Wednesday, March 17, 2010

My Next Plan

hari ni kan saya last keje sbb esok sampai ahad saya tak akan berada di tanah Johor sbb saya berasakan tanah Johor bukan milik saya.. eh tak tak.. saya tetap anak jati Johor cuma..

Cuma saya kepingin bangat mau hirup hirupan udara di tanah tinggi. jgn fikir yg bukan-bukan sbb saya bukan ke Tanah Jawa tapi tetap di Tanah Melayu.

Celaru kan? Padan muka saya

taklah gurau saje. saya nak pegi bercuti lah. Yehaaaa.. sejenak terlupakan segala masalah. saya mau ke Cameron Highlands esok! ye esok sampai hari Sabtu dan kemudian hari Ahad saya mau naik belon udara panas di bawah. Eceh macam dapat. tgklah tu pun kalo bangun awal.

betapa keterujaan saya nak ke tanah tinggi tu dah lama. tah sebab ape tp saya rasa macam berusia 50-an sbb suka ke sana. mak saya tak suka sbb mungkin jalan dia. tp saya cukup suka suasana mentenangkan jiwa dan mendamaikan hati. bila pagi, kuar rumah rasa kabus dan sejuk semulajadi. bukan bukak pintu rasa asap jerebu dan gigil sebab sejuk econ. tak tak, saya tak nak macam tu.

saya suka jugak sbb bole nampak banyak warna hijau yg mana warna fav saya. bukan nampak mcm2 kaler yg boleh berjalan ok. lepas tu kale2 tu boleh pulak ada suara, yg kadang2 bingit dan ada yg senyap. tak suka itu.

lagi saya suka sbb boleh bergirang riang bersama kawan2 saya. seronot ok seronot. yg mana bole ketawa mcm nak buat piling dan berjalan mcm si tukang pengukur jalan. wtp?

hehe. dah lama tak jumpa askar2 wataniah negara mas&rashi. oh kalau begitu keadaan nya, menjadi keperluan asasi akan membawa pil kesayangan-ku. sebab penah dulu menemani BFF check up askar kat kelinik sbb askar kekurangan imunisasi dan terkemudian balik, saya yg melepek kerana kemigrain-nan. askar menunjukkan skill terhebat membuat driver seperti saya mengalami kekurangan bendalir dalam badan dan mengakibatkan fungsi ketidaupayaan berlaku. sedangkan askar yg kekurangan imunisasi terus bergerak cergas dan saya pulak terus cargas. adoi

paham ke? buat2 pahamlah, kalau tak macam mana nak habiskan cerita mantera saya ok

saya sekarang mengalami masalah jiwa. jiwa terhantuk la dan darah meleleh. cuba tampal dengan salotep tp tetap berdarah.

dahla bye

3 comments:

  1. hahahahhaha.. haru haru... tapi kamu punya kumpulan sokongan untuk menghadapi askar2 tersebut Yah... have fun di tanah tinggi ya! =)

    ReplyDelete
  2. thanks afa.. doakanlah kami supaya terus kuat dan gagah utk menerajui askar2 wataniah itu.. hehhee

    saya berasa sedih utk kamu sekeluarga kerana tidak dapat turut serta

    ReplyDelete
  3. oh, tak mengapa.. lainkali mungkin kite berkesempatan pergi sama..

    ReplyDelete