1. Bos kecik takde jadinya, macam boring
2. Lin pun takde jadinya mmg boring
3. Nak balik kg g tukar tayar baru
4. Rasa mcm takde mood nak kerja
erm, setiap hari jumaat ada bacaan yassin kat sini lepas tu ada buat makan2. hari ni kita makan sorang aje..lin takde..boringnya. dulu kan kami berlima.. bila berlima hari2 kami mmg seronok.. bila tinggal berempat masih boleh diterima. dan kemudian apis pergi dan tinggalkan kami bertiga. kami dah mula pandang sesama sendiri..
dan tak lama lepas apis pegi, giliran anom menyusul.. kita terkesan.. sangat terkesan sbb dah takde org yg akan dtg meja kita.. dah takde org yg akan gelak bila kita buat lawak, dan dah takde org yg akan sambung bila kita kenakan lin..
bila tinggal berdua ni, kita cuma berharap agar lin dpt kerja lepas abis dkt sini. at least ada org nak bergosip dan ada peneman makan, pendengar cerita dan berkongsi rasa..kita tak dpt bygkan macam mana keadaan kita bila lin pun takde.. tp kita tau kita kena tempuh ni semua.. mungkin buat minggu pertama-ketiga kita perlu puasa atau makan sorang2. bukan sombong sbb tak join the rest tapi tgk lah mcm mana nanti. perlu ada sifat tggu dan lihat bagaimana mereka..
mesti boring kan bila dah sorang2.. tak ada kawan yang memahami..
utk Lin, Anom, Apis dan Su..terimalah lirik ni ye.. maaf ada terjiwang di sini..
Bertamu di Kalbu
Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
cian akk,..sabo yerk kak,.
ReplyDeletex pe sye kn ade,.heheh