Showing posts with label Once in a Lifetime. Show all posts
Showing posts with label Once in a Lifetime. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Krabi Day 3 - Part 1

Assalamualaikum

Setelah lama tersadai cerita pasal Krabi Day 1 and Day 2, kali ni aku nak teruskan pasal hari ketiga. Berhempas pulas nak mengingatkan cerita pasal Krabi ni.

Untuk hari ketiga, kami dah decide awal. Kami book sekali masa kami book ke Phi Phi Island. Dapat murah sikit. So hari ketiga ni kami akan meredah hutan konon-kononnya. Kami ikut "Jungle Tour". Overall aku lagi suka Jungle Tour ni daripada dok berpanas bawah matahari terik.

Jungle Tour ni include:

  1. Elephant Trekking
  2. Emerald Pool
  3. Hot Spring Waterfall
  4. Tiger Cave Temple
Awal pagi aku dah siap packing bag sebab hari ni dah check out dan kami akan stay kat our next hotel. So pagi-pagi kami dah turun dan letak bag dekat lobi hotel sebab jangkamasa tour adalah sampai petang. Jadinya senang lah, balik je terus ambil beg dan terus ke hotel lain.

Pukul 830 pagi macam tu, Minibus (van) dah sampai nak pick up kami. Dalam van tu ada 2 couple laki bini mat saleh, kami dan 4 teenagers (chinese) dari Malaysia juga. Aku hairan juga sekarang ni budak-budak sekolah pon dah pandai travel jauh-jauh ok. Penangan zaman moden.

Aktiviti pertama adalah Elephant Trekking. Kami diberi seekor gajah dan ia akan bawa kami melalui jalan berlecak di dalam kebun getah yang agak berliku, jalan biasa dan kemudian berhenti sekejap di sungai. Gajah yang kami dapat aku rasa adalah yang paling tua dan besar. Gayat weh naik gajah. Lagi-lagi bila dia lalu jalan yang ala-ala naik bukit turun bukit. Aku rasa kalau time tu terjatuh confirm mati sebab kena pijak dengan gajah yang lalu kat belakang. Lepas naik gajah kami sempat tengok show gajah kecil. Comel je dia buat action.

Melalui jalan becak


Gajah melepak dalam air

Bagi anak angkat makan

Aku sempat berborak dengan satu couple mat salleh tu. Dia cakap excited sebab bukan setakat tengok, tapi dapat naik gajah lagi sebab kata diaorang, kalau kat sana, diaorang just dapat pergi zoo je. Lepas tu dia tanya aku mesti aku dah tak hairan sebab naik gajah sebab dia ingat aku dapat jumpa gajah macam jumpa kucing kot. Hahahhaa


Habis aktiviti ber-gajah, kami proceed ke Emerald Pool. Emerald Pool ni memang salah satu tempat yang ada dalam list aku bila pergi Krabi ni. Tapi nak sampai ke pool ni, masyaAllah, kena jalan dalam 800m. Nasib baik tak terasa sangat sebab sejuk. Keliling semua pokok. Kata tourist guide yang bawa kitaorang tu, kalau nasib baik kami dapat jumpa ular. Dalam hati aku kata, gila ke apa nasib baik jumpa ular. Tapi alhamdulillah tak jumpa pon. Macam biasa budak-budak Chinese tu laju je berjalan. Yang mat salleh tu jalan slow sebab dok ralit tengok pokok-pokok hutan. Aku biasalah bab berjalan kaki memang lembap. Badan banyak sangat lemak.

View Emerald Pool

Bila sampai dekat Emerald Pool, aku terus terpana okeh. Cantik betul air dia. Air warna hijau jernih dan boleh nampak pasir pool tu. Subhanallah. Memang cantik. Bila masuk dalam pool tu sejuk je air dia. Satu jam memang tak cukup kalau nak berendam dalam tu.

Air yang jernih

Habis cerita berendam kat Emerald Pool, kami jalan lagi ke Hot Spring Waterfall. Nak ke sini kena jalan lagi 400m (kalau aku tak silap). Macam malas je kan sebab tengok dalam blog-blog macam tak best. Tapi bila dah sampai, aku rasa aku yang paling last keluar. Best gile! Aku tak tahu macam mana kejadian Allah yang satu ni. Kat sini ada dua bahagian. Bahagian atas (macam kolam) adalah air panas. Dan kemudian baru ada air terjun kecil yang bawahnya adalah air sejuk!

 Kolam tempat air panas

Bawah tu tempat air sejuk

Lepas berendam dalam 45 minit macam tu baru lah kami semua dibawa makan dekat area Hot Spring Waterfall tu. Time makan kami dipisahkan sebab mereka makan yang non halal food dan kami semestinya halal food. Bila dah puas berjalan dan berendam, lagi-lagi lepas berendam kat air panas, haruslah perut rasa lapar teramat kan. Food pula adalah marveles ok. Apa yang aku perhatikan, kat sana diaorang macam selalu masak ayam masam manis. Oh, semuanya adalah dah termasuk dalam pakej. Bawa diri dan perut je.

Bersambung..



Tuesday, October 23, 2012

Wedding Tips - Photographer

Benda ni dah lama tapi aku tak ingat kenapa aku tak blog kan lagi. Sebenarnya malu lah nak kongsi sebab dah almost 1 year kan (macam tak percaya). But this is strictly for bride-to-be yang masih mencari-cari, meraba-raba, pening nak pilih photographer untuk hari bahagia korang. Hua hua hua. 

Okla macam aku pernah mentioned dulu, aku amik 2 OP yang berlainan untuk cover majlis aku sebab aku nikah malam dan sanding esoknya. So aku memang dari awal dah book Udey untuk majlis sanding dan untuk nikah lama juga aku survey siapa yang berkenan. Finally masa pameran pengantin 2011 dekat Angsana JB, akhirnya aku berjaya book WafinStudio untuk majlis nikah aku.

Wafin datang seorang. Aku pun tak kisah sebab selalunya majlis nikah waktu malam kan tak lama. Sepanjang majlis aku selesa dengan dia. Tak banyak cakap tapi senyum je memanjang. Aku pun tak sempat nak beramah mesra nak kenal dengan abang Wafin tu. But personally he is so nice and friendly. Dan yang penting adalah gambar dia siap cepat.

 
Malam tu juga Udey datang sebab yelah orang dari KL sure lah sampai malam sebelum event started. Kalau OP kau sampai time kau dah siap pakai lawa-lawa tengah atas pelamin aku rasa something wrong la kan. Setahu aku, OP mesti ada gambar kau tengah make up. Supaya nampak flow perjalanan majlis. So bila buka album orang faham la "oh ni time make up" lepas tu time kau dah ready nak duduk kat pelamin.

Cerita bekerja dengan professional OP memang tak payah nak elaborate panjang-panjang. Senang, mudah, selesa semua ada. Dia tahu apa yang patut dia buat. And yang best sebenarnya aku tak perasan sangat pun kat mana Udey berada sepanjang majlis tu. By the way, aku harap Udey datang dengan kawan lama aku Shah Fariz tapi memandangkan semua nya busy dengan job lain, maka yang datang dengan Udey adalah Ubai Ismail, his brother. Aku tak ada masalah sebab pada aku both of them bagus, diaorang tahu apa yang diaorang buat dan aku cuma enjoy that moment.

Tips aku kepada bride-to-be kat luar sana, kalau korang ada budget lebih, u can hire them. Dalam Mukhriz  Latif & Udey Ismail Photography ada ramai photographer. You can choose any of them (Udey, Moqh, Ming, Shah, Syimir, Faiz or Azmie). Janji korang cepat book and boleh la pilih yang mana pilihan hati. Chewah. Tak rugi invest dengan diaorang ni. Hasil memang superb.

Lupa pula nak bagitau, masa bersanding yang cover event adalah Udey & Ubai. Tetiba masa aku atas pelamin aku terperasan sorang lagi mamat kurus kering dok amik-amik gambar. Seingat aku tak ada pula aku hire orang lain. Tapi time tu lantak pi la kan, rasa macam retis pula bila ramai photographer. Hahaha. Dia ni ikut Udey sampai ke habis majlis (outdoor) dan sampai ke malam sebab malam tu rumah aku ada buat birthday celebration anak buah aku so ada makan-makan, kugiran dan joget lambak (orang Johor la katakan).

Kenal punya kenal rupanya dia adalah photographer daripada Kluang and nama group diaorang adalah Photoluso. Aku pun pelik awat lah aku tak jumpa nama PL ni masa aku dok survey. Mungkin tak ada rezeki nak kerjasama dengan mereka kot. Tapi at last dapat juga aku hire dia masa kami buat gathering kat Desaru. Alip ni senang nak kerja dengan dia. Mulut memang manis. Memang tak bimbang lah kalau kau hire dia pun, sure lepas tu boleh kamcing. Peramah dan baik hati. Yang penting masih single. Kalau ada sesapa berkenan nak jadikan dia menantu ke adik ipar ke boleh la contact dia. Hahahhah..

Setakat ni tu je la kot aku nak share. Yang penting dalam pilih OP ni adalah
1. bajet sendiri
2. survey, survey, survey
3. mintak quotations dan bandingkan. kalau boleh pergi jumpa personally. Tengok korang boleh selesa dengan dia tak
4. kalau ada yg berkenan letak deposit seawal mungkin
5. percaya dengan OP masa big day. kalau tak percaya susah OP nk bagi yang terbaik utk korang

Btw ni adalah pics aku daripada Udey and Alip. Good luck kepada bride-to-be :)

                                                          

Friday, June 1, 2012

Past Entry - Persiapan Kahwin

Perkahwinan bukan perkara yang mudah sekarang. Memang kalau diperhalusi sedalamnya, kahwin memang mudah. Buat yang wajib dan sekadarnya. Tapi sekarang banyak sangat ragam, banyak pengorbanan sebab semuanya dah nampak macam wajib. Biasalah, orang kata kahwin sekali seumur hidup (insyaallah) dan pengorbanan yang banyak akan berlaku. 

Dan sebab itu aku bermula awal. Perancangannya memang tak nak kahwin tapi aku tau mana boleh menolak. Asyik kehulur kehilir bersama dan confirmlah dah tak manis dipandang. Seingat aku, aku dah start awal. Paling aku tak percaya, benda paling awal yang aku booked adalah PHOTOGRAPHER. Kelakar tapi itu realiti. Sangkeng sebab minat sangat dengan hasil kerja dia, aku sanggup booked 1+ tahun awal. May be bagi sesetengah orang kata tu tak ada la awal sangat tapi pada aku awal lah tu. Dan bila aku dah start book OP, aku dah start serius untuk fikir date tunang dan date kahwin. Macam-macam date yang keluar, tapi bila aku congak-congak guna sempoa, bulan yang sesuai untuk majlis aku adalah Disember 2011 dan ke atas.

 OP Sanding : Udey Ismail dan Ubai Ismail (MukhrizUdey Photography)

Awal tahun 2011, aku dah start survey macam-macam. Baju kahwin, pelamin, kek, bunga tangan,hantaran semua dah start survey. At last, on May 2011(after aku tunang) aku decide untuk buat baju kahwin aku sendiri (Nikah,sanding dan bertandang). Lagipun baju-baju yang ada kat butik pengantin semuanya cantik terletak kat badan model, sedangkan badan aku yang alhamdulillah ni kena la buat sendiri. Bukan sebab aku banyak duit, tapi aku terpaksa. Hehe

                                                                    Credit to : MKS

Kek kahwin aku rasa adalah bab survey + bab nego dengan blicious adalah 3-4 bulan kalau tak silap. Dan untuk hantaran dan meja makan beradab aku memang terus sub dekat Ruzi .

Benda paling last yang aku fikir adalah door gift. Rasanya aku pegi borong door gift ni sebulan sebelum aku kahwin dan aku paling berterima kasih dekat kawan aku, Mimie yang banyak tolong tawar menawar untuk dapatkan the cheapest price.

To be continued..

Wednesday, November 30, 2011

Tips for Bride-to-Be 1

Ehe, tajuk dasyat gila. Tips tuh, padahal majlis aku pun belum settle lagi.

Start hari ini, aku dah cuti dah. Semalam lepas balik kerja terus pergi spa utk buat mandi lulur etc. Dan pagi ni ada last appointment untuk facial. Memang berani kan aku, dah dekat-dekat pergi buat facial. Insyaallah percaya pada beautician, sure muka ok punya. Lagipun tak kan lah nak naik pelamin dengan muka berkerak? Ni bagi bride-to-be pemalas macam aku la yang malas sangat nak jaga muka.

OKla, meh la share apa yang patut. Kepada para b2b, boleh apply mana yang kamu rasa suka ye :)

1. Please please please plan awal untuk wedding. Ini sangat-sangat berguna untuk b2b yang ber budget limited seperti ku. Hehehe. Lagi elok kalau dapat 1-1 1/2 tahun sebelum your big day

2. List down priority kamu untuk wedding. Maksudnya, part manakah kamu ingin lebihkan budget kewangan kamu. Makanan? Baju? Solek? Photographer? Videographer? Pelamin? Doorgift? Ini untuk pastikan kamu puas hati selepas majlis

3. Survey awal untuk kesemua item yang perlu. Buat comparison dari segi cost, material dan sebagainya. Ini untuk memastikan kamu tak tersalah pilih dan tentu saja untuk save your budget. Jangan jadi macam aku, yang mana aku menyesal pilih kad kahwin (setakat ini lah)

4. Please yeh pergi spa. (Jika ada budget) Ini bukan apa, cuma membantu kamu rileks dan konon-konon bersedia untuk menghadapi hari bersejarah kamu. Sebab itu perlu untuk plan wedding kamu awal-awal supaya budget untuk pamper diri sendiri dapat di allocatekan

5. Tenang, tenang dan tenang. Makin dekat hari, makin stress. Dengan keadaan rumah yang bersepah, dengan kerja office yang makin kelam kabut. Memang patut manjakan diri di spa. Eceh nak jugak relatekan dengan point no 4

6. Bersedia menghadapi the worst. Setiap majlis memang tak akan perfect. So mesti ada masalah yang datang even kamu dah prepare. So pls be ready yeh

7. Spend your money wisely. Jangan nak berhabis dengan benda yang bukan-bukan macam aku. Hehehe. Duit dah macam air mengalir

8. Doa banyak-banyak.

Okla tu je kot setakat ni. Nanti lepas ni sure banyak lagi tips yang boleh aku share dengan korang.

*Senyum-nak-kahwin* muahahahha

Tuesday, November 29, 2011

I'm Getting Married!

Finally..
In the spirit of the season
we have found the perfect
reason to gather
friends and family...

We request the honour of your
presence
at our marriage

Saturday, the third of December
two thousand eleven

70 Jln Kuning,
Taman Bukit Pasir,
83000 Batu Pahat,
Johor



Tuesday, July 5, 2011

Wedding Preparation 01

Saja nak buat entry santai hari ni, nak hilangkan stress yang akan dapat tak lama lagi.

Aku selalu cakap aku tak sempat nak prepare untuk majlis kahwin aku sebab sibuk dengan kerja. Yelah kan kerja aku dah bertambah dari biasa.. Memang semakin busy la lepas ni.

Pasal preparation tu, mana sempat la buat. Mostly aku buat time weekend. Sebab masa tu je yg ada.

Cincin/Hadiah daripada Arjuna

Ni dah tengok dan dah suggest kat Jep, tapi tak tahulah bila dia nak beli. Sebenarnya aku prefer emas kuning, tapi tah la ek, mata berkenan kat emas putih. Kesian Jep nak kena emas sebab sekarang ni emas tengah mencanak naik harga.

Make-up

Yang ni dah tempah lama dah. Make up untuk majlis rumah aku dan rumah Jep orang yang lain. Hopefully result dia cantik la . Insyaallah

Hantaran

Setakat hari ni, barang hantaran masih tak habis beli lagi. Menakutkan okeh sebab memang bukan sikit duit keluar nak beli barang-barang. Nasihat aku pada sesiapa yang terdetik nak kahwin, simpanlah duit.

Baju Nikah/Sanding

Baju nikah baru je beli kain, dan semua baju tak buat lagi. Takutttttttttt


Catering Service/Canopy

Alhamdulillah sempat dah book. Separuh kerisauan dah lenyap bila dah letak deposit. :)


Pelamin

Belum book tapi dah ada perkiraan siapa yang akan di-hire. Orang tu pun dah datang tengok rumah. Will update with them weekend ni


Backdrop/Main table

Memula ingat nak amik sekali dengan pelamin tapi tak jadi sebab adik aku akan hire someone yang baru. Memang amik risiko tapi once aku hire, aku akan trust dengan capability dia :)


Photographer/Videographer

Macam biasa rumah Jep dan rumah aku akan gunakan khidmat photographer yang berlainan. Percaya atau tak, photographer adalah benda yang paling awal aku book, sejak tahun lepas. Hehehe. Semangat bukan main. Dan photographer untuk nikah dan sanding berlainan juga..

Bab videographer, aku masih menunggu quotation dari seseorang. Dan kalau cukup budget, why not?

Entertainment

Bab ni memang belum langsung. Kompang pon tak cari lagi. Alahai susah hati sebab time aku kahwin tu rasanya banyak juga kenduri. Adakah akan import dari Segamat? Hehehe masih difikirkan ..

Doorgift
Ni pun langsung tak buat lagi. Memang seram.


Setakat ni je lah. Ni update pun sebab aku takut terlupa. So nanti bila terlupa boleh bukak entry ni dan revise balik. :) Tolonglah doakan semuanya berjalan lancar ek

pics credit to google