Wednesday, September 12, 2012

Happy Birthday To Me

Tajuk je dah poyo. Nyanyi kat diri sendiri. Ha ha ha

Sejak dari kecil dulu aku memang dah terbiasa dengan tiadanya sambutan atau pesta hari jadi. So bila dah tua bangka ni lagi lah tak ada kan. Cuma ucapan sebagai tanda ingatan daripada korang semua. Dan juga acara makan-makan daripada teman-teman rapat. Yang mana aku tak malu nak request. Hahaha

Bila aku fikir-fikir balik, banyak benda lagi yang aku tak dapat. Dan masih banyak lagi ruang kosong untuk ibadah aku. Jadi manusia memang lalai dan leka tapi aku rasa bila usia dah jejak macam ni kita perlu ubah jadi lebih baik. Niat dan perbuatan kena selari.

Hajat aku untuk sekarang hanyalah satu dan mudah-mudahan hajat aku ni diperkenankan, Korang pun boleh tolong doakan untuk aku :)

Aku nak dapat zuriat secepat mungkin. dan aku juga nak kawan-kawan aku yang dah lama kawin tapi tak dapat lagi supaya mereka juga dapat zuriat secepat mungkin. Aminn

So kepada sesiapa yang dah wish aku, yang nak wish tapi terlupa, yang baru nak wish.. aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Korang dah ingat pun dah cukup baik sangat dah :)

2 comments:

  1. InsyaAllah yah...zuriat korg n lain2 akan ada gak..amin..amin..amin..aku doakan..mcm aku pnh cite before ni. rezki boleh dlm pelbagai bentuk. ade org dpt zuriat. ade org dpt harta benda. ade org dpt dlm bentuk kesihatan yang baik. kite kalau boleh nak semua kan?hehe..biasalah..nama pn manusia. so apa yg kite ble buat is berdoa and berdoa jek.ckp mmg senang.org akan rs annoying nnt ni ha...hehe..tp tu la..Allah knows the best for us. trust me.chewahhh!!

    ReplyDelete