Wednesday, September 25, 2013

Entry Terbaru 2013

Assalamualaikum

Last update blog ni awal tahun. Sekarang dah nak menghampiri hujung tahun. Gila kentang aku. Tak banyak yang berubah dalam diri cuma ada beberapa update yang boleh dikongsi dekat sini

1. Kerja yang sangat melambak since my partner in crime tengah maternity leave. So cover kerja dia sekali dan bos tidak mahu mengambil pekerja lain. Multi-tasking kata dia.

2. Sedang mengamalkan pola pemakanan yang agak baik berbanding dulu, bermula mid Jun 2013. Beberapa purnama kesihatan agak meningkat tetapi lately merundum mungkin disebabkan keadaan emosi yang tidak berapa hendak stabil.

3. Mengalami beberapa masalah yang tidak elok dikongsi sebab Allah suruh jangan diperbesarkan masalah diri di khalayak ramai.

4. Baru hari ini 'like' page Prof Dr. Muhaya di facebook. Sebab aku rasa aku perlu baca benda-benda positif setiap hari.

5. Semakin memahami perangai orang yang pelbagai dan mampu bersabar dengan karenah mereka walaupun menekan jiwa. Alhamdulillah

Itu saja kot yang boleh share setakat hari ini. Kalau sempat esok aku update lagi.

No comments:

Post a Comment