Sunday, November 14, 2010

Miah oh Miah

Baru je lepas tgk cerita Miah oh Miah kat tv3 tadi. Best la pulak. Tu pun sebab si AJ yang recommend suruh tengok cerita tu.

Pada aku cerita dia menarik sebab minah Miah ni cantik walaupun sengal-sengal ubi. Tak macam cerita yang pernah aku tengok before this yang mana macam stereotype. Asal minah sengal ubi je mesti tak cantik. Pakai spec ke, gemuk ke, rambut kerinting ke. Kali ni best sebab dia lari dari kebiasaan.

Kekadang macam tak fair la kan pada minah-minah yang sengal-sengal ubi kat luar sana tu. Nampak sangat di-down grade kan. Kali ni, siapa yang nak jadi minah sengal ubi macam Miah? Best la.

Memula jadi cleaner je lepas tu bukak butik sendiri. Waauuu!

Hi, akak cleaner yang hot ok

Banyak benda yang aku rasa kita boleh dapat dalam cerita tadi. Terutamanya jangan la memandang rendah kat orang yang konon-konon nya tak setaraf dengan kita. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku masa depan. Mana tahu hari ni kita caci dia esok lusa dia pulak yang tolong kita. Ha, tak ke malu?

Pada aku manusia ni sama. Aku tak suka nak beza-bezakan dia kerani ke aku officer ke. Mungkin aku bernasib baik sikit dari dia. Tak payah la nak bagi layanan double standard ke double decker ke.

Allah pun tak banding-bandingkan hamba-hamba dia ikut kerja ke pangkat ke. Yang membezakan kita di sisi dia cuma amalan. Ada ke selama ni manusia mati dikapankan dengan kain songket? Kalau ada pun dalam cerita Do Re Mi ajela. Itupun dia tipu sebab nak speklep duit bapak mentua dia kan.

Jadinya aku rasa kau orang pun paham apa yang aku cuba nak sampaikan. Mungkin cara penulisan aku tak berapa sampai initipati dia tapi apa kelas nak bagi sampai ke akar umbi. hehhe. sila berfikir ok.

kakipunyanota: pic credit to google

4 comments:

  1. "sebab minah kata kalau dia mati, nak dikapan dengan kain songkhhhettt!! " hak hak hak...

    ReplyDelete
  2. hahahhaha mana ada orang mati pakai songket

    ReplyDelete
  3. Eh, betul tuhhhhhhh... I sokong 100%!

    ReplyDelete