Thursday, March 6, 2014

Sikap dan Sifat


Kejadian ni dah lama terjadi, tapi masih berbekas dalam ingatan aku yang selalu lupa nih. Aku boleh cakap dah nak dekat setahun benda ni berlaku.

Sekitar bulan April tahun lepas, aku dengan adik bongsu aku pergi Carrefour sebab nak beli barang. Parking kat situ memang yang maha ampun susah nak dapat. Maka kami tunggu lah kalau tak silap dalam setengah jam. Lepas tu nampak sebiji kereta nak keluar dan kami tunggu berdekatan parking tu dengan memberi signal menandakan kami nak masuk parking tu lepas kereta tu keluar. Baik punya tunggu kereta tu keluar, baru kami nak masuk tiba-tiba sebiji kereta lain belakang aku pintas masuk parking yang kosong tadi tu. Menyirap bai aku. Dan dengan cun nya keluarlah seorang makcik yang sama bangsa dengan aku dari kereta (bahagian penumpang) tadi buat bodoh terus masuk dalam Carrefour. Aku keluar dengan niat baik, pergi kereta tadi sebab aku suspect pemandu dia adalah seorang pakcik. 

Aku ketuk tingkap kereta tadi dengan perlahan sebab rasa HORMAT dengan orang tua yang aku fikir seumur dengan mak bapak aku. Dia turunkan sikit cermin kereta tengok muka aku dengan bengis dan tiada perasaan. Aku minta maaf dulu dan aku cakap aku dah lama tunggu parking ni, kenapa dia masuk juga? Aku cakap dengan intonasi yang baik dan bukan kurang ajar ok. Korang tau apa tindakan refleksi pakcik tadi? Dengan muka bengis dan tak senyum langsung, dia naikkan tingkap kereta dia tadi dan terus baca surat khabar dengan tak mempedulikan apa yang aku cakap. Perasaan aku masa tu macam dah mendidih, macam kena air kena jerang atas stove. 

Aku nak marah on the spot sebab aku bukanlah seorang yang berjiwa halus sangat. Tapi apa yang aku buat time tu adalah cuma word 'kurang ajar punya orang tua' je yang keluar dari mulut aku. 

Aku terfikir ek, kalau dah mak bapak perangai macam tu adakah anak dia boleh hormat orang? dan aku sedih sebenarnya masa tu sebab wujud lagi orang tua beragama Islam yang berperangai macam tu. Memalukan agama je.

Reason aku tak meroyan adalah sebab masa kejadian tu, aku baru je kehilangan arwah bapa aku. Aku pegi Carrefour pon sebab nak prepare majlis tahlil untuk dia malam tu. Tak sanggup rasanya masa tu nak maki seorang pakcik yang sebaya dengan bapak aku walaupun........


No comments:

Post a Comment