Friday, January 1, 2010

HAPPY NEW YEAR

SELAMAT TAHUN BARU!!

Selalu bila masuk tahun baru, org selalu tanya soklan camni kan.. “Apa azam tahun baru?” dan selalu org akan jawab.. “aku tahun baru ni nak blab la bla..” soklan cliché lah. Tp takpe, biasa la.. kekadang soklan camtu cuma sbg apa org kata..cam pembuka kata la ..kiranya cam berbudi bahasa la.. bunga2 bahasa..

Penulis tak berapa gemar nak menjawab soklan cliché tu sbb penulis merasakan yg penulis selalunya mmg takkan mengotakan azam2 yg dicita2 kan.. tak payah tggu thn baru pun penulis mmg sentiasa ada cita2 dan azam.. ada yg kesampaian dan mcm biasa ada yg tak tercapai pun..

penulis suka berangan.. kata Mak Salmah berangan tu bagus dan penting gak utk jadi penguat semangat dlm bekerja.. cth terbaru, penulis dah berangan2 nak pakai kereta baru dan suku mewah-bukan la BMW, Mercedes Benz hatta bukan Honda City atau Toyota Altis. Penulis masih sedar keadaan papa belum kedana diri maka penulis mengidamkan kereta suku mewah sahaja. Bayaran ansuran lebih RM1K sebulan selama 9tahun dengan down payment Cuma 10%. Org kata ikut kemampuan. Fikiran singkat penulis mengatakan boleh-lebih kuat dr slogan MALAYSIA BOLEH!... mmg boleh, apalah sangat RM1K sebulan tu. Bila masa takde duit, toreh aje lah kereta tu buat makan, tidur pun boleh dlm kereta sbb boot kereta besar-selesa dgn badan penulis yg kecil comel ni.. dah save dah. Hati penulis kuat mengatakan BOLEH bayar dengan syarat - tiada aktiviti senggang lain spt : tiada aktiviti ngukur jalan/melancong (disebabkan nak kumpul duit nak mendirikan masjid!) dan tidak boleh makan di tpt2 eksklusif (rentetan hobi penulis suka menghamburkan duit dgn jln2 cari makan-semua tpt dikira eksklusif).

Itu keputusan yg dibuat oleh si fikiran sempit dan jika ikutkan kata hati. Jika diikutkan keputusan akal, mesti lah akal lagi bijak dari fikiran sempit penulis kan? Akal kata: pakai aje kereta biasa dulu, kumpul duit bayar downpayment lebih.. maka jika diikutkan kata akal, penulis mampu menyempurnakan tuntutan social diri yg di atas tersebut. Maka dengan linangan air mata dan kekesalan belum melampau-penulis memutuskan utk mengikut kata akal-disokong sepenuhnya oleh Mak Salmah dan kawan2 terdekat yg mana tahu keadaan penulis.. tapi buat sementara waktu ni, penulis ttp akan setia kepada teman lelaki lama – KENARI – Tunggu lah, insyaallah ada rezeki kereta suku mewah akan dapat penulis rasa.. huhu.. luahan rasa hati utk tahun baru ni..

Bila je tiba tahun baru, penulis suka nak ingat2 balik apa yg penulis dah lalui sepanjang tahun lepas.. :) akhir bulan 1 2009, penulis amik risiko benti kerja. Bukan sesuka hati nak benti tau-gile ape suka2 benti? Dah la ada hutang tetap yg nak kena bayar.. penulis ambil keputusan berani setelah fikir lama dah… last2 penulis fikir, rezeki ada di mana2 dan Allah Maha Mengetahui yang terbaik utk hamba2nya.. mmg percaturan Allah tiada sapa yg tahu kan? Tak lama lepas penulis benti, Mak Salmah sakit teruk. Rasanya 2 bulan lebih terlantar tak bole bangun. Penulis menjadi penjaga tetap, bekerja di rumah tanpa gaji. Penulis redha sbb semua manusia diuji dan Allah takkan uji dengan ujian yg tak boleh ditanggung oleh hambanya.. tengah bulan April 2009, penulis mula mencari kerja kerana Mak Salmah dah sembuh. Duit simpanan mmg dah smp tahap mata-bukan hidung ye. Cukup2 utk tampung hidup+byr hutang smp akhir bulan April. Sebenarnya pd awal bulan, tawaran kerja dah ada tp terpaksa tolak disebabkan keadaan Mak Salmah yg masih belum sembuh sepenuhnya. Tawaran yg dtg tersebut, dtg berulang kali hingga kini.. :) penulis mmg mahu bekerja dengan majikan tersebut kerana telah mengenali hati budinya-tp apakan daya, mungkin belum rezeki lagi..seingat penulis, tawaran kerja yg dtg mmg mudah dan banyak (alhamdulillah), disebabkan ramai kenalan yg mahu menolong memberikan kerja tp mungkin percaturan Allah yg mahu melihat penulis berada di sisi keluarga kerana terdapat byk perkara yg tidak baik berlaku sepanjang tahun 2009.

Kembali pada cerita penulis. Tgh bulan April 2009, penulis mencari kerja menggunakan internet. Meng-klik apa sahaja yg sesuai dengan bacaan sekali imbas. Usai perkara mencari kerja, penulis meneruskan kerja dapur. Masih ingat ketika itu, penulis sedang menggoreng pisang utk juadah tetamu yg hadir. Penulis mendapat call dari seseorang jam 5.45ptg. terkejut kerana penulis pun tak ingat kerja yg mana penulis mohon. Perempuan tersebut meminta penulis pergi utk sesi interview di Bangunan Iskandar di Danga Bay pd seminggu lepas tu. Penulis kata ok aje sbb mcm mamai kan. Sendiri mintak kerja tp sendiri taktau kerja ape yg dimintak. Tp penulis pergi je interview tersebut dengan berbekalkan info2 penting ttg Iskandar yg diberikan oleh seorang teman-thanks!. Pergi interview dengan sakit mata.

Interview berjalan lancar dan Cuma 5 mins je penulis di interview. Penulis difahamkan candidates perlu mengikuti kursus yg namanya GEMS- untuk mereka2 lulusan diploma or degree yg menganggur. Akan ada 2 sesi: in-house training selama 2.5months dan internship di GLC selama 6 months. Untuk in-house training, candidates perlu ke Desaru- Golden Beach Hotel (utk Johor session) dan ditanggung sepenuhnya dari segi makan, minum dan penginapan. Elaun dibagi sebanyak RM750 selama 2.5mnths. akan ada module yg mana meliputi dr semua aspek. Akan ada project dan candidates have to manage projects within the budget limit. Dan utk 2nd session, place for internship will be given by Khazanah itself. Tak boleh mintak dan tak boleh tuka. The duration is 6 months and allowance RM1K will be given along the period. Waktu itu, penulis cuma ada masa lebih kurang dlm seminggu lebih utk fikir-samada menolak atau menerima. Dan waktu yg ada penulis gunakan utk search apa itu GEMS, apa yg mereka offer and everything. Last skali penulis accept the offer disebabkan beberapa reason antaranya : 1) nak tuka bidang kerja disebabkan frust kerja tpt lama-GEMS offer to give internship based on what we like, bukan ikut course masa kita graduate. 2) really like to learn new things sbb ada module yg penulis totally tak penah blaja/tahu.. sbb kalo nak amik class out campus pun or pegi kursus ttg module yg ada dlm GEMS sure kene bayar mahal punya. Ni dah ada sponsor ok ape.. 3) that time, I really need a break! I need vacation sedangkan waktu tu tak mampu pun. So, bila tahu nak pegi Desaru yg tak penah sampai, ddk hotel makan sume tanggung , macam heaven la kan.. 4) I need money to pay car installment-sbb GEMS bg allowance so lepas la bayar duit kereta kan.. mmg terdesak kan? :) 5) takde hati nak keje QS masa tu..

Atas sebab2 tu la penulis gagahkan diri jugak pegi. 2.5months tu mmg penat sbb class 8-5pm pastu sambung sukan then mlm ada meeting utk handle project. Weekend kami overall penuh aje.. tapi penulis mmg sgt puas hati. Sbb 1)penulis jumpa kawan baru yg rata2 lg muda dr penulis. Penulis dpt keluarga baru – MARCHE – marche unik sbb punya pelbagai ragam 2) Penulis dpt new knowledge daripada module yg disediakan. 3) penulis byk belaja drp kehidupan kat sana, serius! 4) penulis dpt bersantai yg tak berapa santai kat sana 5) penulis dpt peluang utk handle project-sgt seronok okeh. Dulu masa kat itm tak sempat pun nak rasa macam tu 6) penulis dpt byr kereta .. yeyeyy!! 7) penulis rasa semakin muda sbb dikelilingi oleh mereka yg majority umur 23-25thn. :)

Mmg banyak kenangan yg tak boleh dilupakan masa kat Desaru … kenangan bilik takde econ dan berpanas je, kenangan sakit hati, gembira, sedih, terkilan semua ada.. tapi penulis dah lali dgn kesusahan sbb pengalaman lalu membuatkan penulis tabah dan rasa sangat free masa kat sana..selesai 2.5months, masa utk internship. Penulis bersama 4 org yg lain ditempatkan di Ranhill Water Services, JB. Ingatkan dapat la buat internship dlm bidang admin tp last2 kene jugak bahagian QS. Ish.. penulis dah sedar waktu itu, mungkin di bidang ini lah penulis boleh berjaya atau at least boleh senang. Redha la dan bermula lah kerja penulis sebagai trainee QS. Bos kecik lagi muda dr penulis dan senang lah kerja dengan mereka..yg berjaya menghabiskan internship Cuma penulis dan seorang teman(shalina). Yg lain dah mendapat kerja dan menamatkan kontrak dengan GEMS. Sepanjang internship, mcm2 lah berlaku .. biasa la adat kan, ada waktu ssh dan waktu senang. Penulis menumpang teduh di rumah abg sepanjang tempoh internship-dpt jimat kos sbb allowance Cuma RM1K..


6 bulan berlalu dan pada pertengahan Disember 2009, penulis berjaya menghabiskan sesi internship di RWS :) . tahun 2009 ni mmg agak susah bagi penulis sbb tidak punya kerja tetap. Penulis meneruskan hidup hanya dengan allowance RM1K itu..dan kdg2 dibantu oleh kawan2 rapat. Dah jadi macam tradisi hidup penulis, sejak dari zaman YPJ, ITM hingga sekarang, penulis sangat jarang meminta duit daripada parents. Penulis sedar keluarga bukanlah org berada dan berduit sangat, jadinya jika ada bantuan pelajaran-cth PTPTN digunakan sebaik mungkin utk menampung kehidupan sepanjang belajar.. camtu la keadaannya bg 2009 yg lalu. Menampung hidup di JB dengan hanya seribu ringgit. Macam tak percaya tp itulah kenyataannya. Banyak jugak perkara yg menjerut hati dan perasaan berlaku.. tp penulis anggap semuanya macam asam garam kehidupan lah.. apa nak buat, selagi hidup selagi tu lah ada masalah..

Lepas dari internship ni dlm 2 minggu jugak la ddk rumah.. best dan kekadang bosan.. bila dikenang2 balik betul kan kata org, hidup ni ada turun dan naik. Moga2 tahun 2010 ni akan bawak sinar pada kehidupan penulis dan anda semua.. insyaallah. Oh lupa pulak nak bgtau. Jika awal tahun 2009 penulis tidak bekerja, akhir tahun juga begitu.. :) tapi alhamdulillah, harini 01012010, penulis telah pun bekerja sebagai QS di RWS.. :) rezeki dan ketentuan Allah tiada siapa yg dapat menjangka. Harapan Cuma satu, mudah2han Allah permudahkan segala pekerjaan penulis dan moga2 penulis dapat berkhidmat dengan ikhlas dan diberkati ..

Buat anda yg membaca, ini adalah salah satu epilog hidup penulis utk thn 2009-yg rasanya penuh ranjau dan berduri.. penulis redha jika itu salah satu ujian daripada Nya dan penulis yakin ada benda baik akan menanti, insyaallah. Penulis doakan agar anda semua sentiasa berada dalam limpahan rahmat Nya dan dapat memenuhi tuntutan yg perlu dilunaskan selagi kita dibenarkan menghirup udara dan hidup di kawasan Nya..insyaallah

4 comments:

  1. congrats!!ko dpt keje tmpt praktikal.sng la..da knl tmpt..syukur2...hepi for u..

    ReplyDelete
  2. 2010 will be a better year for you!! =)

    ReplyDelete
  3. ned: thanks ned..dah rezeki aku kat situ ..

    afa: insyaallah..thanks for ur wish.. :)

    ReplyDelete
  4. gud luck 4 u & be d'best on ur work.

    congratulation anyway~~

    ReplyDelete