Saturday, November 7, 2009

Peristiwa bersama dia 071109

kita baru sahaja balik daripada berjumpa dia.. lama betul dari pagi santak ke malam.. tapi jgn risau sebab walaupun kami keluar berdua, kami tetap menjaga batas-batas kami.. hehheehe ye la tu ye..



kita mencari sesuatu bersama dia.. dan kita tak berjumpa.. dan kita dah dapat penyelesaiannya.. tapi kita gembira sebab dapat menghabiskan masa bersama dia.. sangat gembira dan teruja.. kami berdua boleh berkongsi rasa dan cerita.. adakala cerita kelakar yang mana kami berdua boleh ketawa terbahak-bahak.. dan ada masa keluar cerita sedih yang mana kita dapat merasakan apa yg dia alami.. sampai masa ada juga kami berkongsi rasa suka, kasih dan sayang.. kami bertukar pendapat dan selalunya kami saling memahami..



kita menghabiskan masa seharian hari ini dengan dia.. dari jam 11pg hingga jam 11 mlm.. dah macam shift kilang. hehhe.. tapi kita puas hati dan kita harap dia pun sama dengan kita..kita kasihan sebab dia perlu mengenepikan waktu keluarga minggu ini untuk bersama kita tapi dia kata tak apa..



banyak cerita yg kami kongsi bersama dan kita akhirnya dapat memahami perasaan dia, mudah2han. sangat penting dalam sesebuah perhubungan utk saling memahami walaupun orang itu cuma kawan kita..



kami berkawan atas dasar ikhlas.. bermula dengan sedikit goyah dan kucar kacir..namun peristiwa yg goyah tersebut rupanya membawa seribu makna.. sejujurnya kita sendiri tidak menyangka kami serapat ini, dan tidak membayangkan kami boleh berkongsi rasa dan hati.. mana mungkin? tapi Allah Maha Mengetahui.. Allah mengutuskan seseorang utk mengisi kekosongan jiwa kita dengan hadirnya Dia, buat masa ini bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai rakan yang harapnya boleh dipercayai sehingga mati..



kami menghabiskan masa bersama dengan menonton wayang cerita seram yang akhirnya kita menjadi bahan ketawa dia.. kemudian makan bersama, bermain boling dan duduk semeja berkongsi cerita..



pengakhiran cerita, kita amatlah berpuas hati sebab dah lama tak menghabiskan masa macam hari ini.. owh ada masalah kecil yang mana kita dah maafkan dia dan kita buat tutup mata sahaja..



kita harap dia pun rasa apa yg kita rasa.. dan ketika kita menulis ini, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.. kita mendoakan dia selamat dan sesungguhnya kita mmg sayang dekat dia..



p/s: jika ada kelapangan dan permintaan..kita akan mencoret lagi tentang dia..

6 comments:

  1. yah..dalam hati ada bunga eeehhhhhhh.....

    ReplyDelete
  2. emmmm...so sweet..azi doakan moga kkl bhgia smpai ke akhrnye..

    ReplyDelete
  3. aku tawww laaa.... ^_^
    semoga kekal hingga ke anak cucu... ;)

    ReplyDelete
  4. sape plk org ni kak...huhu

    ReplyDelete
  5. elizsue: thanks!

    azie: org itu perlu dirahsiakan identitinya demi keselamatan negara... ehehhe..but thanks 4 ur doa

    ReplyDelete