Sejak 2-3 hari ni kita asyik tak ada keja je. bukan takde langsung ok, tapi sangat sikit dan sangat tidak mencabar. apa contoh kerja yang tidak mencabar yang kita maksudkan? kerja tu adalah seperti kerja memfiling dan juga mencari kertas.. erm.. tapi bila dilihat dr gamba kat bawah ni mesti mcm tak pecaya kan? berselerak aje lebih..
oh ya kita ada satu habit. suka bongkar semua barang utk menyiapkan kerja yang telah diberikan dan kemudian malas nak kemas. habit yang ada pro dan kontra ..bagus bila meja berselerak nampak seperti banyak kerja ye, tp sakit mata memandang. bila meja kemas dan tersusun nampak seperti tidak bekerja tapi tak sakit mata memandang.
Alamak dah kantoi pulak sbb nampak kita bukak YM. ala kan dah cerita dari awal kita takde kerja sangat jd layan la ape yg patut.. kotak 2 buah tu adalah hasil di mana kita malas nak kemas balik. nak masukkan blk dlm kotak pun kita amik masa 2 hari. erm sungguh tak bole buat menantu kita ni tapi kita yakin ada org yang sudi terima kita. hehe.. taktau lah org tu rajin tak baca blog ni tp rasanya dia tau kot kalau dia baca (eh perasan aje). kita sayang org itu sebagaimana kita sayang diri kita. tapi kita tak boleh mengharapkan lebih dari kawan sbb kita tau sampai mana batas kita ..
kita dah mula tersasar dari cerita yang sepatutnya.. maaf la ye, kadang2 kita mmg macam ni.. tapi bila sedar boleh pusing balik, jadi tak de masalah kan?
kita harap bos kecik kita tak bg kita kerja byk2 walaupun kita dah mula bosan. kita asik makan aje kat opis ni.. sbb dah tak tau nak buat ape dan lepas tu mata kita kuyu je sbb dh ngantuk.
dekat opis ni department kita kecik aje. ada sorang bos kecik, 1 senior tech, 2 org clerk dan sorang trainee (kita la tu). setakat ni kita happy je kat sini sbb tak rasa tension langsung.. tak macam tpt kerja lama..hmmm penatnya bila ingat tpt kerja lama.. yang paling best kat sini bila bos kecik umur lagi muda dari kita dan org tak pecaya kita lagi tua dari bos kecik kita. seronok sangat sbb org fikir kita muda lagi.. clerk QS tu dua2 lelaki dan kerja dgn mereka amat senang dan menyeronokkan.. situasi yang ok dekat sini tp tak tau berapa lama kita boleh bertahan..
Kita harap kita jumpa apa yang kita cari selama ni.. kita cuma nak kerja yang kalau boleh jauh dari rasuah, kerja yang diredhai dan mampu memberikan kita kesenangan..
tapi kita tau jauh lagi perjalanan kita sbb umur kita baru berapa dan kalau dipanjangkan usia kita nak rasa freedom dlm bekerja..
kita rasa nanti kita tulis lain la sbb kita nak tgk youtube.. sungguh mencuri tulang. ampunkan kita bos kecik!
ayat skema gile..x bleh blah..
ReplyDeletep lah wat keja..bos tgh round 2..haha..