Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Wayang

Salam Isnin semua,


Last week aku pergi layan movie dekat TGV. Biasalah, dah namanya pun hobi. Kali ini aku tengok cerita Prisoners. Ni semua kes termakan hasutan komen-komen yang kata cerita ni best. Cerita ini lama jugak, dalam 2jam 30minit kot. 

Overall aku boleh kata cerita ni menarik, sebab kau tak akan boleh predict apa plot dia lepas tu, dan ending dia pun kau tak akan expect dia macam tu. Aku dok berangan, bila lagi producer kita boleh buat cerita macam tu. Kalau boleh, aku memang akan pergi support. Ni tak, asyik cerita pasal rempit, bohsia, gangster. Kalau tak pun cerita seram yang ala-ala menjerit lebih or cerita lawak bodoh. Bosan bebeno. Sebab tu aku kalau cerita melayu, aku rela tunggu keluar kat Astro. Hehehe. Idak la kawan membazir duit.



So uolls, yang mana nak release tension boleh la tengok cerita Prisoners. Mana tau boleh hilang stress, tak pun boleh menambah stress yang sedia ada. Hahahha

My next movie mungkin cerita Rush or Runner, Runner. 




Kalau time nak tengok movie ada perasaan melankolik sikit mungkin aku akan tengok About Time .


Harapnya minggu ini aku akan cukup stress supaya aku boleh marathon tengok semua cerita ni. 


Friday, March 18, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Malas nak cerita banyak tapi apa yang boleh aku cakap adalah rating cerita ni. 4.7/5.0. Bagi penggemar wayang (Melayu-khususnya), aku berani sarankan supaya korang tengok cerita ni.

Cerita yang tak boleh dibandingkan dengan mana-mana cerita melayu setakat ni. Dia duduk dekat kelas dia yang tersendiri.

Bagi orang Melayu yang suka tengok wayang tapi tak suka tengok cerita Melayu, jangan sinikal sangat. Kalau kita tak sokong cerita kita, sampai bila cerita kita nak maju?

Untuk KRU, syabas!

Friday, February 18, 2011

The Mechanic

Baru je balik dari tengok movie, cerita The Mechanic. Tak tahu lah aku tengok cerita ni cepat ke terlambat ke.


Overall aku boleh ratekan cerita ni 3* je. Action bagus, scene bagus cumanya dapat star sikit sangat sebab aku boleh predict ending dia. Sangat menyedihkan. Hahahhaa.

Tapi aku boleh la suggest supaya korang pergi layan cerita ni sebab masa hari Selasa lepas aku nak tengok movie tapi banyak sangat cerita Cina. Cerita orang putih haram tak ada yang baru.

Korang boleh play video kat sini untuk tengok trailer cerita ni.


Saturday, December 18, 2010

Movie - Warrior Way

Semalam aku layan movie sensorang kat GSC time lunch time. Biasalah hari Jumaat kan rehat lama, jadinya pegi lah layan cerita yang aku rasa macam best.



Masa memula memang best sebab ada scene bunuh-bunuh tapi lepas tu slow la pulak sampai la dah nak abis cerita baru la sangat best sebab banyak scene gaduh + bunuh.

Yang aku suka cerita ni sebab muka hero dia memang stone habis. Kena kiss dengan heroin pun boleh macam batu. Hahahhaa..

Dia punya muka stone dari awal sampai la ke habis cerita. Ok la. Teknik CGI dia pun best. Masa tengok cerita ni aku rasa hero dia handsome walaupun stone. Hehehhe. dan aku rasa macam ada unsur-unsur cerita Ninja Assassin.

Aku ratekan cerita ni 2.5/5.0 la sebab lama sangat elemen kedu sampai berjaya buat aku menguap sebelum aku menganga tengok scene bunuh-bunuh.

Yang penting aku memang suka kena tipu kan.