terkemudian bicara tuturan hati sendirian
tatkala kecamuk diri juga sendirian
tiada niat menyambung harapan
menitip belas tidak sekali
cuma sandaran bilamana kejadian tidak selari
dengan insan yang terus punya harga diri
terkesima melihat anugerah
yang sangat elok pekerti
menutur dan memberi mengikut landasan
terhakikat yang menyepi
bukan niatnya sendiri,
tapi tak mungkin menambah beban dan sesalan
pada anugerah yang sangat cantik
takut tersasar
lantas dilupakan..
maka hadir keinsafan
agar cuba menidakkan perasaan
sendirian...
pada hemah fikiran dan perasaan
tetap terus menyanjung molek pekerti
agar hidup lebih beerti
berdoa yang baik-baik dan elok-elok
utk anugerah terus bersinar
dan bersemayam abadi
di takhta teratas sekali
tiada siapa perlu tahu dan fahami
apa maksud sendiri
p/s: entry ini berlaku kerana kita terus diasak dengan sepi dan hakikat tidak mahu menyusahkan lagi..insyaallah.. terima kasih..
No comments:
Post a Comment