Friday, November 27, 2009

ini ceriteraku

Hari tu kan dah janji nak cerita pasal xperience kita keje sbg cikgu taska kan? (conpius kejap-layakkah diri ini dipanggil cikgu?..ish..)..

Ceritanya bermula begini..

Masa tu tgh semester break kat ITM..tak ingat lah sem berapa tp kalo tak silap masa diploma.. eddie (kawan dunia akhirat) cakap lebih kurang la maksud dia mcm ni..

Eddie: “ Teman aku jaga taska akak aku nak tak? Takde org la..2 minggu aje..”
Kita: “Kat mana D?”
Eddie: “Kat rawang.. kita tinggal sana lah..lgpun ko bukannya buat ape2 masa cuti ni.. leh dpt duit poket sikit..”
Kita: “Aku tak kisah pasal duit tu.. nanti tanya mak Salmah la dl.. kalo ok aku on je..”

Dipendekkan cerita, mak kita bagi.. jadinya.. kita pun gi ah Rawang, kak ina (akak eddie) anta sampai taska tu.. skrg ni dah tak ingat lah jln gi sana.. but at that time, kaw tu kaw perumahan baru.. apa yg kita boleh ingat.. taska tu corner lot, kat dpn ada buai.. rumah dua tingkat..

Mcm yg dah cerita kat entry lepas, kita dan eddie jaga 20 org budak umur setahun kot smp 5 thn.. erm..manakala budak yg lagi sorang tu jaga 5 babies.. dia special case la sbb ddk kat atas..yelah kalo letak baby ngan budak2 kat satu tpt..confirm huru hara..jadi nya, utk mengelakkan kejadian yg diingini maka nya, baby letak kat tgkt atas laa..

Tugas2 kami sepanjang 2 weeks.. (ingat2 lupa tp camni rutin kami)


5.30pg: Eddie bgn, mandi dan subuh. Kita masih membute..
5.45pg – 6.00pg: Kita terhegeh2 bangun, mandi dan subuh. Kemas bilik dan sapu sampah tingkat atas dan bawah..Bentang tilam kat tngkat bawah.Eddie dah masuk dapur nak masak utk sarapan
6.30pg – 8.00pg: Kami dah bukak gate depan dan tggu mak bapak nak anta askar2 diaorg.. Yg mana dtg tidur, terus la letak kat tilam .. yg mana dtg dah segar, bia je diaorg main kat buaian luar rumah..
8.00pg-9.00pg: Kerahan tenaga atau dgn kata lain memaksa askar2 yg masih berjaga tidur..
9.00-10pg: Membangunkan askar2 dan memandikan mereka. Kalo eddie mandikan diaorg, kita akan pakaikan baju utk diaorg and vice versa lah..sekali masuk bilik air 2org..
10pg-10.30pg: bagi askar2 makan sarapan. Selalunya, kitaorg suapkan lah.. bila kami menyuapkan askar2 tu.. suap skali mulut sendiri..
10.30pg-12.00tgh: bagi askar2 berterumba dlm rumah..maksudnya, bg diaorg main aa.. dan bukak tv.. ada yg nak tgk citer kartun kan..selalunya, masa ni eddie smbung masak tgh kat dapur dan kita memantau askar2..
12.00tgh-1.00ptg: tukarkan baju askar2.
1.00ptg-2.00ptg: kasik askar2 makan tgh. Suap lagi.. tak kuasa bg makan sendiri, buat menyepah aje..
2.00ptg-2.30ptg: bagi askar2 main2 kejap yelah baru lepas mkn kan?
2.30ptg-4.00ptg: kasik askar2 tido..paksa lagi lah.. masa diaorg ni tido, baru la dapat makan or solat..dlm kol 4 cikgu kene mop umah..
4.00ptg-4.30ptg: bg diaorg main lagi skali.. kitaorg amik masa ni nak tgk cite Betty yg buruk tu.. askar pun suka tgk..
4.30ptg-5.00ptg: kasik mkn ptg ye..
5.00ptg-5.30ptg: kasik mandi semua askar..
5.30ptg-6.00ptg: suruh buat aktiviti sendiri sementara tggu mak bapak diaorg dtg amik..
Mlm: aktiviti bebas.. dan tido..

Itulah rutin kami sepanjang 2 minggu ada kat rawang.. sebenarnya taska tu kena ajar pelajaran sikit2 + ajaran agama.. tapi kami ajar apa yg sempat aje lah.. doa makan pun bg yg paling ringkas.. last2 askar2 sume ikut cikgu berdua tgk cite Betty.. hahhaaa.. giler ah penangan cikgu2 ni..biasa la budak2, takkan nak rigid kan, ajar apa yg patut dah laa..

Sebagai cikgu taska, kami ber2 akan make sure yg budak2 ni dapat makanan yg cukup dan berkhasiat.. kalo korang semua nak tau, budak2 ni mmg sgt byk makan waktu kami jaga mereka.. dapat nampak la perubahan fizikal mereka, memula kami masuk askar2 macam tak cukup mkn, kurus je.. lepas kami benti.. semua mcm sihat2 belaka.. sbb tu kita tak paham kenapa taska tpt syira tak bole buat mcm kami buat.. paksa la budak2 mkn, diaorg ni kalo tak kene suap mmg makan main2 lepas tu lapar.. mcm syirah.. kita sebagai cikgu kena la main peranan.. sian anak org kan..(sila tgk cikgu2 dia dah mcm ahli bina badan..huhuhu)

Macam2 perangai yg kami jumpa.. ada sorang tu bila dtg meraung bagai nak rak..taknak lepas langsung dukung ngan mak bapak dia.. menangis mcm kene blasah.. tp bila mak bapak diaorg dh jln dan tak nampak, automatic ye terus ketawa smbil lari2 dgn budak2 lain.. adoii.. bayangkan la.. geram je kita tgk..

Tak bole lupa ada 2 beradik ni.. yg akak ni rambut dia punya la kerinting, muka bulat, cute sgt.. yg adik lelaki mulut cm mulut ikan.. comel sgt.. erm.. mulut ikan cam mulut wan.. hahhaa.. eh mulut wan tak comel.. tp cam tu la.. jonget je… hahhaaa.. bila ptg, kami pegi la padang dkt ngan umah, then selalu la nampak mak bpk+budak berdua ni naik moto jln2.. yg si akak mesti panggil cikgu..cikgu.. yg adik simulut ikan tu lak sure lambai2 tgn kat kami..sweet sgt masa tu..

Eh korang tau tak.. memula kan rasa cam tension sbb yelah 24hours kt dlm rumah, kua pun waktu pagi if nak beli sarapan kalo dh bosan sgt dan ptg dlm 1/2jam.. pastu penat dan ssh tido sbb tak dapat cukup cahaya matahari (ini teori eddie).. tp tak sangka masa dah nak abis tu..kami mcm biasa la.. menangis aje keje nye.. sbb dah sayang kat diaorg.. sebulan teringat2 kat budak2 tu.. walaupun nakal ttp cute..

Sampai skrg kalo dibg peluang lagi jd cikgu taska, kita kalau bole nak elakkan sbb taknk rasa sedih bila nak benti.. sbb kita kan suka budak kecik.. ni ddk ngan abg n akak ipa pun dah sayang gile ngan atikah tu.. camne la kalo kene pindah dan mulakan hidup sendiri.. mesti teringat2 kat atikah..

Kesimpulannya, kalo korang ada peluang jd cikgu taska.. jagalah anak org baik2.. kitaorg tak penah pukul sikit pun..walaupun ada rotan tp tak penah sesah diaorg tu.. paling penting kena ikhlas la jaga.. anggap macam adik sendiri aje.. insyaallah rezeki tu akan berkat.. jgn la berkira dalam nak bagi makan kat budak2 tu.. kan mak bapak dia dah bayar.. lagipun tak salah kalo sedekah lebih sikit.. kan nak bg mkn anak bangsa sendiri.. kalo bangsa lain pun jgn la berkira.. diaorg ni budak2 yg tatau ape2 lagi..

Tu je la pengalaman kita sebagai cikgu taska…

No comments:

Post a Comment