Friday, May 6, 2011

Dinner Murah JB!

Semalam pergi dinner dengan Jep (dah boleh reveal nama sebab dah tunang, hahahha) dekat Pasir Gudang. Dah lama dah nak pergi sangat makan kat sini sebab Jep cakap tempat ni murah. Maka dengan tidak menghampakan perempuan-gila-makan ni, Jep pun sanggup ambil aku dan patah balik ke Pasir Gudang dan kemudian hantar balik perempuan-gila-makan ni ke Kempas.

Jalan masuk ke tempat makan ni memang gelap. Aku pun pelik kenapa kawasan situ macam lokek dengan lampu. Kedai ni namanya "Dek-Non" kalau tak silap. Bila sampai, Jep gula-gulakan aku cakap kedai makan ni romantik. Sebabnya hanya kerana kurang cahaya lampu, ala-ala malap la. Tapi ada aku kisah romantik ke tidak, janji aku dapat makan. Lagipun aku memang jenis avoid tempat makan yang malap-malap ni sebabnya nanti aku rasa tak kenyang. Lagi haru sebab kalau ada serangga ke rambut ke dalam makanan, pengsan tak nampak kan.

Sampai entrance kedai, dia ada board tulis special menu diaorang. Ada gak tulis harga set. Memang murah. Set makan dia selalunya datang dengan dessert dan air buah gelas besar. Dan semalam aku memang bertuah sebab jus mangga yang keluar. Memang best la, rasa pure je jus dia tu.

Kedai ni kalau set dinner dia adalah nasi (percuma-sila tambah sampai muntah), tomyam, siakap 3-rasa, kailan goreng belacan, ayam goreng kunyit, telur dadar, air sejag dan dessert. Harga? Sila refer gambar terakhir. Hehehhe



Entrance

Entrance juga

Perempuan-gila-makan-dagu-berlapis + jus mangga (sedapnyaaaa)

Our dinner!

The price - sorry malas nak rotate gambar

So, korang tengok la, makan macam nak rak cuma RM30 aje. Jus mangga share 2 orang tak habis, siap boleh tapau bawak balik lagi. Overall dari segi food quality aku boleh cakap C+ tapi dari segi harga A+. Mana nak jumpa makan macam ni punya murah. Kiranya macam tak rugi lah pergi makan kan.

Kesimpulannya, aku memang tak boleh diet macam ni. Sekian, bai!

3 comments:

  1. hahahahahahhahaha. tak kesah la food quality C yeh, asalkan harga A. hahahahahhaha.

    sila diet. da lupa impian?

    ReplyDelete
  2. alamak KP, lupa! hahahhaa.. tak elok lupa impian, tapi lupa kejap je tu. hahhaha

    ReplyDelete
  3. nnt gua turun sane,jgn lupe bwk gua.

    ReplyDelete