Showing posts with label Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Sendiri. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

Aku hilang henpon

Baru je post entry Hai henpon baru semalam. Tiba-tiba hari ni handphone aku bebetul hilang. Apa punya malang daa nasib badan.

By the way, memang macam haram betul orang yang mengambik henpon aku tuh. Kalau akhir bulan boleh jugak diterima akal kot la nak mencuri henpon buat gadai nak beli nasi ke tapi ni baru je dapat gaji last week.

Macam ni lah, aku pun tak nak peningkan kepala. Kepada yang mengambiknya kalau rasa ada hati dan takut dosa, sila lah pulangkan. Kalau nak merasa makan duit haram sila lah teruskan niat anda tu ye.

Pasni nampaknya sebulan la aku tak pakai henpon. Haih dah la baru nak buat saving nampaknya kopak lagi la. Ke nak pakai blekberi ek?

Pada sesapa yg nak bercommunicate dengan aku, sila lah email ek. Kat facebook pun boleh.

Kepada si pencuri, makanlah duit haram tu. Harapnya kenyanglah ko sampai akhirat tu ek.

p/s: sedihnya, byk no kawan dalam tu sume dah hilang..gamba kutet lagi...aduhai

Tuesday, July 20, 2010

Kegilaan Secara Tiba-Tiba

Pagi tadi aku bertekak dengan staff aku. Geram betul sebab dia mencopet gula-gula asam aku yang aku letak dalam tupperware. Nasib baik dia tak curi coklat kecik aku. Pandai, tak nak pula dia ambil gula-gula kecik yang lain. Nak juga makan gula-gula asam aku tu.

Lepas itu, aku terus makan coklat kecil yang tinggal tu. Takut kena copet, tak sempat aku nak rasa. Aku kan tak suka coklat, tapi aku makan juga sebab aku sakit hati gula-gula asam aku dah kena makan dengan orang lain. Sebelum makan aku bau-bau sikit coklat tu. Erm.. wangi. Bau macam sedap. Aku ngap sekali harung, kasi licin. Macam yang aku cakap tadi, aku bukanlah penggemar tegar coklat, tapi bila aku makan je white chocolate tu.. pergh.. taknak terkesima pulak aku. Sedapnya sampai rasa macam ter-jatuh chinta pula dengan en. coklat tu tadi.

Terus, tanpa membuang masa aku pun buka laman blog kawan aku, si pengusaha coklat. Dan, dan aku ngorder kan dari dia. Kelas akak, nyah!. Tapi tu la kan, kalau dah buta coklat tu buta juga la. Kesian aku sebab tak tahu paraline tu ape, truffles tu apa kan. Tapi akhirnya aku dah tahu sebab ada juga pengusaha coklat kat opis aku ni. Habis aku selidik bagai.

Akhirnya aku order white coklat filling dia campur-campur sebanyak RM 40. Aku pecaya la dengan si pengusaha coklat ini yang mana air tangan dia confirm sedap. Eh, Puan E, sila bagi discount pada saya ye sebab tolong promote product kamu di sini. Eceh.

Pada sesiapa yang nak order boleh pegi blog si Puan E, si pengusaha coklat.Pasti tidak mengecewakan.

Yang pasti raya nanti aku dapat rasa benda alah ni yang menyebabkan aku mendapat kegilaan yang secara mentiba-tiba.

Friday, March 26, 2010

Status Diri Saya

okla disebabkan saya tak bercerita pasal Cameron Highlands, saya nak cerita merapu sikit ok. sikit je tak banyak.

saya punya status skrg adalah single dan available (epit, sri.. gua join korang nye group ok). tiada lagi teman mesra di jiwa atau teman mesra di talipon. hahhaa.. itu status mengikut perkiraan hati dan akal saya lah.

tapi lepas ini jika saya kembali berteman, saya akan inform (ceh macam org nak tau).

buat sementara ini jika anda ternampak saya bersama teman mesra yg lama, maka kami adalah kawan saja dan saya cukup suka punya kawan sebaik dia.

okeh cukup.

oh ye, saya ok. tiada istilah frust ok. sedih? mungkin.

babai.

luahan hati dari pencari jodoh

Wednesday, January 6, 2010

kenapa ek bila tgh makan lunch balik mesti rasa symptoms macam ni..

1. overload padahal cuma makan macam biasa je
2. bila dah kenyang mula la rasa ngantuk
3. bila dah ngantuk pepaham la
4. mula la rasa nak tido memanjang
5. pastu dah malas la kan nak buat keje
6. dah start la ngular sbb asik fb, memblog dan juga YM
7. dapat la dosa

p/s: esk nk stat tido lah waktu lunch..

Tuesday, December 15, 2009

Yey!

uh hari ni hari last internship kita.. lepas ni abih dah sesi pijik memijak diri dan dikulikan. stop! yuhu.. walaupun lepas ni tatau nk gagau mana carik keja.. tp tgk la.. dalam kepala ada satu dua tpt yg akan diconsider utk pegi keja. semua tertakluk kepada tpt ni.. kalo bulan 1 tak panggil jugak.. babai JB.. babai.. akan ku bawa diri merantau di tpt lain... T_T.. uhuk uhukk

kita percaya rezeki ada di mana2.. takpe.. sabo..

hari ni rutin keja sudah berubah sikit.. tentatif utk hari ini.. tertakluk kepada perubahan semasa :

8.45pg : baru nk smp opis (saje carik pasal dtg lmbt last day..ehe..cam selalu dtg awal)

9.00pg : terhegeh2 siapkan keje semalam sbb nmpk bos beso dh blk dr riyadh..

9.30pg : settlekan filing dan simpan fail2

10pg : breakfast kat blakang

10.30pg - 12.30pg : main facebook,tagged,bls msg,chatting,baca paper,update resume kawan(bukan resume sendiri)

12.31-1.00tgh : ngular dlm opis.. nak gi borak2

1.00-2.30ptg : lunch (saje lebihkan masa dgn rasa tak berdosa)

2.31-4.30ptg : kemas meja yg mcm serabai ni

4.31 - 5.30ptg : bermaaf2pan sesama umat. anta leher + muka nak kene bebel aka tazkirah kunun2 kat bos2..

5.30ptg : cabut

babai RWS..

babai bos kecik..huhuhu

suka..suka..suka.. esok gi Melaka.. jalan2..yehaaaa..

Tuesday, October 13, 2009

Terima kasih & Selamat Datang

Kita nak ucapkan terima kasih pada kawan kita yg sgt memahami perasaan kita. rasanya baru beberapa jam kita post blog kat Friendster blog tu tp dia dah tolong buatkan blog baru utk kita. Kita nak cakap selamat datang pada semua org yg jenguk kat blog baru kita ni..

pada kawan kita yg dah tolong kita (epit) thanks ye.. bab2 ganjaran tu nanti kita nego kemudian.. hehe.. kita nak cuba janji dgn diri kita supaya hargai usaha epit dgn menulis lebih kerap lagi.. mcm epit kata kita punya komunikasi skill yg mantop.. yeke epit? tak tau la sbb kita hanya minta tlg dgn ikhlas dan taknak memaksa sbb kita sendiri tak suka dipaksa.. apepun epit, terima kasih ye byk2

dlm blog ni, kita cuba untuk menulis dgn bahasa yang cantik dan harap2 tak gunakan bahasa yang kesat atau yg sewaktu dgn nya.. kalau sedih kita akan cuba menulis supaya org yg membaca pun merasa apa yang kita rasa.. kita cuba ye..

pada yg membaca harap2 tinggalkan lah komen ye.. komen +ve ke -ve ke, kita tak kisah sbb kita pun nak tau apa perasaan org yg menjadi pembaca..

untuk semua.. selamat melayari ye