Perkahwinan bukan perkara yang mudah sekarang. Memang kalau diperhalusi sedalamnya, kahwin memang mudah. Buat yang wajib dan sekadarnya. Tapi sekarang banyak sangat ragam, banyak pengorbanan sebab semuanya dah nampak macam wajib. Biasalah, orang kata kahwin sekali seumur hidup (insyaallah) dan pengorbanan yang banyak akan berlaku.
Dan sebab itu aku bermula awal. Perancangannya memang tak nak kahwin tapi aku tau mana boleh menolak. Asyik kehulur kehilir bersama dan confirmlah dah tak manis dipandang. Seingat aku, aku dah start awal. Paling aku tak percaya, benda paling awal yang aku booked adalah PHOTOGRAPHER. Kelakar tapi itu realiti. Sangkeng sebab minat sangat dengan hasil kerja dia, aku sanggup booked 1+ tahun awal. May be bagi sesetengah orang kata tu tak ada la awal sangat tapi pada aku awal lah tu. Dan bila aku dah start book OP, aku dah start serius untuk fikir date tunang dan date kahwin. Macam-macam date yang keluar, tapi bila aku congak-congak guna sempoa, bulan yang sesuai untuk majlis aku adalah Disember 2011 dan ke atas.
OP Sanding : Udey Ismail dan Ubai Ismail (MukhrizUdey Photography)
Awal tahun 2011, aku dah start survey macam-macam. Baju kahwin, pelamin, kek, bunga tangan,hantaran semua dah start survey. At last, on May 2011(after aku tunang) aku decide untuk buat baju kahwin aku sendiri (Nikah,sanding dan bertandang). Lagipun baju-baju yang ada kat butik pengantin semuanya cantik terletak kat badan model, sedangkan badan aku yang alhamdulillah ni kena la buat sendiri. Bukan sebab aku banyak duit, tapi aku terpaksa. Hehe
Credit to : MKS
Kek kahwin aku rasa adalah bab survey + bab nego dengan blicious adalah 3-4 bulan kalau tak silap. Dan untuk hantaran dan meja makan beradab aku memang terus sub dekat Ruzi .
Benda paling last yang aku fikir adalah door gift. Rasanya aku pegi borong door gift ni sebulan sebelum aku kahwin dan aku paling berterima kasih dekat kawan aku, Mimie yang banyak tolong tawar menawar untuk dapatkan the cheapest price.
To be continued..
Hehe hy sis!! From bllicious :)
ReplyDelete