Friday, October 12, 2012

One Day Office Vacation - Singapore

Hari ni aku nak share pasal trip opis aku ke Singapore akhir September lepas. Trip sehari je, pergi pagi balik petang. Almaklumlah, seberang tambak je kan. 

Trip ni sebenarnya macam token kepada kami-kami yang involve dalam menjayakan satu training ni. So kami dibawa melawat ke 2 tempat menarik (pada aku) sebab kami banyak gain knowledge masa kat sana.

Perjalanan pergi, masih bertenaga

Tempat yang kami pergi adalah NEWater Visitor Centre dan Marina Barrage Visitor Centre. Tempat selingan adalah macam biasa pergi bershopping selama 30 minit (selamat duit aku) ke Mustapha Centre, berjalan di bawah terik mentari di Merlion Park, pusing-pusing makan angin ekon ke bandaraya Singapura dan akhir sekali menjamu selera dekat Arab Street dan solat di Masjid Sultan.

Tempat pertama kami patut pergi adalah Marina Barrage. Tetapi memandangkan kami sampai ke Singapore pun dah lambat dan memang tak boleh sampai ke sana tepat pada waktunya, maka kami terus ke NEWater dulu. Nasib baik ada tourist guide yang tolong re-arrange balik schedule kami. 

NEWater adalah merupakan teknologi baru yang digunapakai oleh Singapura untuk mengitar semula air yang telah digunakan. Punca air Singapura adalah daripada 4 sumber iaitu Local Catchment Water,  Imported Water (daripada Malaysia), NEWater dan Desalinated Water. Memandangkan perjanjian air antara Singapura dan Malaysia akan tamat pada 2061 maka salah satu cara Singapura hendak maintain production air untuk mereka adalah dengan cara kitar semula air (NEWater). 

Kalau aku tak silap, cuma 20% NEWater sahaja yang digunakan untuk individu contohnya untuk diminum. Selebihnya NEWater digunakan untuk tujuan industri. Ini disebabkan oleh cara pemikiran rakyat kat sana yang mana belum boleh menerima sepenuhnya keadaan NEWater tersebut. So, daripada sekarang kerajaan Singapura sedang mendidik generasi muda untuk belajar menerima NEWater apabila tiba masanya nanti.


NEWater Milestones

Cantik kan. Base dia adalah air NEWater

Melakukan sesi pledge untuk NEWater


Gambar kenangan

Unpaid Model NEWater

Selepas ke NEWater, next appointment kami adalah ke Marina Barrage pada pukul 1.30 petang. Untuk menunggu masa, kami dibawa pusing-pusing melawat bandar Singapura dan berhenti di Merlion Park. Masa kat Merlion Park tu aku rasa pukul 11.00 pagi kot tapi dah panas membahang. Aku macam tak excited sebab puteri lilin kan. Lagipun aku dah pernah ke sana so tak lah jakun sangat nak amik gambar time tengahari buta tu. Kehkehkeh. 

Tapi layankan aje lah rombongan tu. Sempat lah amik gambar sikit-sikit pastu aku dah cari tempat berteduh. Panas siot. Gigih beno aku tengok kawan-kawan aku dok bergambar. Panas pun larong.



Pukul 12 tgh macam tu kami dah gerak ke Marina Barrage. Kalau korang dah reserve nak pergi tempat-tempat macam ni, make sure korang sampai awal. Sebab kalau korang lambat, slot korang akan di cancel dan terpaksalah tunggu next slot yang tak penuh. 

Marina Barrage ni pula adalah resevoir yang mana menjadi salah satu tempat catchment water untuk Singapura. Kepentingan lain adalah sebagai flood control dan sebagai lifestyle attraction kepada kota Singa ni. Further info boleh klik kat SINI.





Habis sesi lawatan formal, kami dibawa ke Arab Street untuk pekena nasi beryani dan murtabak Singapore kat Restoran Zam Zam. Aku sempat la tapau murtabak untuk Jep sebagai tanda ingatan, sebab dia tak dapat ikut. Lepas makan, kami pergi solat Zuhur dan Asar kat Masjid Sultan. On the way back ke bas, sempat la kan diaorang shopping sikit kat depan masjid Sultan tu. Aku baru tau diaorang siap boleh beli pakai duit Ringgit lagi kat kedai tuh. Aku, tak beli apa-apa sebab tak ada mood (kekenyangan).


Bergambar di Restoran Mamanda

Lepas tu kami diberi masa 30minit untuk shopping di Mustapha Centre. Tempat yang famous dengan kemurahan minyak wangi dan coklat. Kat sini aku cuma habis 4 dolar je. Aku sakit hati sebenarnya sebab ada ke pakcik bas tu kasi 30minit je? Mana sempat kan nak shopping. Alang-alang tu biar terus tak shopping. Puas hati aku.

Pukul 5.30petang kami gerak balik ke Johor Bahru dan around 7 petang, kami selamat sampai ke opis.

Muka low battery

Oh ye, sepanjang kami visit dua tempat tu, ada group budak-budak (aku rasa budak tadika kot) yang ikut serta. Diaorang dari awal aku tengok di didik supaya berani dan tak malu. Ada je soalan-soalan yang budak-budak tu tanyakan ok dan aku memang impressed!

Aku rasa taraf pendidikan diaorang sangat bagus dan tak mustahil Singapura boleh jadi semakin maju. Apa kata kita amik pendekatan diaorang, supaya anak-anak generasi muda nanti lebih berani dan bertanggungjawab.

Sekian, aku melaporkan dari sisi meja ku.

No comments:

Post a Comment