Friday, May 21, 2010

Tiada Tajuk

saya akan cuti lama mulai esok. eh tak lama sgt la. cuma amik cuti 2 hari. hari rabu insyaallah kalau tak penat akan mula kerja. kalau penat akan sambung cuti. NOKTAH

kalau hari rabu kerja, maka akan terus bekerja sehingga ke hari khamis. hari jumaat cuti. hari sabtu adalah hari kawan baik saya jadi tunangan orang. oh cepat betul masa berlalu. bila dia kahwin akhir tahun ini nanti, pasti saya rasa kehilangan. tapi saya gembira sebab dia ketemu jodoh yang sesuai dengan dia. harapnya lelaki itu sebaik dia. yang penting boleh menjaga dia sampai akhir hayat. insyaallah.

kawan sekolah saya juga selamat melahirkan bayi lelaki. sedap nama. alhamdulillah juga. ada juga kawan saya yang akan mendirikan rumahtangga dalam masa 2 bulan ini. sekali lagi saya dengan rela hati akan tolong menghantar kad-kad jemputan. saya suka je dengan tanggungjawab tersebut. hehehe. nak ambil berkat lah tolong edar kad jemputan orang ni. mudah-mudahan soal jodoh saya dipermudahkan amin.

ada juga kawan saya yang telah mendapat pekerjaan dan insyaallah saya sedang menunggu gaji pertama dia. hehe saya tahu kamu baca entry ini. jangan lupa okey. lepas tu jangan lupa kita punya janji utk ditunaikan bersama. janji ke? saya anggap itu janji okey.

erm apa lagi ye? oh saya tahu ada seorang kawan saya mungkin sedang kebosanan. saya rasa baik dia turun JB. boleh jumpa dengan golongan minoriti dekat sini. maka jika kamu turun JB, kita akan enjoy semaksimum yang boleh. hahaha. tapi tolong pastikan kamu turun JB waktu hujung minggu. boleh berparti hingga ke pagi dan esoknya silap-silap saya akan ber-migraine hingga ke malam pula. hehhe tapi tak apa, demi kamu kawan saya.

okla akan saya update kemudian hari. selamat hujung minggu, selamat bercuti dan selamat berehat!

1 comment: