Friday, June 11, 2010

Schedule Bulan 6

Bulan 6 ni kan ramai betul yang kawin. Yelah masing-masing nak ambil kesempatan cuti sekolah. ramai la saudara mara yang boleh datang memeriahkan majlis. macam aku sendiri, memang macam tak menang tangan. Eceh poyo sungguh kan. orang lain yang kawin aku pulak yang konon tak menang tangan. Bukan ape, aku selalu pesan kat diri aku sendiri kalau dapat undangan majlis kahwin orang, seboleh-bolehnya aku memang akan hadir. Tapi bila satu hari sampai 4, 5 tempat lepas tu jauh-jauh, memang susah la nak sampai kan. Jadinya, aku akan pick which one yang dekat dengan tempat aku. Yelah, kena lah pergi yang dekat, kalau yang dekat takde baru lah pergi yang jauh tu.

Aku nak copy paste dekat sini undangan orang kepada aku:

Sabtu 05062010 : 1. Syed - Tasik Titiwangsa, KL
2. Bayah - Dewan Mawar, BP
Ahad 06062010 : Maman - Dewan Jubli Intan, BP

Yang hari sabtu, alhamdulillah aku dapat pergi yang KL. Kena attend juga kenduri Syed sebab Syed dah banyak kali cuba inform aku pasal dia nak kawin ni, adalah aku rasa macam 6 ke 5 bulan sebelum, memanjang tak dapat call aku. Yang Bayah dan Maman pula, maaf banyak-banyak sebab tak dapat attend. Tapi Bayah punya majlis mak aku pun dapat jemputan cuma yang Maman je yang belum bagitau reason tak boleh attend.


Sabtu 12062010 : 1. Fairus aka Ane - Dewan Seri Tebrau, JB
2. Chunna - Perak
3. Liz - Gunong Soga, BP
Ahad 13062010 : 1. Ramadhan - Simpang Lima, BP
2. Azrul - Dewan Perdana Felda, KL

Yang ni pulak adoi korang tengok la hari Sabtu tu. Gila jauh dari 1 tempat ke 1 tempat. At last, aku pergi kenduri Fairus kat JB je sebab hari sabtu aku kena kerja. Ralat rasa sebab tak dapat tengok Chunna bersanding, yelah kawan serumah siot masa praktikal. Tapi aku harap Chunna maafkan aku dan aku kirim present ajelah yang aku kongsi dengan budak-budak Keramat. Yang Liz pulak, memang tak boleh nak adjust masa. Takkan aku nak sampai umah dia pukul 8 malam kot. Aku kirim salam aje lah melalui epit.

Yang hari ahad, aku choose untuk pergi rumah Ramadhan sebab aku balik BP lepas kenduri Ane nanti. Ramadhan dengan Ane tu kawan kerja aku kat RWS ni. Kenduri Azrul pulak sah sah tak dapat attend. Aku kalau ikut hati, memang nak datang sebab mak si Azrul ni dah telepon dan bagi kad terus kat aku. Tapi apakan daya tak berdaya badan aku dan cuti aku. Sebab, si Azrul ni punya kenduri buat sebelah malam. Maknanya, kalau attend kenduri dia, confirm hari Isnin kena amik cuti, sedangkan kerja-kerja kat opis aku ni dah melahar tunggu nak hangus je.

Azrul ni anak tunggal, so aku memang ralat juga lak tak dapat datang. At last aku kirim je salam kaut kat Jep, suh bagi kat makcik dia. merangkap bakal makcik aku juga. Mahapla mak ngah, tak dapat la den nak tgk azrul sanding.

Sabtu 19062010 : Tiada undangan
Ahad 20062010 : Tiada undangan

Aku macam tak percaya pula aku free weekend ni. Kemungkinan besar aku balik BP

Sabtu 26062010 : Eliza - BP
Ahad 27062010 : LA's birthday party - BP (Jadi ke mama LA?)

Yang ini terang-terang la aku sampai, kalau tak ada halangan. Tak sabar nak tengok kau bersanding tau, Eliza!. Dan aku juga tak sabar nak gomol LA

Korang tengok lah, schedule berjalan aku penuh bulan ni kecuali yang 19/20 06.2010 tu. Masa minggu pertama tu aku tak dapat pergi kenduri Maman sebab ada family day dekat Mersing. Sebab nak sangat datang kenduri Syed, maka aku cuma sempat ikut program sehari je, sedangkan schedule tu dari Sabtu sampai Isnin. Hari Isnin tu pun kena chow awal sebab kena pegang kutet dan nak ambil mak kutet dari BTN kat Melaka tu.

3 comments:

  1. Mama LA menjawab:
    Sila hadirkan diri anda ke rumah BP kami pada malam 26 Jun 2010 yeh. Saya tak kisah kamu mahu pakai baju kurung atau mini dress. Majlisnya adalah Aqiqah+Birthday LA (acara potong kek mahal lewat2 sket lepas pakcik2 mesjid balik - I takmo korang rebut2 kek ala-ala piranha dengan pakcik2 mesjid tu..)

    ReplyDelete
  2. hhahha siot ah afa kata pakcik2 tu piranha.

    ok saya akan menghadirkan diri

    ReplyDelete
  3. hahahha..mana ada kata pakcik2 tu piranha!!! I kata, "rebut2 ala2 piranha" I rasa, korang yang lebih piranha dari pakcik2 tu. ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete