Pagi tadi aku bertekak dengan staff aku. Geram betul sebab dia mencopet gula-gula asam aku yang aku letak dalam tupperware. Nasib baik dia tak curi coklat kecik aku. Pandai, tak nak pula dia ambil gula-gula kecik yang lain. Nak juga makan gula-gula asam aku tu.
Lepas itu, aku terus makan coklat kecil yang tinggal tu. Takut kena copet, tak sempat aku nak rasa. Aku kan tak suka coklat, tapi aku makan juga sebab aku sakit hati gula-gula asam aku dah kena makan dengan orang lain. Sebelum makan aku bau-bau sikit coklat tu. Erm.. wangi. Bau macam sedap. Aku ngap sekali harung, kasi licin. Macam yang aku cakap tadi, aku bukanlah penggemar tegar coklat, tapi bila aku makan je white chocolate tu.. pergh.. taknak terkesima pulak aku. Sedapnya sampai rasa macam ter-jatuh chinta pula dengan en. coklat tu tadi.
Terus, tanpa membuang masa aku pun buka laman blog kawan aku, si pengusaha coklat. Dan, dan aku ngorder kan dari dia. Kelas akak, nyah!. Tapi tu la kan, kalau dah buta coklat tu buta juga la. Kesian aku sebab tak tahu paraline tu ape, truffles tu apa kan. Tapi akhirnya aku dah tahu sebab ada juga pengusaha coklat kat opis aku ni. Habis aku selidik bagai.
Akhirnya aku order white coklat filling dia campur-campur sebanyak RM 40. Aku pecaya la dengan si pengusaha coklat ini yang mana air tangan dia confirm sedap. Eh, Puan E, sila bagi discount pada saya ye sebab tolong promote product kamu di sini. Eceh.
Pada sesiapa yang nak order boleh pegi blog si Puan E, si pengusaha coklat.Pasti tidak mengecewakan.
Yang pasti raya nanti aku dapat rasa benda alah ni yang menyebabkan aku mendapat kegilaan yang secara mentiba-tiba.
tetiba puan E yang tengah layan2 tido malas gi opis dpt panggilan tepon..terkejut akak noks..
ReplyDeletehehe nnt balik raya aku deliver kat umah ko..
aku mmg balik raya BP tiap tahun..(haha statement confident je)