Macam biasa asyik bertekak bila berjumpa sekarang ini.. daripada satu topik kecil menjadi satu topik besar.. buat kesekian kalinya kita bertegang urat lagi dengan AJ. kali ini, 2 topik yang kami gaduhkan..rasanya tidak perlu kita jelaskan dekat sini tapi kesimpulan yang kita boleh buat adalah topik-topik tersebut ternyata menjadi punca kemarahan kita semalam..
kejamkah kita kalau kita menarik balik keputusan kita dahulu?
kejamkah kita kalau kita tak menyayangi dia lagi?
kejamkah kita kalau kita tak ingin mengahwini dia lagi?
kejamkah kita kalau kita tak ingin bersama dia lagi?
majoriti kawan mengatakan kita kejam.. kita tahu sebab mereka berkata sedemikian.. tapi kadang kala orang boleh terlupa bahawa mereka hanya melihat dan tidak merasa..
kita sekalipun tidak menyalahkan mereka kerana beranggapan sedemikian kerana kita tahu dan faham mereka melihat daripada satu aspek sahaja.. atau melihat dari sudut perspektif yang berbeza..
sebolehnya kita tidak mahu mengecewakan harapan orang yang mana sudah lebih 4 tahun bersama kita.. tapi kita teringat bahawa masa berkawan yang lama bukanlah penentu kebahagiaan..
saat ini, kita masih mencari sesuatu yang kita rasakan telah hilang, namun belum lagi ditemui. kita mahukan satu jaminan yang mana AJ perlu kotakan apa yang dia janji sebelum ini.. tapi kita ragu2 bolehkah dia merealisasikan apa yg dijanjikan pada kita kelak..
kita masih mencari dan kali ini harapnya kita menemui jawapan.. masa yang ada masih panjang dan apa-apa sahaja tidak mustahil boleh berlaku. siapa tahu hari ini mungkin kita yang merasakan begini, esok mungkin AJ merasa apa yang kita rasa.. semua tidak mustahil..
banyakkan bersabar & berdoa yek yah...moga2 ape yg ko impikan tu tercapai..amin
ReplyDeleteinsyaallah.. amin
ReplyDeletehati milik Dia..byk doa.. moga muncul jua petunjuk dariNya..
ReplyDeletethanks eton.. itu yg tgh ku usahakan sekarang..
ReplyDeleteBuat keputusan based on your heart and mind ya. Betul la kata awak, orang lain may see from one aspect only. You may listen to what others are saying, but it's you who make the decision. Your life, your decision.
ReplyDeleteistikharah adalah yang terbaik...
ReplyDeletePsyche: ye betul tu.. tp kadang2 perlu dgr pendapat org sbb kita tak sedar yg kita terlalu mengikut perasaan.. anyway ni afa ke?
ReplyDeleteelizsue: insyaallah.. jalan terakhir yg mana aku akan redha sepenuhnya..