberg - Show (WAJIB MASUK)
b. Stage 28 - Still under construction
c. Loui's NY Pizza Parlor dan KT's Grill - F&B Outlet

Masa kat sini, tempat Lights! Camera Action! Hosted by Steven Spielberg memang sangat mengagumkan aku la. Siap tertipu lagi okeh dengan background building dia.

Memula ada introduction daripada Steven Spielberg pasal sound stage dengan special effect. Lepas tu korang akan masuk dalam satu tempat ni. Masa kat sini, ada 3 bahagian untuk korang stay. Depan, tengah dan belakang. Yang bahagian depan adalah bahagian yang mana korang akan basah. Bahagian tengah dengan bahagian belakang takde kena air.

Aku amik port kat bahagian tengah sebab tak sempat nak pergi kat bahagian depan. So masa korang beratur nak masuk nanti, kalau korang nak lagi feel, beratur la kat bahagian bawah sekali ok.

Main sound stage (credit to wikipedia)

Daripada segi sound effect memang superb tapi pada aku dari segi movement agak kaku. Nampak sangat macam di control.


Kat depan ni akan ada macam dance street performance


Konon-konon nak naik taxi New York lah ni

Depan New York Public Library dengan rain coat


Feeling jalan kat New York.. eceh


Masa ni nampak ada minah tu sibuk tangkap gambar kereta ni, pastu aku pun nak sibuk ambil gambar gak, tah ape ape


Habis round kat New York, kitaorang pun jalan kat Hollywood theme. Phewitt. Jauh betul kitaorang berjalan, sampai Hollywood tu. Hahahhaa. OK la , masa kat sini ada:

a. Pantages Hollywood Theater - Live Performance
b. Lake Hollywood Spectacular - Show (Setiap Jumaat dan Sabtu sahaja, 930pm)
c. Universal Studios Store, The Dark Room, Superstar Candies, Silver Screen Collectibles, Star Characters dan The Brown Derby - Retail Outlet
d. Mel's Drive-In dan Celebrity Café and Bakery - (Halal F&B)
e. Hollywood China Bistro - F&B Outlet

Masa kat Pantages Hollywood Theater, dah lega sangat sebab dapat masuk. Yelah dah seharian suntuk berjalan kan, round USS tu. Last-last dapat gak duduk macam tengok teater. Recommended untuk duduk bahagian depan sebab tengok live kan. Kaki aku dah berketik-ketik ikut beat. OK la.. syok gak.

Pantages Hollywood Theater

Kat sini gak ada Hollywood Walk of Fame. So kalau korang suka, boleh lah ambil gambar. Aku buat jalan-jalan atas tu je. Chewah.

Kalau kat theme Hollywood, akan ada special character appearances yang boleh korang ambil gambar sama-sama. Tapi macam biasa kena q lah. Antara character yang ada macam PO daripada Kungfu Panda, Frankenstein's Monster, Woody Woodpecker, Winnie Woodpecker, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Beetlejuice dan Betty Boop.

Dia ni siap salam siap cium tangan aku lagi.. mesti orang Melayu




eee takutnya...

She called me gorgeous! Thank you Sweetie!


Dinner aku dengan Kecik kat sini, merangkap sekali lunch, tea, dinner and supper! Mel's Drive In tu!

Lepas makan, duduk la situ sampai malam, sebabnya nak tunggu Lake Hollywood Spectacular pukul 9.30pm. Ingatkan dah tak jadi sebab malam tu hujan sangat lebat. Tapi bila pukul 9pm macam tu, hujan dah reda sikit so kitaorang double confirm dengan staff kat sana and diaorang pun dah bagitahu still ada bunga api malam tu.

Lepas habis bunga api lebih kurang 945pm, aku dengan semua kawan aku terus la jalan cepat-cepat nak tunggu bas. Masa ni punyalah lepak sampai terduduk-duduk tunggu bas. Letih tak ingat. Yelah dah berjalan dari pukul 9pagi sampai dekat pukul 10malam, mana tak letih kan.

Lebih kurang pukul 10pm, bas pun sampai. Otw balik ke interchange, sempat la tidur dalam bas. Best gila. Dengan hujan lebatnya dengan sejuk nya dan dengan letih badannya, mana tak lelap kan. Aku rasa dekat 1130pm barulah sampai rumah. Memang tak ada cerita banyak, sampai rumah je mandi, solat terus zzzz sampai ke pagi.

----------------

Dah habis cerita USS ok. Next entry will write about tips and total SGD yang keluar sepanjang pergi USS.

No comments:

Post a Comment