Assalamualaikum
Setelah lama tersadai cerita pasal Krabi Day 1 and Day 2, kali ni aku nak teruskan pasal hari ketiga. Berhempas pulas nak mengingatkan cerita pasal Krabi ni.
Untuk hari ketiga, kami dah decide awal. Kami book sekali masa kami book ke Phi Phi Island. Dapat murah sikit. So hari ketiga ni kami akan meredah hutan konon-kononnya. Kami ikut "Jungle Tour". Overall aku lagi suka Jungle Tour ni daripada dok berpanas bawah matahari terik.
Jungle Tour ni include:
- Elephant Trekking
- Emerald Pool
- Hot Spring Waterfall
- Tiger Cave Temple
Pukul 830 pagi macam tu, Minibus (van) dah sampai nak pick up kami. Dalam van tu ada 2 couple laki bini mat saleh, kami dan 4 teenagers (chinese) dari Malaysia juga. Aku hairan juga sekarang ni budak-budak sekolah pon dah pandai travel jauh-jauh ok. Penangan zaman moden.
Aktiviti pertama adalah Elephant Trekking. Kami diberi seekor gajah dan ia akan bawa kami melalui jalan berlecak di dalam kebun getah yang agak berliku, jalan biasa dan kemudian berhenti sekejap di sungai. Gajah yang kami dapat aku rasa adalah yang paling tua dan besar. Gayat weh naik gajah. Lagi-lagi bila dia lalu jalan yang ala-ala naik bukit turun bukit. Aku rasa kalau time tu terjatuh confirm mati sebab kena pijak dengan gajah yang lalu kat belakang. Lepas naik gajah kami sempat tengok show gajah kecil. Comel je dia buat action.
Melalui jalan becak
Gajah melepak dalam air
Bagi anak angkat makan
Habis aktiviti ber-gajah, kami proceed ke Emerald Pool. Emerald Pool ni memang salah satu tempat yang ada dalam list aku bila pergi Krabi ni. Tapi nak sampai ke pool ni, masyaAllah, kena jalan dalam 800m. Nasib baik tak terasa sangat sebab sejuk. Keliling semua pokok. Kata tourist guide yang bawa kitaorang tu, kalau nasib baik kami dapat jumpa ular. Dalam hati aku kata, gila ke apa nasib baik jumpa ular. Tapi alhamdulillah tak jumpa pon. Macam biasa budak-budak Chinese tu laju je berjalan. Yang mat salleh tu jalan slow sebab dok ralit tengok pokok-pokok hutan. Aku biasalah bab berjalan kaki memang lembap. Badan banyak sangat lemak.
View Emerald Pool
Air yang jernih
Lepas berendam dalam 45 minit macam tu baru lah kami semua dibawa makan dekat area Hot Spring Waterfall tu. Time makan kami dipisahkan sebab mereka makan yang non halal food dan kami semestinya halal food. Bila dah puas berjalan dan berendam, lagi-lagi lepas berendam kat air panas, haruslah perut rasa lapar teramat kan. Food pula adalah marveles ok. Apa yang aku perhatikan, kat sana diaorang macam selalu masak ayam masam manis. Oh, semuanya adalah dah termasuk dalam pakej. Bawa diri dan perut je.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment