Monday, October 10, 2011

Wedding Preparation 02

Nampaknya dah tak lama lagi aku akan tinggalkan title bujang. Tapi aku boleh simpulkan yang sebenarnya aku dah tak kisah dah masa nak jalan cepat ke lambat ke. Kalau boleh lagi cepat lagi bagus. Tapi bukan sebab menggatal lah tapi sebab aku dah tak larat dah nak mengadap dan fikir banyak benda dalam satu masa. Makin nak kawin makin banyak tekanan aku kena hadap especially yang melibatkan kerja.

Berbalik pada preparation aku setakat ni, ayoyo progress slow betul. Tapi dalam pada slow tu, baju sanding untuk rumah aku dah siap, dan dah fitting pun!. Yeha ariba. Menjadi design kawan aku tuh.

Nak go one by one item lah

1. Hantaran untuk Jep
Ada beberapa benda yang tak settle lagi. Insyaallah bulan November ni akan ku settlekan semua.

2. Baju sanding /nikah
Baju sanding rumah Jep tak buat lagi. Baju nikah tgh buat. Baju sanding rumah aku dah siap. Final touch maybe

3. Pelamin, Photographer, Main Table etc
Settle semua. Tunggu masa je ni

4. Doorgift
Tak settle lagi

5. Documentation/Tok kadi
Tak settle lagi

Dah la kot. Banyak yang macam tak settle je lagi ni ha. Takut pulak aku. Hahahha

No comments:

Post a Comment