Tuesday, February 9, 2010

Uniknya kehidupan

saya baru lepas melihat gambar teman di facebook. di mana dia sangat bertuah kerana punya kehidupan yg selesa dan mampu menghirup udara lain selain Malaysia. terdetik sifat cemburu tapi bukan cemburu yg menjatuhkan tapi cemburu yg membina. berkata pada diri sendiri dan meyakinkan hati agar terus bekerja lebih kuat supaya satu hari nanti saya juga punya rezeki seperti teman tersebut.

kalau kita merasakan kita tak ada duit, ada org lain yg lebih tak berduit dari kita. untunglah kita sebab masih ada note ringgit sementelah tunggu gaji akan datang dan sehabis teruk pun kita masih punya kudrat utk berpuasa jika kewangan sangat tidak stabil.

jika kita rasa kehidupan kita daif, ingatlah masih ada insan yg terlebih daif dalam dunia ni selain kita..

itulah uniknya kehidupan. kita masih bertuah sebab mampu mencari rezeki dengan tulang empat kerat kita. jika nak dibandingkan dengan mereka yg sangat2 tidak berdaya, dan sangat2 memerlukan bantuan org lain.. mengharapkan ihsan org sekeliling walaupun utk mencari sesuap nasi..

indahnya kuasa Allah sebab jika kita di dalam kesusahan, kita pasti teringatkannya.. tapi apakah kita akan terus mengingatinya jika kita diberi peluang hidup dalam limpahan kemewahan? untunglah bagi mereka yg terus hidup dalam lingkungan kalam Allah tetapi jika mereka lalai, maka mereka akan termasuk dalam golongan yg sangat rugi.

suka nak ingatkan diri sendiri sebenarnya, bahawa setiap yg berlaku dalam dunia ni adalah dengan kehendak Allah semata-mata tapi kita sebagai makhluknya dituntut utk terus berusaha memperbaiki kehidupan kita sebab hanya kita yg mampu mengubah diri dan kehidupan kita dengan izin Nya. insyaallah jika kita sudah berusaha tetapi masih gagal, ingatlah mungkin itu kehendak Nya yg mana kita tidak tahu apakah perkara terbaik yg menanti kita di akhir cerita. tetapi jika kita berusaha dan berjaya, alhamdulillah.. teruskan kehidupan dengan tawaduk dan jgn lupa bersedekah kerana di dalam rezeki kita ada rezeki utk org lain juga..

bagi mereka yg dilahirkan dalam suasana semua sudah ada, anda sangatlah beruntung.. kerana tak semua manusia mampu berada di tempat anda. tapi jgnlah bersifat sombong dan pelokek sebab harta takkan boleh di bawa hingga mati dan 'gunung jika ditarah hari-hari pun akan habis jua'..

3 comments:

  1. betul tu..... a good reminder for us all...

    ReplyDelete
  2. i loike this entry~

    mmg sgt beruntung kn org2 yg hidupnye selesa~

    apapun bersyukur jugak dgn kehidupan aku ni wpun slalu gk terjatuh n terjatuh....redha~

    insyaAllah pasni mne tau ko..aku..ble pegi jln2 luar dr msia ini...wee~ [tak jeles..tp pnye keinginan n mahu berusaha ke arah kejayaan spt org2 yg hidupnye sgt selesa...]

    ReplyDelete