Sunday, September 9, 2012

Definisi

AMARAN:
Entri ini menggunakan bahasa kiasan mendalam. Kalau tak suka tak payah baca

-----------------------------------------------

Siapa yang tak nak kaya? Siapa yang tak nak hidup berbantal or bermandikan duit?

Tapi sejauh mana usaha kita nak ke arah itu?

Aku, memang nak kaya. Nak sangat. Sebab nak melangsaikan segala hutang piutang keliling pinggang ni. Biar dapat tidur lena saban malam. 

Aku juga berusaha mencari kekayaan dengan hasil yang jujur dan halal insyaallah. Membina benteng diri daripada meneruskan usaha mengejar keinginan daripada hasil yang bukan-bukan. Memang boleh jadi kaya kalau ikut perasaan tapi aku pendamkan. Sebab aku nak rezeki yang berterusan. Bukan bertahan hanya sehingga mungkin 10 tahun. Dan insyaallah selagi termampu aku tak akan mencari rezeki daripada menindas orang lain. 

Tapi bila acap kali disogokkan dengan strategi yang mendambakan kehidupan senang, kadang-kadang aku hampir untuk melakukannya. Alhamdulillah memang cara aku, jika berminat aku akan berundur setapak dua ke belakang dan memerhati dan mengkaji asal pelbagai strategi. Dan aku masih begini, sedangkan orang lain sudah mampu berkereta dua, terbang membelah dunia, berbelanja jenama mewah atau membeli banglo nilaian RM 1 juta. Tak apalah, mungkin masa aku belum tiba.

Kadang-kadang aku pelik kenapa bangsa kita terlalu taksub dengan itu semua. Eh aku rasa aku pun sama jika berada di tempat mereka. Tapi takkan tak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa mereka sebenarnya menindas orang lain? Sedangkan dalang di sebalik semua permainan tersebut adalah bangsa lain dan semakin  kaya dan kaya, melebihi suku kaum kita.  Bukan bersifat racist tetapi pada aku kita tak akan selamat jika kita kaya di atas jerih orang lain. 

Disebabkan itu, aku sangat berharap agar mereka sedar dan bangun daripada permainan licik mereka. Menggunakan kita semua untuk kesenangan mereka dan hasilnya bangsa kita akan terus bergolok gadai untuk mencari sesuap nasi.

Wallahualam





No comments:

Post a Comment