Wednesday, October 24, 2012

Menu Sihat

Aku dan Jep memang suka makan. Tengok badan pun dah tau. Aku sekarang kalau boleh nak kurangkan sikit penggunaan minyak. Tapi kalau tak ada minyak rasa macam tak lengkap hidup aku. Selalu berangan nak kurangkan kalori intake dalam food. Sedang mencuba dan perubahan takla buat terlalu drastik.

Lepas kahwin selalunya bini rajin nak masak. Sama lah macam aku. Rajin sebab aku dah muak makan kat kedai. Dah tatau menu apa patut aku cuba. Lagipun aku suka makan lauk kampung. Tumis air, ikan kering ke ngan sambal ketuk. Adui sedapnya. Taip pun boleh kecur okeh.

Berbanding dengan Jep, dia suka makan berunsurkan sambal/lada. Sambal ikan, ayam masak merah la. Memang lain la dari aku. Susah sikit nak tune lauk dia ni. Masak-masak air sume taknak. 

So malam tadi aku dapat discover yang aku boleh ubah cara pemakanan Jep. Hahaha. Malam tadi aku try buat ala-ala ikan masak stim limau sebenarnye ikan rebus limau dengan sotong goreng tepung. Sebabkan aku tak ada periuk stim aku rebus je, habbis citer. Bagus betul dia kata sedap lauk tu. Lepas ni aku ngan Jep boleh la makan lauk orang pantang beranak hari-hari, dengan harapan kan. 

Nah aku tepek lauk malam tadi


1 comment:

  1. Rizen aku masak sbb boring lauk kedai.. Klu nk ajak aku pi mkn luar pun bila pi jenjalan or bila dia nk mkn nadik arab atau aku rasa nak mkn sate... Tu klu suh aku suggest kedai mkn kt rumah aku, mmg aku xtau..hihi

    ReplyDelete