Friday, October 16, 2009

Cuti 2 hari

hari ni kan hari jumaat. masa kita taip2 ni dah pukul 5.04pm. jap je lagi kita nak balik. kita kena balik tepat 5.30pm ari ni. sebab kita nak kena balik batu pahat lepas kerja. kalau kita gerak dr opis 5.30pm kita sampai umah kempas pukul 6.00pm. leceh la sebab jammed. kalau tak jammed cuma amik masa 5-10 mins aje nak sampai. lepas tu gedebak gedebuk pukul 6.30 baru boleh gerak balik bp. best nye nak balik.. hehehe

esok pagi kene tolong mak masak. mak ada tempahan. mula2 kita marah jugak sbb esok cousin kita kawin kat kg. dahla kene tlg mak pastu kelam kabut balik kg nak jugak tolong. tapi mak cakap org tu merayu2 mintak tolong mak buat.. utk 200 org makan kot.. lepas dgr tu, kita macam kesian pulak sbb org dah mintak tlg sgt. mak pun tak smp hati. kita cuba letakkan diri kita kat situasi org tu..mesti ada sebab kenapa dia nak jugak mak kita yang masak. kita cuba memahami, dan kita juga cuba merasa apa yang dia rasa. walaupun mmg membakar diri lah sbb mmg dah sure sibuk esk.. mungkin juga ni rezeki dia sbb dpt merasa air tangan mak kita..

hari ahad kita tak tau nak buat ape.. belum ada plan lagi..

semalam kan kita dah menganiaya org lagi tau. kita janji nak call dia tp kita tertido..sian dia.. dia tggu kita dari 10.20pm sampai 3am. kesiann sangat. kita tau salah kita. kita dah mintak maaf. dia kata dia dah maafkan tp tak tau ikhlas ke tak.. hehhe.. kat sini kita nak mintak maaf lagi.. "awak, sorry ek buat awak tggu..lain kali kita janji tak buat lagi" agaknya lagak dia macam ni kot..tapi kelmarin kita pun kene dgn dia sbb kita tggu nk call dia tapi dia dah tido.. eeee jahattt.. so smlm kiranya balas dendam la (eh tapi takde niat tau).. lepas tu tah kenapa gaduh dgn dia kita cakap kita nak merajuk 2 hari dgn dia. pastu kita lupa dan call dia balik sbb nak tanya something yg pd kita penting la.. then dia ejek, "eh kata nak majuk 2 hari.." lepas tu dia ketawa kan kita.. kita tak tau nak cakap ape dah..

kita tak boleh bgtau siapa "dia" sbb nanti jadi kontroversi.. hahhaa kita takut jugak lah.. sbb kita tau AJ baca juga blog kita ni.. kalau AJ baca, "dia" tu kawan kita.. jgn risau ye..

kenapa ek kalau kita cakap dgn dia mesti hati kita rasa macam ada ni..tatau kenapa ada bunga2..hehhe.. kita suka dia sbb dia sgt memahami kita.. kita suka dia sbb dia byk tolong kita.. eh merapek lak. eh dh time to balik. lain kali sambung la..selamat hujung minggu!

2 comments: