hari ini kita memikirkan nasib kita lepas 20.11.09.. tarikh itu merupakan hari terakhir kita bekerja di RWS.. dan selepas tarikh itu, kita difahamkan oleh bos kecil yang mana kita akan diserapkan terus sebagai staff company RWS..
tapi itu hanyalah kata-kata seseorang yang mana belum boleh dijamin. kita perlukan jaminan.. hati kita kuat mengatakan kita boleh tapi kita tidak mahu terlalu yakin sebab sebagai manusia kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.. kita juga tidak mahu terlalu yakin sebab takut makan diri..
jujur kita tidak mengharapkan sesuatu di sini, di tempat ini, tetapi jika tertulis rezeki bermula di sini, maka dengan besar hati kita menerima. kita sekarang sedang membuat persiapan dari segi mental jika tiada rezeki di sini.. kita sudah biasa menerima ujian sebegini dan rasanya insyaallah kita tidak akan meraung atau meratap jika ini bukan milik kita..
sebetulnya, kita masih samar-samar dalam menentukan hala tuju kehidupan kita. suka kita ingat momen di mana seorang teman kelihatan resah kerana dia tidak pasti apa yang terjadi padanya selepas ini.. kasihan kerana kita seperti melihat imej kita sendiri di dalam dirinya.. kita sangat memahami kerana kita alami apa yang dia bayangkan.. kesukaran mendapatkan tempat di alam pekerjaan(sebenarnya belum rezeki).. kita lantas memberikan kata-kata perangsang untuk dia dan sebenarnya untuk kita sendiri.. harapnya dia tidak buntu lagi.. mana mungkin boleh melupakan peristiwa tersebut kerana teman itu merupakan sebahagian dalam hidup kita.. begitulah kita dalam perhubungan insan.. cuba menyelami dan memahami ..
walau apa yg berlaku,kita tekad meneruskan hidup dengan seadanya.. terima apa yang baik dan cuba mengelak apa yang kurang baik. kita percaya jika bukan di sini rezeki kita, pasti ada di tempat lain.. mungkin kita perlu lebih kuat berusaha..
kita juga sering memikirkan sesuai dengan usia yang tak lama lagi ingin menjengah ke 30-an, kita masih begini.. tiada apa-apa.. yang ada cumalah hutang PTPTN ,lantas masalah tentang hati ingin sekali kita lupakan dan tidakkan.. kita kepingin sekali merasa kesenangan hidup sendirian sebelum berumahtangga.. bukan menidakkan hukum hakiki tetapi mencari dan merasa apa yang rakan-rakan lain telah rasa..
kita juga kepingin memberikan sesuatu kepada mak dan abah sebelum kita hidup berdua.. harapnya Allah memperkenankan usaha kita itu.. sebab kita pun tidak tahu berapa lama lagi dapat berbakti pada mereka.. dan kita pun tidak tahu berapa panjang usia kita.. bukankah satu kerugian jika kita tak dapat berbakti pada mereka yang berhempas pulas membesarkan kita, walaupun itu tanggungjawab tapi sebagai anak kita rasa perlu untuk menghargai usaha mereka..insyaallah kita yakin dengan kuasa Allah Yang Maha Besar itu..
Insyallah, Yah~~
ReplyDelete