Benda ni dah lama tapi aku tak ingat kenapa aku tak blog kan lagi. Sebenarnya malu lah nak kongsi sebab dah almost 1 year kan (macam tak percaya). But this is strictly for bride-to-be yang masih mencari-cari, meraba-raba, pening nak pilih photographer untuk hari bahagia korang. Hua hua hua.
Okla macam aku pernah mentioned dulu, aku amik 2 OP yang berlainan untuk cover majlis aku sebab aku nikah malam dan sanding esoknya. So aku memang dari awal dah book Udey untuk majlis sanding dan untuk nikah lama juga aku survey siapa yang berkenan. Finally masa pameran pengantin 2011 dekat Angsana JB, akhirnya aku berjaya book WafinStudio untuk majlis nikah aku.
Wafin datang seorang. Aku pun tak kisah sebab selalunya majlis nikah waktu malam kan tak lama. Sepanjang majlis aku selesa dengan dia. Tak banyak cakap tapi senyum je memanjang. Aku pun tak sempat nak beramah mesra nak kenal dengan abang Wafin tu. But personally he is so nice and friendly. Dan yang penting adalah gambar dia siap cepat.
Malam tu juga Udey datang sebab yelah orang dari KL sure lah sampai malam sebelum event started. Kalau OP kau sampai time kau dah siap pakai lawa-lawa tengah atas pelamin aku rasa something wrong la kan. Setahu aku, OP mesti ada gambar kau tengah make up. Supaya nampak flow perjalanan majlis. So bila buka album orang faham la "oh ni time make up" lepas tu time kau dah ready nak duduk kat pelamin.
Cerita bekerja dengan professional OP memang tak payah nak elaborate panjang-panjang. Senang, mudah, selesa semua ada. Dia tahu apa yang patut dia buat. And yang best sebenarnya aku tak perasan sangat pun kat mana Udey berada sepanjang majlis tu. By the way, aku harap Udey datang dengan kawan lama aku Shah Fariz tapi memandangkan semua nya busy dengan job lain, maka yang datang dengan Udey adalah Ubai Ismail, his brother. Aku tak ada masalah sebab pada aku both of them bagus, diaorang tahu apa yang diaorang buat dan aku cuma enjoy that moment.
Tips aku kepada bride-to-be kat luar sana, kalau korang ada budget lebih, u can hire them. Dalam Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography ada ramai photographer. You can choose any of them (Udey, Moqh, Ming, Shah, Syimir, Faiz or Azmie). Janji korang cepat book and boleh la pilih yang mana pilihan hati. Chewah. Tak rugi invest dengan diaorang ni. Hasil memang superb.
Lupa pula nak bagitau, masa bersanding yang cover event adalah Udey & Ubai. Tetiba masa aku atas pelamin aku terperasan sorang lagi mamat kurus kering dok amik-amik gambar. Seingat aku tak ada pula aku hire orang lain. Tapi time tu lantak pi la kan, rasa macam retis pula bila ramai photographer. Hahaha. Dia ni ikut Udey sampai ke habis majlis (outdoor) dan sampai ke malam sebab malam tu rumah aku ada buat birthday celebration anak buah aku so ada makan-makan, kugiran dan joget lambak (orang Johor la katakan).
Kenal punya kenal rupanya dia adalah photographer daripada Kluang and nama group diaorang adalah Photoluso. Aku pun pelik awat lah aku tak jumpa nama PL ni masa aku dok survey. Mungkin tak ada rezeki nak kerjasama dengan mereka kot. Tapi at last dapat juga aku hire dia masa kami buat gathering kat Desaru. Alip ni senang nak kerja dengan dia. Mulut memang manis. Memang tak bimbang lah kalau kau hire dia pun, sure lepas tu boleh kamcing. Peramah dan baik hati. Yang penting masih single. Kalau ada sesapa berkenan nak jadikan dia menantu ke adik ipar ke boleh la contact dia. Hahahhah..
Setakat ni tu je la kot aku nak share. Yang penting dalam pilih OP ni adalah
1. bajet sendiri
2. survey, survey, survey
3. mintak quotations dan bandingkan. kalau boleh pergi jumpa personally. Tengok korang boleh selesa dengan dia tak
4. kalau ada yg berkenan letak deposit seawal mungkin
5. percaya dengan OP masa big day. kalau tak percaya susah OP nk bagi yang terbaik utk korang
Btw ni adalah pics aku daripada Udey and Alip. Good luck kepada bride-to-be :)
hehe.comeL! rmai nye photographers kamu.hehe
ReplyDeleteSya nanti pon pLan nk ade different photographers for different events (da brangan pdhL wed Lmbt Lagik.ngee)
BTW, sya da foLLow bLog kamu.free, visit/foLLow sya jugak ek~
sya-orked.blogspot.com
hi orked!
ReplyDeletethanks follow blog ni. good luck ok for ur wedding nanti. bagus la prepare awal2 nanti tak kelam kabut :)
zura..Sya tgh cr wed photographer..pstu kan..udey tgh wat promo.adoii..mcm nk sangat La puLak esp biLe bc bLk entri kamu.huhu
ReplyDeletedie charge transport+toL RM300.kLW accomodation dorg carik sndr, rs nye mmg kompem La nk amik die jugak! hohohoho
orked, seriously amik je udey tu,memang tak rugi dan memang puas hati :)
ReplyDelete