Tuesday, December 8, 2009

friendship

apa nk jadik ye? kita pelik bila ada org yg mudah terasa hati lalu melepaskan sesuka hati mereka.. tidak fikirkah akan tali persahabatan yg terjalin? bukan mudah tau nak menjadi rapat..bukan mudah nak berkongsi cerita..

bagi kita, sekali org berkongsi cerita dengan kita, insyaallah cerita tersebut tidak akan lepas ke tangan org lain, biar lah kita mati dikelar sekali pun.. terutama bagi cerita yg mengaibkan.. sekali kita menutup keaiban org, insyaallah Allah akan lindungi keaiban diri kita.. dan harus rasanya kita menjadi penyimpan mohor2 besar kerana itu amanah.. perlu difikirkan.. dan pada org yg bercerita dengan kita, terima kasih kerana mempercayai..

manusia kan tak lepas dari melakukan kesilapan? jadinya sebagai manusia yg dianugerahkan akal dan fikiran seharusnya kita mengawal setiap tindak tanduk kita.. zaman sekarang ni coretan hujung jari lagi berbisa dari kata2.. teringat teman berkata.."aku dapat bayangkan intonasi dan suara kau bila ko sms aku macam tu.." nampak tak? jadinya perlulah hati2 jika menulis.. dan itulah yang sedang kita belajar sekarang..

jgn kata kita tak paham kerana kita tak merasa apa yg awk rasa.. dah 27 tahun hidup dlm dunia.. macam2 perkara dah berlaku.. matang sebelum waktu rasanya.. sampai ceritera khayalan dan mitos yg dianggap hanya berlaku di filem atau drama pun sudah kita saksikan smpkan rasanya fobia utk hidup berdua.. jadinya jgn anggap kita cuma tempelan atau ank2 kecil yg bisa digula2kan!

sebagai sahabat-terpulang jika mau menganggap atau tidak- kita melakukan yg terbaik.. cuba berlaku adil..cuba menghalang sesuatu menjadi semakin buruk. dan jika itu pun kita masih dianggap pengecut dan bacul-terpulanglah.. tp kena ingat-bertindaklah mengikut akal bukan dengan nafsu.. cuba menasihati diri sendiri juga..

kita pernah merasa kehilangan sahabat, hingga rasanya jadi separuh nanar atau dengan kata lain-gila- lebih sakit dr ditinggalkan bf-sungguh- diri rasa mcm hilang separuh nyawa dek kerana keakraban kami. nampak mustahil kerana kami rapat bertahun2.. tp alhamdulillah kami kini baik semula- kedua pihak tidak mahu mengungkit kisah silam lalu rasanya kami biarkan hati memaafkan sesama sendiri. pengajarannya, bukan mudah mempercayai dan menjaga persahabatan, oleh itu kesilapan kecil haruslah kita ttp mata, atau bersemuka dengan hemah dan rasional... insyaallah.. semua dapat diselesaikan dengan baik dan tali persahabatan terus kukuh walau apa yg mendatang..

kita tak mampu kehilangan kawan lagi-kawan yg mana boleh dipercayai dan dianggap kawan dunia dan akhirat. tidak mengapa kehilangan kawan yg hanya ada pd masa senang shj-kerana kawan jenis ini mudah didapati.. tapi fikirkan jika kita kehilangan kawan yg susah senang bersama.. bagaimana? kita sudah merasakannya..dan kita tak mahu ini berlaku lagi..

p/s: terkesan dr satu peristiwa

5 comments:

  1. Saya seperti tidak pandai untuk meninggalkan komen tatkala membaca ayat-ayat kamu ini. Takut ayatnya tidak sekufu ayat kamu. Tapi nak jugak cakap something..hehe..

    Kadang-kadang, bila dah terlalu rapat, kita boleh terlupa untuk berbudi bahasa dengan rakan kita.. Padahal.. yang rapat itulah yang perlu kita jaga dengan lebih rapi kan..

    ReplyDelete
  2. sgt stuju afa..and thats y kita ckp kalau ada tak puas hati kena tanya direct dgn cara berhemah dan rasional..semua masalah ada penyelesaiannya, betul tak?

    ReplyDelete
  3. Tertarik lak dgn entry kali ni chiep..

    Persahabatan memang susah utk dicari serta jalinan persahabatan tu jugak amat payah untuk disempurnakan tanpa melibatkan pergaduhan ataupun perselisihan faham..


    ~~keep it up ur good entry~~
    (^_*)

    ReplyDelete
  4. are_la: betul tu mai, sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pulak rakan karib.. chewah.. insyaallah n thanks 4 ur support

    ReplyDelete