Saja aku nak bagitahu, sesiapa yang ada Astro dekat rumah tu, kalau boleh cuba-cuba lah tukar dan tengok saluran Al Hijrah (Channel 114). Kalau dapat try tengok rancangan "30 Min Ustaz Don". Aku selalu tengok hari Isnin sampai Rabu jam 930 malam.
Macam-macam yang ustaz Don share information. Sebagai manusia, kita dituntut mencari ilmu dan aku rasa sebab kekangan masa, aku cuba ikut siaran dia. Apa yang aku boleh cakap.. MANTAP. Aku sedih sebab aku baru tahu kekurangan cara solat aku. Ruginya selama 29 tahun ni tapi alhamdulillah Allah bagi aku jalan untuk aku perbaiki solat aku.
Siaran Ustaz Don memang pelbagai. Dari rukun, muamalat, ilmu tajwid semua ada. Rugi aku sebab baru tahu ada siaran ni tapi alhamdulillah sempat tengok siaran pasal solat. Kupasan dia sangat teliti. Banyak benda yang aku belajar dan tahu kesalahan aku.
Cara penyampaian ustaz Don memang menarik, bersahaja dan sempoi bagi aku. Yang penting aku faham dan belajar sesuatu daripada rancangan dia. Alhamdulillah.
Bagi aku (ini diri aku, tak ada kena mengena dengan orang lain) rasanya cukup kot mencari hiburan yang keterlaluan. Umur pun makin meningkat, rasanya elok perlahan-lahan melengkapkan diri yang semestinya masih banyak lagi kena belajar.
Aku tak dibayar untuk promote siaran dia tapi aku rasa wajib aku share untuk sesiapa yang belum tahu kewujudan siaran Ustaz Don ni.Cuba-cuba lah tengok, mana tau dapat manfaatnya.
Satu ayat Ustaz Don yang buat aku terkesan "Selagi saya berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, ikutlah saya dan bersama-sama kita ke jalan yang benar, tapi jika saya tersasar daripada ajaran Al Quran dan Sunnah, maka jangan ikut atau taat kepada saya"
Wallahualam
p/s: Masa tengok rancangan ni, aku excited macam aku tengok AF masa dulu-dulu. Hehehe
salam, patutnya channel 114, bukan 119
ReplyDeleteThanks dan dah betulkan :)
ReplyDelete