Tadi kan aku cakap nak pakai Nokia 3310. Tu memang lah sebab nak buat temporary handphone sementara nak tunggu duit berdikit nak beli handphone lain.
Tengok-tengok celcom ada buat sale. Mantap betul. Aku memang pengguna Celcom dan Maxis. Bila dah kerja pakai celcom dan masa study dulu pakai maxis.
Celcom sale ni lama dari sekarang sampai la ke 31 March 2011. Maknanya korang sempat lagi la kalau nak join sale ni. Caranya senang je. Kumpul je token banyak-banyak pastu boleh redeem. Cara nak dapatkan token pulak senang je. Bergayut la lama-lama. Eh tapi bukan bergayut kat pokok ke dahan ke. Bukan bukan. Maksud aku bergayut tu bersembang lama-lama kat tepon yang guna line celcom. Kalau kau sembang lama-lama tapi pakai line maxis ke digi ke tak termasuk ok. Kalau kau sembang lama lama tapi sebenarnya kawan kau yang call pun tak di kira pakai.
Ada cara lain lagi - guna broadband celcom. Ha yang tu pun ok.
Tapi kalau kau bukan pengguna line celcom takpe, jangan mengongoi tak tentu pasal. Kan aku dah cakap tadi sale ni sampai March 2011. Maka sempatlah kalau kau orang nak tukar line dari operator XYZ ke operator celcom. Pastu bergantung la sampai pengsan sebab nak mengumpul token.
Kiranya lagi banyak token lagi besar la adiah kau boleh dapat. Apa hadiahnya? Tentulah hadiah idaman kalbu aku. Hahahhaa. Nasib baik aku dah jadi pengguna tegar celcom. Mana la tau boleh dapat murah sikit ke nak beli handphone kan
.
Senang cerita kau orang klik SINI dan SINI je untuk maklumat lanjut ok. Meh kita ramai-ramai kumpul token!.
menarik!
ReplyDeletememang menarik pun beb. jom2 kumpul token. mana tau pasni BBM plak. hahha. sian kita ja.. org lain sume BBM dah lama. hahha
ReplyDelete