Friday, October 30, 2009

Bertamu di Kalbu

Hari ni kita amik 1/2day. sebab2 nya adalah:

1. Bos kecik takde jadinya, macam boring
2. Lin pun takde jadinya mmg boring
3. Nak balik kg g tukar tayar baru
4. Rasa mcm takde mood nak kerja

erm, setiap hari jumaat ada bacaan yassin kat sini lepas tu ada buat makan2. hari ni kita makan sorang aje..lin takde..boringnya. dulu kan kami berlima.. bila berlima hari2 kami mmg seronok.. bila tinggal berempat masih boleh diterima. dan kemudian apis pergi dan tinggalkan kami bertiga. kami dah mula pandang sesama sendiri..

dan tak lama lepas apis pegi, giliran anom menyusul.. kita terkesan.. sangat terkesan sbb dah takde org yg akan dtg meja kita.. dah takde org yg akan gelak bila kita buat lawak, dan dah takde org yg akan sambung bila kita kenakan lin..

bila tinggal berdua ni, kita cuma berharap agar lin dpt kerja lepas abis dkt sini. at least ada org nak bergosip dan ada peneman makan, pendengar cerita dan berkongsi rasa..kita tak dpt bygkan macam mana keadaan kita bila lin pun takde.. tp kita tau kita kena tempuh ni semua.. mungkin buat minggu pertama-ketiga kita perlu puasa atau makan sorang2. bukan sombong sbb tak join the rest tapi tgk lah mcm mana nanti. perlu ada sifat tggu dan lihat bagaimana mereka..

mesti boring kan bila dah sorang2.. tak ada kawan yang memahami..

utk Lin, Anom, Apis dan Su..terimalah lirik ni ye.. maaf ada terjiwang di sini..

Bertamu di Kalbu

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Thursday, October 29, 2009

My Baby..


uuuu comelnya...

Wednesday, October 28, 2009

Kita sakit

kelmarin kita cerita tentang kedukaan kita.. kelmarin kita menulis tentang keperitan kita..masa melaluinya mmg sangat menyakitkan.. sampaikan kita terbawa2 dlm realiti..tp mmg realiti pun kan. natijahnya, semalam Allah menguji kita lagi, diberinya kita kesakitan biasa yang bukan kepalang. kita semalam tidur pukul 10 mlm. terjaga pukul 1.45pg sebab terasa sakit kepala yang menyucuk2.. macam biasa penyakit migrain menyerang. makan ubat lepas tu nak cuba bawak tidur tp tak berjaya sebab dah terlalu sakit. badan kita dah mula panas, berpeluh2. mmg tak berjaya tidur sbb perut dah mula sakit, rasa nak pee pee, shi shi semua ada. tekak dah loya dan kepala dah bertambah sakit dan rasa nak pitam. kita tak dapat nk tidur smp lah pukul 6. dlm pada tu dah muntah2 tah berapa kali pun tak ingat. lepas pukul 6, badan dah rasa sejuk pulak, macam nak demam. cuba2 utk tidur sbb esk keje.. dan pujuk2 kepala supaya bertenang, jgnlah bertendang.. dah rasa mcm nak mati pun ada sbb tu asyik sebut Allah je..

pukul 7 bangun dan mandi. mandi sikit punya lama.. lepas tu rasa.. erm.. sakit lagi, telan pil lagi dan sms Lin ckp kita masuk opis after lunch. bawak tidur dan bangun rasanya pukul 10. tekak loya nya Tuhan aje la yg tau.. masak sikit dan makan pukul 12tgh. dapat jamah sikit je sbb tekak tak boleh terima. lepas tu siap2 nk g kerja dan telan lagi pil..

petang dlm pukul 4 perut dah mula berkeroncong. kita sedar akibat pengambilan pil migrain tu mesti kita lapar dan pukul 5.30ptg ajak lin gi makan. mmg tak boleh tahan lapar dia.. macam nak kena gastrik pulak. balik rumah dah maghrib, buat ape yg patut dan rest aje.

terkesan dr pil+penyakit tersebut, badan kita sampai hari ni rasa tak sedap, yelah nak tuned balik badan bg normal mmg amik masa sikit.. pengajaran yg kita dapat: lain kali pikir masalah biar dlm2 lagi, biar migrain lagi sbb kalau tak kita tak puas.. bila dah migrain barulah menyesal sbb pikirkan sangat masalah yang datang.. padan muka kita

Monday, October 26, 2009

Kusut Lagi


Kita kusut lg. Maaflah kalau org2 yg view blog ni dah mula menyampah sbb kita asik merungut+membebel.. tapi nak buat mcm mana. tak tau nak bgtau pd sapa betapa kusut nya hidup kita ni, betapa kusutnya diri kita..

nama pun ni blog bg kita bercerita dan bermonolog. tulisan dah mula berterabur.mata dah mula kabur dan hati dah mula kosong

Susahnya Kita

Kenapa ek kita bila takde income tetap ni (sebenarnya income tak cukup) selalu aje kita ditimpa masalah. bak kata pepatah 'sudah jatuh ditimpa tangga'. macam2 masalah yg datang. bila income tak cukup, mula la

1. sakit gigi yg memerlukan rawatan yang bukan murah.
2. kereta rosak
3. nak kena tukar tayar kereta
4. tukar timing belt kete

bila ada duit, tak nak pulak masalah2 mcm kat atas tu dtg. mcm kita kene pagi ni, tetiba kita perasan yang kete tu nak kena tukar tayar kete. tension betul. dah la takde duit, memacam lak yg dtg.. tgh2 tension, masuk opis tgk meja pulak berselerak. mak aih. lagi la kusut.

bila la income nak cukup ni. dh tak sabar nak tggu bulan 1. harap2 lah lepas ni rezeki kita murah. 6 bulan ni mmg saat yg cukup menyeksakan..

Saturday, October 24, 2009

Sabtu@Office

sepatutnya kita tak kerja hari ni.. mmg weekend cuti. tapi dek kesian dengan bos kecik dan kerani sbb nak kena kemas stor, jadi nya kita tercampakla kat opis ni dr pukul 10 td. boleh je kalau kita nak buat tak tau dan ignore sbb kita punya allowance pun bukan RWS yg bayar tp tu lah sbb kita cuba memahami apa yg terjadi kan dan tak salah if kita buat baik la sekali sekala..

sebenarnya kita dtg opis dari BP sbb smlm kita blk. datang Jb ni pun naik bas, smp larkin bos amik, then amik Lin terus g opis.. semalam balik sangat lah penat. ingatkan taknk balik minggu ni tapi tetiba mak call dan gaya macam suruh balik walaupun dia tak cakap la.. kami punya masalah dan kita memahami dan perasaan itu mengheret kita ke rumah. sampai dah pukul 11.00 mlm. rumah ramai org sbb mak dan sedara mara nak ke Terengganu hantar pengantin. rumah kita jadi tpt berkumpul. kita sempat luang masa 1/2jam ddk berbual dan kemudian masuk tido sbb letih sgt. semalam pun kerja macam byk dan balik tlg kemas rumah lagi. sebelum tido sempat pesan kat mak supaya kejut bila bas dah smp.

pukul 1.30pg mak kejut, sbb bas dah sampai. hantar mak ngan abah smp dlm bas dan tunggu sampai bas jalan. masa hantar mak kat pintu bas, rasa sebak sbb memahami apa perasaan mak dan abah. Dugaan kami terlalu kuat dan kalau kita berada di tpt mereka tentu kita dah gila sbb masalah kita yg sikit ni pun dah rasa macam tak tertanggung, dah rasa mcm nak gila. tentu sekali kalau kita kena uji mcm tu, kita boleh terus gila. tapi mak dan abah tabah, siap bgtau kakak kita jgn bgtau kat kita sbb masalah kita pun tak selesai lagi. oh mak, mak mcm lilin, biar diri menderita sbb nak taknak bagi anak-anak dia ssh.. smlm masa cakap ngan mak dalam telefon kita dapat rasakan mak menanggung beban masalah yang amat berat. kita faham dan kita taknk sshkan mak.

kita tak boleh nak teruskan taip sbb kita dah mula rasa mcm sangat sebak dan pilu.. sedih sbb mak dan abah rasa tertekan..sedih sbb hati mak dan abah tercalar..

kadang2 kita terfikir sampai bila kami nk menanggung ujian ni.. kalau lah kita boleh menyelesaikan masalah ni cpt2 alangkah bagusnya.. tapi kita percaya Allah takkan uji hambanya jika hambanya tidak kuat dan Allah Maha Mengetahui setiap apa yg diaturkan untuk hamba2nya..

kita cuma harap niat kita tahun depan dimakbulkan Allah sbb kita percaya mak dan abah memerlukan 'sesuatu' untuk menjadi terus kuat.. sekuat ribut dan taufan, sekuat ombak yg membelah pantai..

kita juga percaya ada kemanisan yang menanti di akhir cerita derita kami...

Friday, October 23, 2009

Good Luck Anom!

Pagi ni kita nak wish anom good luck dan 'byebye' sbb hari ni hari terkahir dia dekat RWS, JB. Minggu depan anom akan mulakan kerjaya baru dia dekat Jusco Tebrau sebagai Management Trainee, dan berakhirlah kerjaya anom sebagai student praktikal GEMS

Kita sedih sbb kita akan kehilangan anom kat pejabat ni. lepas anom pegi, cuma tinggal kita dengan Lin aje.. mula-mula kami berlima..(SU,APIS,ANOM,LIN&KITA).. Minggu depan cuma tinggal kita dgn Lin aje..

Tapi takpe sebab nasib baik anom dapat keje dekat aje.. senang jugak nak ronggeng Cik Kiah kat Tebrau sbb anom kan dah jadi warga Tebrau lepas ni..

Anom merupakan salah sorang adik Marche kita. dia jugak satu-satunya adik Marche yg dpt satu tpt praktikal dgn kita. Masa kat Desaru dulu, kita tak rapat sgt dengan Anom tp keadaan mula berubah bila kita satu tpt dgn dia kat sini..

Anom orangnya datang dengan pakej.. cantik, tinggi, pandai, tak kisah dan boleh simpan rahsia. Senang kawan dengan anom dan selalunya kita share ape-ape saje dgn dia. walaupun anom jauh lebih muda dari kita tp kita rasa selesa sbb kita pun rasa muda.. hehehe

kita nak ucapkan selamat jalan dkt anom dan selamat memulakan kerjaya.. kita harap anom dpt jumpa apa yg dia cari selama ni dan kita harap anom berjaya dlm kehidupan dia. kita cuma nak cakap, if anom ada masalah, datanglah cari kita.. kita boleh jadi pendengar yang baik dan insyaallah boleh bagi pendapat..

kita jugak doakan anom dapat boyfriend yg baik dan memahami..

kita sedih sbb lepas ni dah jarang jumpa, borak2 dan ketawa mcm dulu.. tapi kita tetap sayang anom sbb anom dah beri kita warna dlm kehidupan kita..

Tuesday, October 20, 2009

Weekend kita

Weekend kita yg lepas ni agak memenatkan sbb ada wedding (dh bgtau dlm entry sebelum ni). lepas tu hari ahad asik jd warga dapur sbb 3 keluarga dtg rumah. hari ahad pagi2 kita pegi breakfast dekat Kluang Station dengan epit dan AJ. huhuhu.. gerak dr BP pukul 6.30pg tu.. dah aa tak cukup tido then bantai lak bangun pagi semata2 nak pekena kopi + roti bakar. tapi mmg berbaloi-baloi sbb sedap dan sangat puas hati. sebenarnya nak ajak nad pegi sekali tapi nad ada plan gak so kami bertiga meneruskan kembara demi memenuhkan tekak dan perut pd pagi minggu. nasib baik epit leh bangun, kita siap pesan lepas subuh jgn nak tido.. alamat la makan tgh terus..

menu kita: kopi+roti bakar+nasi lemak sebungkus+mihun goreng sebungkus+karipap sebiji
menu AJ: kopi+roti bakar+nasi lemak 2bungkus+karipap sebiji
menu epit: kopi 0 + susu+telur separuh masak 2 biji+mihun goreng sebungkus+roti bakar

menu kami masing2 mcm org kebulur sebulan tak makan. kita rasa ok la sbb nak dtg lagi tah zaman bila tp cita2 kita nak dtg lagi masa nak g PD sbb kita kena dtg kluang..

blk dr kluang ingat nak sambung balik tapi balik2 ke kita terus kene buat sarapan lepas tu tolong masak tgh. pastu dpt tido jap then bangun mkn..lepas mkn org lain semua tido..kita kena buat minum petang pulak. mlm lepas semua balik, ada satu family lg dtg. masak lagi kan.. ish ish ish.. dalam pukul 10 lebih kot, kua jap ngan epit teman dia g letak barang kat umah auntie dia. gelap gila umah sbb takde org.patut la epit tak berani, kalau kita pun kita takut.. lepas tu terus lepak kat bus stand lama. dekat selamba corner. epit pekena lempeng kita lak pekena roti canai.. kita terkejut sbb kat situ ada lempeng tp food presentation dia agak menarik la.. borak punya borak smp pukul 12 lebih kot. epit anta kita balik smp rumah dh pukul 1..

esk pagi2 kita balik pukul 5.40 am tumpang AJ.. janji gerak dr umah kol 5 tp kita bangun pukul 5.15.. hehhe.. masuk dlm kete teman AJ jap pastu masuk je highway kita terus layan zzZZzz smp skudai.. punya laju AJ bawak rupanya sbb 1 jam dh smp JB..

pagi tu kita masuk opis 7.20am. opis hour start 8.30am. paling terbaik dan dedikasi kan? hehe

Friday, October 16, 2009

Cuti 2 hari

hari ni kan hari jumaat. masa kita taip2 ni dah pukul 5.04pm. jap je lagi kita nak balik. kita kena balik tepat 5.30pm ari ni. sebab kita nak kena balik batu pahat lepas kerja. kalau kita gerak dr opis 5.30pm kita sampai umah kempas pukul 6.00pm. leceh la sebab jammed. kalau tak jammed cuma amik masa 5-10 mins aje nak sampai. lepas tu gedebak gedebuk pukul 6.30 baru boleh gerak balik bp. best nye nak balik.. hehehe

esok pagi kene tolong mak masak. mak ada tempahan. mula2 kita marah jugak sbb esok cousin kita kawin kat kg. dahla kene tlg mak pastu kelam kabut balik kg nak jugak tolong. tapi mak cakap org tu merayu2 mintak tolong mak buat.. utk 200 org makan kot.. lepas dgr tu, kita macam kesian pulak sbb org dah mintak tlg sgt. mak pun tak smp hati. kita cuba letakkan diri kita kat situasi org tu..mesti ada sebab kenapa dia nak jugak mak kita yang masak. kita cuba memahami, dan kita juga cuba merasa apa yang dia rasa. walaupun mmg membakar diri lah sbb mmg dah sure sibuk esk.. mungkin juga ni rezeki dia sbb dpt merasa air tangan mak kita..

hari ahad kita tak tau nak buat ape.. belum ada plan lagi..

semalam kan kita dah menganiaya org lagi tau. kita janji nak call dia tp kita tertido..sian dia.. dia tggu kita dari 10.20pm sampai 3am. kesiann sangat. kita tau salah kita. kita dah mintak maaf. dia kata dia dah maafkan tp tak tau ikhlas ke tak.. hehhe.. kat sini kita nak mintak maaf lagi.. "awak, sorry ek buat awak tggu..lain kali kita janji tak buat lagi" agaknya lagak dia macam ni kot..tapi kelmarin kita pun kene dgn dia sbb kita tggu nk call dia tapi dia dah tido.. eeee jahattt.. so smlm kiranya balas dendam la (eh tapi takde niat tau).. lepas tu tah kenapa gaduh dgn dia kita cakap kita nak merajuk 2 hari dgn dia. pastu kita lupa dan call dia balik sbb nak tanya something yg pd kita penting la.. then dia ejek, "eh kata nak majuk 2 hari.." lepas tu dia ketawa kan kita.. kita tak tau nak cakap ape dah..

kita tak boleh bgtau siapa "dia" sbb nanti jadi kontroversi.. hahhaa kita takut jugak lah.. sbb kita tau AJ baca juga blog kita ni.. kalau AJ baca, "dia" tu kawan kita.. jgn risau ye..

kenapa ek kalau kita cakap dgn dia mesti hati kita rasa macam ada ni..tatau kenapa ada bunga2..hehhe.. kita suka dia sbb dia sgt memahami kita.. kita suka dia sbb dia byk tolong kita.. eh merapek lak. eh dh time to balik. lain kali sambung la..selamat hujung minggu!

Thursday, October 15, 2009

Preview Gamba

Arini kita kasi preview gambar dulu..


Ini salah satu daripada keluarga kita. kita kenal mereka dekat desaru masa training GEMS. nama keluarga kita yang ni adalah MARCHE.. skrg ni adik2 kita semua dah berpecah2. ada yang dekat Shah Alam, Klang, KL, Melaka, Penang, Perak .. mana lagi ek..byk sgt smp dh lupa dekat mana. Yang dekat JB cuma ada kita, anom, pali, annas dgn sharon..

kita rindu sgt dekat mereka.. yang bestnya, kita dpt jumpa mereka (walaupun tak semua) akhir bulan ni insyaallah.. lain entry kita cerita pasal keluarga kita ni lagi ye..

P/s: Kita sayang semua adik2 MARCHE sbb mereka dah menambahkan warna2 dpt kehidupan kita..

Wednesday, October 14, 2009

Re-post

Kita tadi tgh tgk blk entry2 yg kita buat kt dlm friendster blog. tiba2 kita terbaca satu entry ni .. kita ni tgh layan lagu yg kita dan AJ suka dan bila baca kita rasa sgt hiba.. sbb kita dah byk buat dia rasa sedih.. kita pun sedih cuma kita taknak tunjuk.. kita sedih sbb lain dan AJ jd mangsa.. sian dia.. kita doa kalau dia jodoh kita yg terbaik.. kita terima dgn hati terbuka dan moga kita diberi perasaan itu balik..

ORANG YANG MENCINTAI KAMU


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

6] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

7] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

8] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

9] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

10] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

11] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

12] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!, bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..


AJ buat semua di atas utk kita.. kita kah yg buta hati? kita tak boleh fikir ni semua.. kita sedih sgt..sbb kita berjaya membuatkan org lain teraniaya sbb kita sendiri.. sbb berjaya buat AJ sedih .. berjaya buat AJ berkorban rasa dan kehendak demi kita..kata AJ dia sanggup buat apa saja utk kita...

Kerja dan Berselerak

Sejak 2-3 hari ni kita asyik tak ada keja je. bukan takde langsung ok, tapi sangat sikit dan sangat tidak mencabar. apa contoh kerja yang tidak mencabar yang kita maksudkan? kerja tu adalah seperti kerja memfiling dan juga mencari kertas.. erm.. tapi bila dilihat dr gamba kat bawah ni mesti mcm tak pecaya kan? berselerak aje lebih..




oh ya kita ada satu habit. suka bongkar semua barang utk menyiapkan kerja yang telah diberikan dan kemudian malas nak kemas. habit yang ada pro dan kontra ..bagus bila meja berselerak nampak seperti banyak kerja ye, tp sakit mata memandang. bila meja kemas dan tersusun nampak seperti tidak bekerja tapi tak sakit mata memandang.



Alamak dah kantoi pulak sbb nampak kita bukak YM. ala kan dah cerita dari awal kita takde kerja sangat jd layan la ape yg patut.. kotak 2 buah tu adalah hasil di mana kita malas nak kemas balik. nak masukkan blk dlm kotak pun kita amik masa 2 hari. erm sungguh tak bole buat menantu kita ni tapi kita yakin ada org yang sudi terima kita. hehe.. taktau lah org tu rajin tak baca blog ni tp rasanya dia tau kot kalau dia baca (eh perasan aje). kita sayang org itu sebagaimana kita sayang diri kita. tapi kita tak boleh mengharapkan lebih dari kawan sbb kita tau sampai mana batas kita ..

kita dah mula tersasar dari cerita yang sepatutnya.. maaf la ye, kadang2 kita mmg macam ni.. tapi bila sedar boleh pusing balik, jadi tak de masalah kan?

kita harap bos kecik kita tak bg kita kerja byk2 walaupun kita dah mula bosan. kita asik makan aje kat opis ni.. sbb dah tak tau nak buat ape dan lepas tu mata kita kuyu je sbb dh ngantuk.

dekat opis ni department kita kecik aje. ada sorang bos kecik, 1 senior tech, 2 org clerk dan sorang trainee (kita la tu). setakat ni kita happy je kat sini sbb tak rasa tension langsung.. tak macam tpt kerja lama..hmmm penatnya bila ingat tpt kerja lama.. yang paling best kat sini bila bos kecik umur lagi muda dari kita dan org tak pecaya kita lagi tua dari bos kecik kita. seronok sangat sbb org fikir kita muda lagi.. clerk QS tu dua2 lelaki dan kerja dgn mereka amat senang dan menyeronokkan.. situasi yang ok dekat sini tp tak tau berapa lama kita boleh bertahan..


Kita harap kita jumpa apa yang kita cari selama ni.. kita cuma nak kerja yang kalau boleh jauh dari rasuah, kerja yang diredhai dan mampu memberikan kita kesenangan..

tapi kita tau jauh lagi perjalanan kita sbb umur kita baru berapa dan kalau dipanjangkan usia kita nak rasa freedom dlm bekerja..

kita rasa nanti kita tulis lain la sbb kita nak tgk youtube.. sungguh mencuri tulang. ampunkan kita bos kecik!

Tuesday, October 13, 2009

Terima kasih & Selamat Datang

Kita nak ucapkan terima kasih pada kawan kita yg sgt memahami perasaan kita. rasanya baru beberapa jam kita post blog kat Friendster blog tu tp dia dah tolong buatkan blog baru utk kita. Kita nak cakap selamat datang pada semua org yg jenguk kat blog baru kita ni..

pada kawan kita yg dah tolong kita (epit) thanks ye.. bab2 ganjaran tu nanti kita nego kemudian.. hehe.. kita nak cuba janji dgn diri kita supaya hargai usaha epit dgn menulis lebih kerap lagi.. mcm epit kata kita punya komunikasi skill yg mantop.. yeke epit? tak tau la sbb kita hanya minta tlg dgn ikhlas dan taknak memaksa sbb kita sendiri tak suka dipaksa.. apepun epit, terima kasih ye byk2

dlm blog ni, kita cuba untuk menulis dgn bahasa yang cantik dan harap2 tak gunakan bahasa yang kesat atau yg sewaktu dgn nya.. kalau sedih kita akan cuba menulis supaya org yg membaca pun merasa apa yang kita rasa.. kita cuba ye..

pada yg membaca harap2 tinggalkan lah komen ye.. komen +ve ke -ve ke, kita tak kisah sbb kita pun nak tau apa perasaan org yg menjadi pembaca..

untuk semua.. selamat melayari ye