Hello everyone!
Sorry la lama sangat tidak update blog. Bukan apa, sejak daripada lepas majlis kahwin, macam sibuk sikit. Tapi dia punya sikit tu memang kalah PM. Di tambah lagi dengan sindrom lepas kahwin-malas-nak-update-blog. Hehehe
Oklah, since aku update gambar-gambar second honeymoon aku dekat FB, ramai pulak yang tanya soalan pasal Krabi. Oh, korang memang kan, masa aku upload gambar first honeymoon aku kat Sabah, tak ada siapa pun tanya soalan macam-macam. Mentang-mentang la Sabah je. Yang Krabi ni banyak pula soalan korang kan. Kehkehkeh.
So disebabkan korang tanya macam-macam pasal Krabi, aku pun decide nak memblogkan pasal second honeymoon ni dulu, berbanding dari entry pasal majlis perkahwinan aku dan first honeymoon aku yang ditaja :)
So mana nak start ek?
Ok, aku decide nak pergi Krabi untuk honeymoon ni sejak dari sebelum kahwin lagi. Memang aku plan nak pergi 2 tempat, Sabah dan Krabi. Reason? Sebab aku tak pernah sampai Sabah lagi dan Krabi sebab aku dah lupa kenapa. Hahhaha. Tak la, acah je. Sebab aku nak makan pancake dan tomyam. Huahuahua.
Jadinya, bila masa air asia buat promo murah tahun lepas, aku pun sama sibuk. Masa tu lah dapat book tiket pergi dua-dua tempat tu. Yelah, kalau nak book lambat-lambat pun boleh, tapi nak save punya pasal aku book la awal. Lebih kurang awal setahun.
Selesai cerita book tiket. Lepas tu ingat lagi entry yang ini? So time tu la aku book pakej 3hari 2 malam kat Peace Laguna Resort. Pakej ni include:

- Private airport transfer (return)
- Deluxe Cottage free upgrade to private cottage & ABF
- 1x dinner set
- 30 minit foot massage dan
- 4 island trip by speedboat for 2 person (including lunch)
Tapi kami tak duduk kat Peace Laguna dulu, kami duduk sana 3 hari terakhir dan alhamdulillah pilihan yang aku buat tepat.
Aku memang buat kerja gila, sebab aku duduk 3 hotel yang berlainan sepanjang 6 hari tu. Saje je nak ubah angin. Takut bosan duduk kat tempat yang sama.
Kami ke Krabi selama 6hari 5 malam, 5/2/12 - 10/2/12 (Ahad-Jumaat). Flight pukul 1.30pm dari LCCT. Perjalanan cuma 1 jam je. Sampai sana pun pukul 1.30pm (waktu Krabi). Sampai-sampai airport Krabi je, amik luggage terus jalan nak keluar. Masa tu dah ramai orang pegang sepanduk tulis nama kat luar. Aku macam biasa rabun, mana nak nampak. Nasib baik Jep nampak.
Keluar je dari pintu airport tu terkejut aku tengok van besar ni untuk kitaorang berdua.
(Source: mimtravel.net)
So, apalagi terus memunya la semua van tu. Perjalanan dari airport Krabi ke Ao Nang cuma dalam 30 minit-40minit je.
Untuk 3 hari pertama, kami duduk kat View LaVilla Resort . Hotel ni aku tempah via booking.com lebih kurang dalam 6-8 bulan sebelum. Aku try juga tengok agoda tapi masa tu booking.com lagi murah.
Aku tempah superior room, tapi alhamdulillah diaorang upgrade ke Mini Suite (sangat luas) + free honeymoon decoration sebab masa aku booking dulu aku bagi tahu yang kami ni pergi Krabi sebab nak honeymoon.
Hotel ni jauh sikit dari pantai tapi bagus sebab jauh dari hiruk pikuk pub waktu malam. Hehhee. Oh ye, lupa aku nak bagi tahu, area Ao Nang ni kata Jep ala-ala macam dekat Langkawi. Tah ye tah tak, sebab aku tak sampai Langkawi lagi. Huahuahuahua
Kebanyakan hotel budget kat sini menarik tapi kena manjat tangga la sampai tingkat 2 or 3. Tapi jangan risau lah kot la luggage korang berat sebab rata2 orang hotel akan tolong usungkan beg korang yang berat tu.

Disebabkan before pergi aku dah buat banyak research pasal Krabi ni maka aku dapat imagine macam mana dia orang deco katil dan tekaan aku tak salah :). Berbaloi la memanjat tangga bila tengok bilik hotel yang luas dan katil yang empuk dan cantik .
Lepas check-in dan berehat kejap, kami pon decide nak cari lunch kat luar since hotel tak provide halal food. Nasib baik receptionist dia muslim so dia pun bagi tahu kat mana kami boleh dapat halal food.
Jalan punya jalan, jumpa gerai ni. Kat sana jangan risau pasal halal food, kalau korang nampak gerai tu ada tanda bulan dan bintang, tu maknanya tempat tu serve halal food.
Jalan punya jalan, jumpa gerai ni. Kat sana jangan risau pasal halal food, kalau korang nampak gerai tu ada tanda bulan dan bintang, tu maknanya tempat tu serve halal food.
Habis makan, kami tak jalan-jalan area situ dan survey pakej-pakej island hoping yang ada. Lepas tu kami sepakat nak pergi night market dekat pekan Krabi. Aku ingat nak ajak Jep sewa motor je, tapi masalahnya kami tak ingat jalan nak pergi Krabi. So kami pun amiklah tuktuk macam kat bawah ni dengan bayaran RM80 (THB 800) pergi dan balik. Mahal seh, aku terasa macam kena ketuk tapi aku pergi juga sebab kalau pergi naik moto, sesat barat lagi susah.
FYI, night market cuma ada hari jumaat-ahad sahaja (kalau tak silap la), so memang termasuk dalam list tempat yang aku nak pergi.
FYI, night market cuma ada hari jumaat-ahad sahaja (kalau tak silap la), so memang termasuk dalam list tempat yang aku nak pergi.
Rupa tuktuk
Driver tu janji akan tunggu kat tempat bawah ni sampai lah kami habis shopping. Sempat aku masuk supermarket dia (ala-ala The Store kat BP) dan harga macam dekat Malaysia. Tak beli apa-apa pun kat situ.
Tak sia-sia weh pergi night market dia. Macam-macam benda aku dapat tengok. Daripada variasi makanan Thailand, kasut, baju, beg,kraftangan, lukisan sampailah budaya muzik diaorang. Semua ada. Pendek kata, aku boleh cakap orang Thailand ni memang creative. Boleh hasilkan barangan daripada benda terpakai. Cantik pula tu.
Antara mercu tanda pekan Krabi
Pasar malam tu ada la dekat 4 kali aku ngan Jep round. Malam tu aku cuba makan phad thai dan Jep pula makan kebab tu. Sedap tapi aku rasa tekak aku tak boleh terima Phad Thai, lagipun perut masih kenyang sebab lunch lambat siang tu.
Kat pasar malam tu aku sempat rembat beberapa barang nak buat souvenir, baju dan skirt panjang yang aku rasa cantik. Around 8 kami gerak balik dan terus pergi kat tempat agen yang kami pergi siang tadi. Book untuk pergi Phi Phi Island (hari Kedua) dan Jungle Tour (hari ketiga).
Settle booking, terus cari selipar dan terus balik bilik tidur. Recharge!

No comments:
Post a Comment