Monday, May 16, 2011

Part 2 - 16 April 2011 [ Just Engaged! ]

Akhirnya dapat juga aku upload dan update blog ni tentang engagement aku yang dah sebulan berlalu. Lately busy memanjang kat office dan bila balik rumah memang tak sempat nak upload apa-apa.

Album engagement ni dah upload juga kat fb, dan untuk blogger, ni je la yang dapat diupload dekat blog. Nak upload semua kang muntah darah pulak. Hehehhe

Majlis suppose start 3pm, 16th April 2011, tapi terlewat sikit sebab menunggu wakil pihak Jep sampai. Around 3.30pm pihak Jep dah sampai rumah aku.

Masa majlis perbincangan berjalan, aku lepak je dalam bilik. Dalam bilik macam biasa penuh dengan ahli mesyuarat tingkat yang kalo bercakap memang tak reti perlahan. Tetiba dapat call dari adik aku yang duduk kat luar, rupanya mak aku suh kitaorang diam sikit. Sebab, budak-budak ni bergelak sakan dengar sampai ke luar. Hahaha. Haru betul.

Plan asal nak sarung cincin dalam bilik. Aku dah standby placing kat atas kerusi. Baik punya port. Sekali mak Jep boleh pulak request nak sarung kat luar. Redha je la. Dengan takde bantal alas semua, selamba aku duduk kat tengah-tengah hall rumah aku tu. Ish ish kesian makcik-makcik dia sebab aku membelakangkan diaorang.

Time tu baru la kenal semua keluarga Jep (TIPU! hahha). Eh, sekali keluar ramai la pulak orang rupanya. Terasa diri macam artis pulak sebab banyak flash camera. (poyo!) Hahaha.

Lepas sarung cincin, salam bagai, doa, terus ke upacara utama. MAKAN Yob!. Geng aku dah lama kelaparan. Kesian, bila dapat makan senyap, macam aku gak. Hahaha.


Hantaran dua pihak

Cincin dan duit tanda

Bakal mak

Standard Pose

Senyum lepas dapat cincin

Lepas ni ada lagi entry, pasal apa geng aku buat masa aku kena dera duduk kat luar, hampes betul!

2 comments:

  1. TAHNIAH YAH... AGAK2 BILA MAJLIS NI YAH??? AKU NK KUMPUL DUIT NI.. :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Ija, insyaallah soon. Hehehe

    ReplyDelete