Maaf la kawan sebab aku antara orang yang paling lama tak update blog. Bukan ape, masa nak update blog amat payah sebabnya aku asyik busy. Busy sebab:
1. Menguruskan hal ehwal office.
2. Menyiapkan kerja-kerja yang pending untuk tujuan audit. Lagi-lagi audit.
3. Menguruskan hotel baru aku
4. Menguruskan hal-hal jiwa.
5. Menguruskan hal-hal dunia.
Dan ada juga sebab kekeringan idea untuk menaip. Kena ada juga cerita-cerita menarik. Kadang-kadang aku rasa aku ada cerita best hendak kongsi tetapi tetapi cara pengolahan aku tak menarik. Maka, tiada entry pun aku post untuk cerita itu. Sebab aku rasa orang yang baca mungkin akan tidur. Jalan selamat adalah delete entry itu dari draft aku.
Aku rasa sekarang aku dah kehilangan taring penulisan aku. Cara bahasa aku dah lapuk. Dah tak relevan. Aku pun dah jarang karang cerita. Bila aku karang macam yang dah aku cerita kat atas tadi. Aku delete.
Aku rasa aku mungkin perlukan kelas balik. Mungkin kena belajar balik. Masuk kelas. Nak memantapkan lagi skill yang dah tumpul.
Lepas itu aku rasa aku dah kekurangan cara komunikasi yang efektif. Tadi staf bawah aku complaint yang aku cakap dah macam k*ling. Ahh, bukan dari dulu ke orang macam susah nak faham apa aku cakap. Kecuali yang betul-betul rapat dengan aku. Asyik miscommunication sahaja. Nasib baik bukan dengan bos. Kalau tak mati aku.
Lepas itu aku rasa sekarang macam dah tak best entry aku. So daripada aku delete better aku post entry ni sekarang dan blah. Babai epit.
Sekian, blogku sudah ku update.
hahahhaha entry khas utk aku! we lap u yah! hahhahaha yeeehaw~
ReplyDelete